Sunday, November 8, 2009

OLE-OLE LAGI

9hb November 2009


Aku dapat ole-ole lagi hari ni.. Dari Medan.. Dalam masa seminggu aku dapat 2 ole-ole dari Medan. Kali ini daripada kak Fiza my opis mate. Dia bagi t-shirt. Cantik. Tima kasih akak... Buat susah-susah je.. Lain kali gi jangan lupa beli lagi eeh... Hehehehe...









Ari ni gak aku tengok gambar-gambar perjalanan group my freind yang bagi ole-ole ari tu.. ala yang bagi kain batik tu.. Emm ada gambar-gambar "gempak" gitu. Pecah rahsia.. Tapi no komen lah.. Tak leh lebih-lebih cakap, kang kena saman lak... hehehehe...
Pagi ni pun aku telah membayar RM 1715 duit peringkat kedua bagi mendapatkan kelulusan plan umah yang akan dibina di Taiping. Umah famili. Ada la sikit pertukaran kat pintu depan and tingkap master bedroom. Bayaran ikut progress keje. Bagus En Ridzuan ni. Cepat kejenye. Tak sabau nak tunggu plan diluluskan.

JANDA BAIK

8hb November 2009


Seawal pagi kul 7.30am aku dah dapat sms dari Istana Kayangan.. "Minah siap belum.. Lapau ni. Cepat la.. gi breakfast".. Terjun katil aku.. Aku mandi pun belum. Memang la ada janji ngan makcik Bedah ni nak gi Janda Baik. Janji kul 8.30am.. Dia nak gi cari batu tungku untuk urat-urat sarafnya yang tengah sakit..

Around 8.30am la jugak baru siap. Pi la makan kat kedai biasa.. Depan pasar raya Pak Aji kat Bandar Tun Razak.. Siap tapau ubi kayu rebus, pulut kuning dan roti jala nak makan sambil cari batu.

Kami pun meneruskan la perjalanan ke Janda baik. Aku jadi co-pilot je.. Tu yang best tu.. Syok sangat drive sambil borak, tup..tup rasa macam salah jalan je.. Pelik gak tak sampai-sampai. Rupa-rupanye dah nak sampai ke Bentong dah (ikut jalan lama). Patut la rasa lain je..


Kami pun decide untuk berpatah balik. Terlajak simpang rupanye.. On the way.. jalan bengkang bengkok ni, tetiba je Cik Bedah ni bawak kete punyaaaaaaaaaaa la laju.. Macam F1 la pulak aku rasa. Naik syeih kot minah ni.. Dalam ati aku dok kata "ooii minah aku tak kawin lagi la" hehehehe.. Bawak-bawak bertenang sikit.. Tak padan ngan kaki dok sakit, bawak kete tak ingat-ingat..

Cik Bedah tengah drive & jalan lama menuju ke Bentong


Sampai je ke kawasan kampung di Janda Baik ni, kami pun saja-saja survey jalan & port-port menarik sambil usya-usya umah orang kayo-kayo kat situ. Tak dok keje cam ni la.. Drive, drive, drive... dari jalan tar sampai ke jalan tanah. Siap termasuk dalam private property orang lak.. Selamba badak je kita orang ni..


Jalan-Jalan til jalan mati


Last sekali kami berjumpa ngan port yang rasanye agak privacy la sikit. Park kete pun depan tu je.. Ni kawasan private property orang gak. Berhampiran Pondok Impian. Apa lagi sesi foto-foto pun bermula... Tengok location ni best lak if dapat mandi manda.. Tak dak orang kacau.. Menyesal la pulak tak bawak baju spare.. Kali ini setakat rendam-rendam kaki je boleh.. Lebih-lebih, pendam perasaaan je la...

Sesi foto-foto


Tujuan utama kat sana adalah untuk mencari batu, so terbongkok-bongkoklah cik bedah & aku, dok tengok dalam air kot-kot jumpa batu yang bersesuaian.. Setelah hampir setengah jam mencari akhirnye berjumpa la ngan batu yang berkenan di hati.. masa tu daki-daki kat kaki pun dah cukup kembang.. Hehehe..



Seisi foto-foto bersambung & tenyih daki

Aktiviti sampingan, dah alang-alang datangkan... apa lagi ambik batu tenyih la daki-daki yang kembang kat kaki tu.. Jimat belanja. Tak yah gi spa. Sebelum balik kami pun makan la ubi kayu rebus bersama gula & kelapa yang dibeli tadi. Sedap pulak rasa ubi ni bila makan dalam air ni..

