Wednesday, August 25, 2010

BERBUKA BERSAMA "CENCOROT-CENCOROTKU.."

19HB OGOS 2010 - KHAMIS 2010 (9 RAMADHAN)


Ada keje ke tak de keje ke.. aku kena balik awal gak today. Sharp sharp kata orang.. Jauh nak gi today takut jalan jam. And sesungguhnya memang jam pun. Aku terlewat bertolak gak. Kul 5pm baru nak kuar opis. So, sampai Tol Duta... Ni le gayanya.... :-(


Beribu kete. Naik tak tau lane mana dah. Nasib la aku ni ada touch & go, lepas cepart le sikit dr kawasan tol ni. Aku nak ke Shah Alam. Dah janji ngan cencorot-cencorot aku (Aiman, Ammar & Widad) tu nak berbuka & bermalam di sana. Ni semua gara-gara 2 hari lepas aku gi sana tapi tak tido.

Sepanjang jalan aku berdoa moga sempat la sampai sebelum berbuka. Bukan apa kesian lak kat dia orang dok tunggu aku. nak berbuka bersama.

Sempat la sampai akhirnya. Yang tak leh tahan tengok gelagat si BULAT JUNIOR @ BJ (mak dia dulu kita orang panggil Bulat & now nak lak yang bulat so.. Bulat Junior la kan..). Minah ni memang tak leh tengok makanan. Dia keje nak makan je. Semua bende dia sedap. Kat meja makan yang bestnya, dia tak akan berbuka awal, tunggu sama-sama ngan orang yang puasa.

Pas Isyak aku bawak gi McD. Saja suka-suka. Dia orang leh le makan ais krim & main-main kat Playland tu. Happy giler.. Siap cakap.. "Mak Yang nanti nak datang lagi macam ni eeh..."




Sampai umah dah dekat kul 11.50pm.. Ingat ke dia orang ngantuk.. Emm.. tak rupanya. Sambung tengok citer Abang Lan (Senario The Movie). Minum susu & tido with me. Tu yang dia orang nak. Si Ammar tu memang manja gile.




Bukan main segar lagi si BJ ni. Sibuk nak tido atas lengan. Pandai berlakon minah ni. Ambik je kamera, cam-cam gaya dia akan buat.. Last-last sekali aku yang hanyut cam tu je... Letih giler...

Doa Hari 9

Ya Allah..!! Sediakanlah untuk ku sebahagian dari rahmat Mu yang luas dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran Mu yang terang dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang-orang yang rindu...

No comments:

Post a Comment