Deqbee tu nama manja yang dipanggil oleh kakak sulung dia si Along Musfirah @ Traffic Light tu...
Tuesday, January 5, 2010
AIN BIRTHDAY
Deqbee tu nama manja yang dipanggil oleh kakak sulung dia si Along Musfirah @ Traffic Light tu...
BELAJAU MASAK
"Happy birthday to you... happy birthday to you... Happy birthday to Anyah.. Moga bahagia di samping anak-anak yang bijak-bijak, hubby yang tersayang dan moga impian kereta idaman menjadi kenyataan... Amin..."
To my bil - Abang Shariff, beg -beg Anyah yang banyak tu, wakaf-wakaf la kat ayang ni.. Bukan nak yang baru, yang 5 tahun dulu nye je.. hehehehe.. Besau pahalanye... Kuang kuang kuang..
BALIK KAMPUNG
Kul 4.45pm aku ke Cheras, untuk ambik anak buah aku si Anis & Talqif bawa balik Taiping. Kul 5.30 cam tu bertolak. Sempat singgah beli selipar "crocs" jap. Bukan apa berkenan lak tengok selipar si Anis ni. Harga dia rahsia... Hehehehe...
Pas tu singgah Tesco kat Cheras tu. Gi beli Big Apple bekal bebudak ni makan dalam kete. Perjalanan lancar. Kete banyak tapi tak la jam sangat. Stop kat Simpang Pulai beli jambu (buah kegemaran my mom) & singgah sembahyang. Sampai Taiping dalam kul 9pm.
Tiap kali balik kampung, tempat yang paling nak dituju... jeng..jeng..jeng... mana lagi kalau tak dapur. hehehe.. Pusat makanan.. Kali ni dah la nasi lauk sedap-sedap. Siap ada pizza large 8 kotak.My sis belanja sempena anak dia si Nurin tu dapat 8A.
Maka, aktiviti mengulang ke dapur diteruskan sehingga la time dah nak tido. keje aku asyik makan je. Memang aku dah pasang niat masa nak balik tadi lagi. Aku tak nak control makan sepanjang percutian ku ni. Akan ku makan segala yang terhidang.. Bukan senang oooo... nak dapat makan masakan mak... hehehehe...
To my brother Abang Jak ...
TAHNIAH PMR 8A
CUTI-CUTI MALAYSIA - GENTING HIGHLAND
Actually, ikut ati aku ni, banyak lagi gambau yang nak di snap.. memang cun tempat ni. Tapi faham-faham je lah kan, bebudak ni dapat main and dapat geng.. Kita ni sapa lah kan.. Bolayan le... I ni suka la sesangat nak bergambau tempat cun-cun gitu.. Pendam perasaan je la...
Terus menuju ke Space Shot. Ni la satu-satunya game yang mencabar buka buat masa ni. Punya la panjang "Q". Niat ati nak le naik. Ahli terkecil rombongan ni tak lepas la pulak tahap ketinggian. Suruh dia tunggu kat bawah sementara kita orang naik, dia tak nak. Muka dah start moyok nak meragam. Aku pun tak le jadi naik.. U all nak tau apa jadi.. Hehehe... Last-last sekali aku yang mogok and meragam... Kuang. Kuang.. Kuang..

Dalam banyak-banyak game outdoor yang ada, paling banyak kali bebudak ni ulang adalah ANTIQUE CAR. Aku pun tak tau la apa penyebab dia suka sesangat naik kete antik ni. Slow lak tu.. Dok dok pikir balik, mungkin sebab dia orang leh drive sendiri kot. Tu yang naik syok tu. Sampai orang-orang yang jaga tu pun dah naik kenal dah muka bebudak ni. Ada dalam tujuh lapan kali kot dia orang ulang.

TERTINGGAL KUNCI
Sampai depan pintu umah, cari kunci tak de. Puas aku cari merata tempat. Dalam kete, dalam beg, call opis dan macam-macam lagi. Ati rasa kunci cam ada dalam umah je. Housemate lak, dah ke Terengganu.
So, tak de cara lain melainkan pecahkan pintu umah tu je. Tu pun dia my housemate bila aku call inform dia. Nasib ada sorang budak lelaki yang nak menolong. Mangga diketuk, pas tu tombol pintu lak, aku dah memang tak bermaya sesangat nak ke mana-mana. Dah dekat nak masuk waktu maghrib, asar pun aku belum sembahyang lagi.
Tiada pilihan lain. Aku upah adik tu gi beli tombol dan pasang balik. Nasib la dia memang selalu dok buat kerje tu pun. Part time dia. Senang sikit. Aku tak pandai sangat selok belok kawasan aku dok ni. Mana la tau nak cari kat mana tombol tu semua.
Berpeluh basah gak la dia nak pasang balik. Sambil dia dok pasang tu, aku pun sembang-sembang. Budak Tahfiz rupanya. Dah 7 juzuk dia hafal. Patut la masa dia tengok aku sembahyang, dia tak masuk umah. Buat part time sebab nak kumpul duit untuk belanja kawin. Bagus bagus....
Bila ditanya ubah, dia kata ikut suka aku nak bagi berapa. Memandangkan dia baik dan dah letih sesangat, aku pun bagi la amount yang agak besar. Terkejut badak dia.
Actually, aku tak tau la nak bagi berapa tapi aku tanya gak cukup ke amout yang aku bagi tu. "Lebih pada cukup kak.. " laju je dia jawap sambil tersenyum riang...
Tak pe la bayau lebih sikit. Janji aku tak le susah nak gi cari orang upah pasang dan lain-lain. Silap-silap dia orang charge lagi mahal kot.... Tu la Life in KL.

