Cik Bedah sibuk cari batu & makan ubi kayu rebus

Memandangkan hari nak hujan, kami pun buat keputusan untuk pulang. Dengan niat di hati akan datang lagi untuk mandi manda. Sampai Genting sempah, Cik bedah nak suruh tunjukkan jalan ke Kolam Air Panas dekat Selayang tu, aku onn je.. Lokasi yang hendak dituju pun sampai.. Tengok-tengok agak mengecewakan.. Tempat nye tak berjaga ngan sempurna. Agak kotor. Air dia berbau. Ada 3 kolam, 1 kolam je aku rasa aku sanggup nak guna air tu. Lagi 2, air dia keroh & berbau. Kita orang just tengok..

On the way back, sampai area Valdrome Bandar Tun Razak, Cik bedah tetiba teringin nak makan ayam kampung yang famous kat situ. Singgahlah.. Emm apa lagi lipat la sepinggan penuh nasi.. Melayang lagi la diet aku...

Petang kul 3pm, aku gi umah sewa kak siah, nak discuss pasal awning with kontraktor yang dah tunggu kat sana. Tetiba si kakak & adik nak mai umah sebab tak de orang kat umah dia. So, aku bawak la budak 2 orang tu gi TESCO beli makanan.. Kang lapau lak. Umah aku tak de bende pun.

Kul 5.30pm bawak dia orang gi mandi kolam. Jumpa adik Ustad yang ngajar aku mengaji dulu kat tepi kolam. Kecik betul dunia ni. Rupanye Ustad tu dok Mentari Kondo & adik dia Lestari blok A. Maka citer-citer mak-mak pun bermula (banyak mak-mak orang kat situ, tengok anak dia orang mandi). Yo yo je dia orang citer pasal jaga anak dan lain-lain.. Siap tanya-tanya aku lagi. Aku bujang lagi la.. Jatuh saham je makcik-makcik ni.. Aku ni nampak macam mak budak ke eek??? Sedihnye...

Saturday, November 7, 2009

ABANG MUS BIRTHDAY

7hb November 2009

Selamat hari jadi buat Mustafa Jamaluddin yang lebih dikenali sebagi abang Mus dikalangan keluarga kita orang . Actually, abang Mus adalah abang ipar aku. Isterinye kakak no.3 aku (Aishah @ Alang). Abang Mus ni baik sangat orangnye. Loving je ngan wife dia. Since dia orang kawin until now, tak pernah sekali pun aku tengok dia orang gaduh-gaduh.. Bestkan...


Emm... selain daripada tu, dia la tempat rujukan jalan-jalan di Kuala Lumpur ni.. If sesapa sesat or tak tau jalan. Cakap la nak pi mana pun, dia tau je jalan & siap leh bagi tau jumpa berapa traffic light, berapa simpang dan lain lain lagi lah... Punya la detail & expert giler bab-bab jalan ni... Dulu abang Mus bawak teksi partime (nak tambah income).. but now dia penjual HIO (Bio Auro)... Sapa nak beli boleh lah contact 0178811762. Siap promo ni abang. Emmm... dapat customer.. 5% eek... hehehe... Lawak je..


Hari ni aku stay kat opis til kul 5pm. Buat pengiraan untuk tender Gemas. Kul 4.30pm rasa nak balik dah, tetiba hujan lebat giler siap kilat-kilat gitu. Tunggu till kul 5pm.. tapi tak leh bertahan dah lapau giler.. Hujan pun hujan lah... redah je.. Niat nak ke Selayang nak cari color lence, half way jalan floating teruk la pulak. Patah balik la, tak sanggup nak redah. Kete orang weeehhh, stuck kang.. mati.. Kul 6.30pm sampai umah, beli mee hailam, makan and terus tido till kul 10.30pm.. Tak sedau langsung... Bangun watch TV til kul 12pm... Pas tu apa lagi sambung balik tido.... hahahaha... Tu la keje aku... hehehe...

BETUL KE EEK..?

6HB November 2009

Aku pun tak tau nape aku asyik teringat kat kawan aku sorang ni je.. Asyik ingat dia je.. Nape eekk..

Buat keje till kul 8.30pm. Balik terus gi makan. Emm... teringin la nak makan sotong kangkung. Cuba la makan kat kedai baru di Selayang (tak pernah pi sebelum ni).. Mahal giler sotong kangkung dia. RM 8.00 sepinggan. Sotong & kangkung je.. Bukan banyak pun, sikit je. Tak puas hati betul aku..

Malam, kawan aku yang aku dok ingat seharian tu call.. Dia pun teringat kat aku rupanye. Chat punya chat.. Dia kata, aku ni banyak gak mewarisi perangai my mom.. penyayang (melalui cara aku layan bebudak & anak2 buah aku), manja, caring dan lain-lain lah.. Emm.. sampai tetiba terputus la line. Telefon tu pun terkejut & tak tahan kot nak dengau.. hahaha... Aku lagi la.. terkedu jap.. Aku yang brutal ni leh dinilai cam tu lak.. Nak tergelak pun ada.. Entah lah..

Emm... Betul ke eek????? Hanya orang yang boleh menilai kita kan...kan..kan...

Thursday, November 5, 2009

DAPAT OLE-OLE...

