Friday, July 9, 2010

MAKE OVER KUIH BAKAR aka KUIH BANGKIT

7HB JULAI 2010 - RABU


Azan Maghrib berkumandang, tandanya waktu berbuka dah tiba (hari ke 13 puasa - sunat - Rejab). Pusing kiri kanan tak nampak pun apa-apa yang boleh dimakan. Aku kat opis. Ada keje banyak sangat nak diselesaikan. Tetiba dari dalam bilik aku ni ternampak le bekas kuih kat meja luar. Meja yang kita orang selalu letak makan untuk "public" makan.

Emm.. ada sesuatu yang berjaya menarik perhatian ku dari jauh.. Aku pun gi le mendapatkan bekas tu. Cantik kuih ni. Cam raya lak makan kuih-kuih gini. Nampak sedap bangat. Aku ambik satu. Bila rasa je... Laaaaaaaaaaaaa... Kuih bakaq rupanya.. Ingat ke kuih apa tadi. Bukan main cun lagi.. Best gak order untuk raya nanti... Sedap.. Rasa still cam yang asli.. Betul cantikkkkkkkkkk... tengok le gambar kat bawah ni... Kuih bakar yang dah di "make over" kan. Cantik kan kan kan...



Just untuk mengimbas kenangan lalu di sini, dolu-dolu or lebih tepat lagi asal-asalnya warna sebonar kuih ni putih gebu bagi yang pandai membuatnya but sesetengah tu can be putih kekuningan cikit. Diketogarikan sebagai kuih tradisional yang seangkatan ngan kuih baulu.. Bebudak sekarang ni, ada yang dah tak konal dah ngan kuih ni. Kuih moden banyak sangat tumbuh cam cendawan. Pe pe pun yang lama, sentimental value dia lain le cikit.


Kuih ni ada dua nama glamour (yang aku tau le).. Belah utara, nama glamour dia KUIH BAKAQ but belah-belah selebihnya panggil KUIH BANGKIT. Dengan ter "make over"nya kuih ni dengan rupa paras yang cun melecun tu, hope ia berjaya le menarik ramai le generasi kini untuk merasainya..


Emm... bila aku tunjuk je kat my mom, dia just senyum je. Dalam ati aku kata " sure tak berapa nak berkenan le tu.. heheheheh...". Biasa la kan orang dolu-dolu ni, dia tetap nak yang asli tanpa make up make up ni. Yang potih gobu tu jugak yang bertaktha di ati.....

No comments:

Post a Comment