Wednesday, August 11, 2010

DIA TAK DI UNDANG TAPI KINI ISTIMEWA...

12HB OGOS 2010 - KHAMIS (2 RAMADHAN)

Umah aku dah bertambah bilangan keanggotaannya sehari sebelum ramadhan. Tetamu yang tak di undang tapi kedatangannya dilayan istimewa sekali... Tuah badan kata orang. Citer dia gini...


Selasa lepas, masuk je umah malam tu, si Nor housemate aku bagi tau Si Ebab jumpa Hamster depan pintu umah kita orang. Masukkan dia dalam kotak kasut dan letak kat luar je, mana nak tau ada tuan yang datang mencari, boleh le ambik je terus. Tapi ramai le pulak bebudak yang lalu lalang dok kacau kat si Hamster ni.





Takut kang mati lak dikerjakan bebudak ni, my friend ambil keputusan simpan dalam umah. Malam tu kita orang pun tanya le kat jiran sebelah mana nak tau Hamster tu dia punya. Tak jugak. So, decide bela je buat sementara waktu. Sian dia, both kaki belakang cacat. Tak function. May be sebab tu, tuan dia buang kot.







Balik je semalam, Fuhhh...!!! cam orang kata, tuah ayam nampak di taji, tuan Hamster dapat bunglow lagi... Hehehehe...









Si mak angkat dia (Si Nor) ni dah gi beli umah khas and makanan untuk anak angkat dia ni yang diberi nama KELABU aka nama manja E ABU...









Bukan main syok lagi si Kelabu ni bermain-main dalam umah banglow dia tu. Entah-entah kat tuan lama dia pun tak dapat lagu ni eek..







Jadi now, baik aku or mak angkat dia Si Nor or Si Ebab tu, akan menyapa la dia dulu bila masuk umah, memasak ke, nak gi toilet ke, apa ke, mesti gi tengok dia jap. Main-main ngan dia dulu.. Manja gitu..









Aku rasa la kan, dalam ati si Kelabu ni mesti dia cakap "emm.. nasib aku tak silap umah.. tuah badan.. hehehehe". Tu la orang kata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam...







Si kelabu ni bukan main aktif lagi walaupun kaki dia cacat. Memanjat, memunggah, berkubang tu la keje dia. Siap railing umah dia tu pun dia nak gigit..






Tetiba teringat lak kat baby-baby yang dibuang di merata-rata tempat tu. Cam ni gak le nasib bebudak tu kan.. Dapat yang orang ada hati dan perasaan, maka panjang le umur. Nasib terbela. Tapi if sebaliknya, sebak nak membayangkan..



Kalau jumpa baby kecik mesti lagi best.. Mesti ala-ala citer "ADIK MANJA" gitu keadaan aku, Nor & Ebab jadinya... hahahahaha



DOA HARI - 2

Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhoan Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai maha pengasih dari semua pengasih..!!!


Still Tak Leh Puasa

No comments:

Post a Comment