Wednesday, July 14, 2010

HADIAH OH HADIAH

15HB JULAI 2010 - KHAMIS

Dah setengah bulan di bulan Julai ari ni. Dan macam tahun-tahun sebelumnya, masuk je bulan Julai pas tu Ogos dan seterusnya, aku akan jadi pening je nak pikir bab-bab hadiah ni. Start bulan Julai ni le ramai le pulak yang sambut birthday. Bulan-bulan sebelum Julai tu ada le gak tapi tak le ramai sangat bilangannya dalam setiap bulan tu. Sempat le fikir hadiah apa nak dibelikan..

Aku kebiasaannya akan bagi hadiah birthday pada orang-orang yang aku sayangi dan yang pasti tak akan lupa (katogori WAJIB ni) memberi hadiah apa insan-insan yang berbesar hati memberi hadiah pada aku on my birthday. So, masa birthday dia orang tu je peluang aku nak membalasnya dan tak kurang juga, apa kekawan yang sentiasa dalam ingatan aku lak, aku akan wish le on that day tanda ingatan walaupun tak bagi hadiah..

Tak kira le adik beradik ke, anak buah ke, kawan-kawan rapat ke. Bagi aku, lewat cam mana pun aku tetap akan bagi hadiah. Hadiah aku selalunya belated la. Kekadang tu tangkap ke 3-6 bulan baru bagi. hehehehe.. Bior le lambat cam na pun, aku tetap akan bagi hadiah tu.

Kelewatan kekadang atas sebab :-

1. Tak punya ruang masa yang cukup untuk nak gi beli hadiah.

2. Jarak yang menjadi faktor kelewatan dalam menyampaikan hadiah yang dibeli

3. Ruang-ruang poket semua dah kosong, budjet lari.. hahahaha..

Cam na pun bagi, aku tetap bagi.. Rezeki lebih.. best cikit le hadiahnya, rezeki kurang.. kurang best cikit le hadiahnya.. Murah cikit je.. kan kan kan... :-)


Kebiasaannya if anak-anak buah tu aku akan bagi cash je but ada gak yang akan dapat hadiah. Tapi aku tak bias la, setiap tahun orang yang berbeza akan dapat hadiah. Baru adilkan.. kan..kan. Anak buah dah dekat 30 orang. Tak menang tangan nak beli hadiah. Tu le kena ambil no giliran tu..


Pada aku, lari budjet cam mana pun, aku tetap akan bagi "something" pada orang-orang yang aku sayangi ni (baik adik beradik mahu pun kawan). Ala.. setahun sekali je kan.. Bukan selalu pun. Hari special bagi orang yang sambut birthday.. Tak salahkan. Rezeki kita akan terus bertambah-tambah....


Cuma yang tak bestnya bila pikirkan hadiah apa nak beli. Kekadang naik buntu nak beli apa. Bukan apa takut gak orang tak suka ngan pemberian kita. Sedih oooo, bila kita bagi orang tak guna or pakai pun. Mungkin murah kot & tak de "class gitu" hadiah yang kita bagi (dah terkena dah ngan sorang kawan, so agak serik le nak beli hadiah ke dia dah.. Actually hadiah tu agak mahal le gak, tapi dah orang tak berkenan, nak buat cam na kan..).

Bagi mengelakkan perkara di atas berlaku, kekadang aku buat cara gini... bagi birthday girl/boy tu pilih sendiri apa yang dia orang nak but aku bagi le nilai max & min yang aku nak bayau.. Tapi hadiah tu tetap aku bungkus cam nak bagi hadiah tu.. hahahaha..


Actually cara ni tak le best sangat dalam sesetengah keadaan. Tak surprise dah.

So, ni le bilangan hadiah yang aku perlu fikirkan untuk setengah tahun terakhir tahun ini..

Bulan Julai = 5 orang (rapat-rapat lak tu datenya)

Bulan Ogos = 7 orang

Bulan Sept = 8 orang

Bulan Oct = 8 orang

Bulan Nov = 6 orang

Bulan Dec = 6 orang

Pening-pening.. Hadiah apa lak nak beli ni....!!!!!!!



No comments:

Post a Comment