Tuesday, August 3, 2010

BUAYA REMAJA

4HB OGOS 2010 - RABU


Besau giler buaya yang ditemui mati di Port Dickon seperti mana yang dipaparkan dalam paper Utusan Malaysia semalam. Apa yang membuat aku sampai nak menulis tentang buaya ni... Emm.. ada citer la kan di sebalik buaya ni.. hehehehe..

Gambar yang dipaparkan dalam Utusan Malaysia - 3hb Ogos 2010

Citer dia gini.. Malam semalam aku gi la minum & makan malam kat Q Bistro berhampiran umah aku ngan 3 orang ahli meja empat segi ni. Aku pun citer la tentang penemuan bangkai buaya seberat 1 tan (1000kg) dan panjangnya kurang lebih 6m.

Dengan confidentnya salah sorang ahli ni (nama dirahsiakan) mengeluarkan kenyataan bahawa buaya tersebut adalah buaya remaja. Bukan la... Buaya tua. Besau giler sepontan aku cakap. Tapi si ahli ni dengan selamba je tetap kata buaya tu masih di usia remaja sebab kata nya if tua mesti lagi panjang. Aku pun malas nak panjang-panjangkan citer.. Remaja pun remaja lah... Dalam ati tak berapa nak puas hati.. sebab tau dia tak tengok pun gambar buaya tu...

THE END - citer semalam

Tetiba pagi ni... Baru nak mula baca paper (Utusan Malaysia 4hb Ogos 2010) ternampak le kenyataan seperti di bawah ni....


Jam-jam tu gak aku send mms kat dia... dengan ayat ringkas "50 tahun remaja ke...????".
Member terus call.. sambil gelak aku pun cakap "Patut le "buaya-buaya" ni makin tua makin menjadi.. Dok rasa remaja rupanya..." hahahahaha... Gelak besau kita orang..

Sampai je opis, budak opis ni tunjuk lak satu kartun tentang buaya ni gak dalam paper Kosmo.. So cute...


Sian baby buaya ni.. May be dok cari atuk dia ke, mak dia ke, ayah dia ke yang mati tu.. Tak mustahil buaya tua tu mati sebab obessiti.. Tengok le badan dia.. Besau giler.. Kolestrol mesti tinggi tu.. Banyak sangat makan, gigi pun dah tumpul.. hehehehee...

No comments:

Post a Comment