Wednesday, August 18, 2010

BUAH MELAKA, KASUI PANDAN & KARIPAP BONDA

15HB OGOS 2010 - AHAD (5 RAMADHAN)


Sebelum aku memulakan kelas masakan hari ni, aku ingin menyanyikan lagu...

"Happy birhday to you.. Happy birthday to Tina.. Happy birthday to you..."

Dengan ucapan,

" Semoga mendapat 5A dalam UPSR yang akan datang.. Kalau tak dapat 5A, kita kasi kawin sama dia... hahahahaha...."



Now, dah sampai time memasak. Kita akan belajar masak 3 jenis kuih ya untuk hari ni. Kuih pertama diberi nama Kasui Pandan. Idea nak masak kuih ni hari ni datang tetiba je setelah my dear freind, pakcik Han232 tanya resepi & cara-cara memasak kuih ni.

Memandangkan aku ni tak pernah masak, so, bagi memudahkan keadaan my mom pun buka la kelas masakan untuk aku. Bior clean & clear aku tengok cara-caranya live & tak yah le aku dok tanya-tanya lagi... hehehehe..

Maka bahan-bahan yang perlu disediakan adalah seperti berikut.. Just follow the gambar, pasti jadilah kasui anda nanti....






Mengikut my mom, dia lebih suka kacau sendiri sehingga sebati. Tapi aku masukkan dalam blende coz nak cepat. My niece nak balik asrama jap lagi. Kang tak sempat keras lak kalau nak tunggu aku kacau sampai sebati..




Sedap le sesangat jadinya kuih ni.. Tak keras & tak lembik. Sedang-sedang elok je.. Tak sangka so simple nak buat kuih ni. I will try kat KL nanti. Emmm.. tapi nak kukus pakai apa eek.. Pengukus pun tak da... :-(


Our 2nd resepi hari ni adalah karipap. Ni request from my father. Favourite dia. My mom masak inti dia punya la banyak. U know y? Emmm... Cam biasa dia nak export ke KL. Kan aku nak balik malam ni, apa lagi.. tak sah kalau my mom ni tak bekalkan something untuk anak-anak dia yang tak balik tu..





Yang bestnya, dalam kelam kabut nak kejar masa nak siapkan masakan lauk & kuih muih, my mom masih lagi layan karenah aku nak angkat gambar semua bahan-bahan yang disediakan. Ni je cara mudah aku nak ingat bahan-bahan tanpa menulis. Ada teknologi kita guna la kan... Malas menulis pun ya gak.. heheheheeh...





Ni le hasilnya.. sekuali besau. Macam nak buat kenduri lak jadinya. Jam dah tunjuk kul 6.50pm. Nampaknya tak sempat la nak buat karipap. Doh tak buat lagi. Cedih gak. Tapi demi my father, aku nak gak buat. So my mom sediakan bahan, aku ulikan je...



Akhirnya, jam 7.15pm siap la mengoreng 30 biji karipap. But buat kelam kabut cikit kan, so kulit dia tu jadi tebal le sikit. If my mom, dia kan buat really, really nipis je kulit karipap tu...




3rd kuih dikenali sebagai buah melaka aka onde-onde (orang melaka panggil).. Pelik eeh.. orang melaka tak lak panggil buah melaka.. Orang luar lak ya dok boh nama melaka...




Kuih ni aku buat sambil-sambil tunggu kasui masak & sambil sediakan bahan buat inti karipap tu. My mom nak gak buat kuih ni sebab nak bekalkan kat si Uda untuk bawak balik asrama. So, aku pun bancuhkan lah. Uda tolong buat separuh & aku siapkan yang selebihnya.

Cam biasa, umah aku akan berbuka ngan kuih muih. Kita orang jarang makan nasi waktu berbuka. Nasi selalunya pas terawih kepada sesapa yang nak makan or sahur je nanti.





Hidangan berbuka hari ni. Macam-macam ada.. Buah melaka, karipap, kasui pandan & ada satu lagi... kuih seri muka. Tak termaksuk lak dalam gambau.. Sian dia.. di anak tirikan.. hahahaha....

Doa Hari 5

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan dan jadikanlah aku sebagai hamba Mu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara auliya Mu yang dekat disisi Mu dengan kelembutan Mu wahai dzat yang maha pengasih di antara semua pengasih...


No comments:

Post a Comment