4HB November 2009


Sibuk la sekarang... tak de masa langsung nak up date blog yang dah "berdebu" penuh ni... Ada keje urgent sesangat now.. Banyak lak tu.. Semua due 16hb November 2009..

Malam tadi kuar makan with my freind yang lebih dikenali sebagai Han2 @ HAN TWO. Dia baru balik makan angin di Medan, Indonesia. Ada la ole-ole dari sana buat aku.. Kain batik pekalongan (cantik kain ni), kek lapis lengit (memang dah lama giler mengidam nak makan kek ni... sedap lak tu), 3 biji buah pisang kaki (my sis selalu beli buah ni tapi aku tak pernah rasa nak makan, tapi kali ni aku akan try rasa gak macam mana pun), emmm... last sekali pensil hotel (sememangnye koleksi aku).. My freind ni memang tiap kali gi mana-mana hotel dia tak pernah terlupa untuk ambil pensil untuk aku... Pada my freind tu... Tq tq tq tq..... Daun keladi eeh...

Kain batik Pekalongan



Buah Pisang kaki, Kek Lapis Lengit & Pensil

Tuesday, November 3, 2009

KENDURI BUAH-BUAHAN

3hb November 2009


Pagi ni bangun penuh semangat siap nak gi keje walaupun perut terasa sakit (tiap-tiap bulan cam ni la..). Memandangkan ada keje yang perlu diselesaikan, aku gagahkan jugak. Keje berlambak tak siap. Tup.. tup.. duk tak duk makin sakit la pulak. Jap ok jap tak. Aku dah naik cuak dah. After selasai keje kat dbkl, aku pun gi la klinik. Doktor tu kasi satu injection. Emm.. apa lagi melayang RM40.. tapi dapat la MC 1 hari.. Tapi cam setengah hari je la MC tu sebab jam kul 12pm masa tu..

Balik umah tak tau la pulak nak buat pe, peliknye.. if kat opis bukan main mengatuk lagi. Ni peluang tido bukan main cerah tapi tak leh tido gak mata ni. Leceh betoi la.. tu sebab aku tak suka sangat MC-MC ni. Bosan dok umah yang betulnye. Tak rest pun sebab kepala asyik dok pikir keje kat opis je.


Tetiba... jeng jeng ... telepon berbunyi... Makcik Jam dari istana kayangan calling-calling ajak makan buah-buahan tempatan yang dibawa pulang dari dusun dia nun di Parit sana.. Pucuk di cita ulam mendatang la, maka aku pun mulakan keje-keje membungkus kain baju nak berhijrah ke istana hinggap ku tu..

Tak sampai 5 min sampai , terus Bismillah le ngan buah langsat, rambutan, durian & pisang.. Punya la banyak aku makan.. sebesen kulit ha... Tak caya? Lihat lah sendiri...


Langsat, Rambutan, Durian & Kulit-kulit yang Tinggal

Pas makan, makcik Jamnah bukak internet.. Beria-ia dia nak aku up date blog. Bersusah payah dia dok cari line.. Biasa lah kan.. guna broadband di "kayangan" lak tu.. Thanks Jam.. Jasa mu dikenang...So apa lagi, update blog le aku.

Fuhhh...!!! view dia best... Di bolcony, angin sepoi-sepoi bahasa bak kata Si Makcik ni 20km/hrs... tasik menghijau, kenderaan bergerak-gerak, awan membiru, burung berterbangan dan lain-lain lagi lah... Sungguh mendamaikan... Alangkah bestnye if tiap2 ari leh cam ni...

Ni la tempat aku men"update" blog

JAP JE DAH 2 TAHUN

2hb November 2009





Ari ni genap la usia si merah tu 2 tahun.. Happy birthday Humairah Darwishah. Pandai mak and bapak dia bela. Besau dah pun... Hehehehe.. Merah nak hadiah apa? Nak adik eeh.. Tu abah and mama la yang kasi ok....

Niat ati aku nak bawak la minah kecik ni jalan-jalan. Mama & abah dia dah kata kang aku tak terkawal lak sebab nak gi Jaya Jasco. Apa pun tak leh beli sebab dia kuat berlari..


Aku dengan penuh keyakinan kata no hal. Aku confident je leh handle.. Emm.. sampai Jasco, 5 min pertama ok, 5 min ke dua dah start engin, masuk 30 min, apa lagi acara main "cuk cak" and kejar mengejar bermula. Berpoloh makcik jadinye.. Kak long aku pun naik letih dok kepung dia.. Bukan tu je.. ngan budak-budak keje jasco tu pun dok ktolong kepung dia. Lagi kita kejar, lagi laju dia lari. Last-last sekali aku angkat bendera putih, ajak balik sebab tak leh tengok apa pun. Orang ramai. Minah ni kecik, masuk celah kain-kain pun tak perasaan. Sebelum jadi apa-apa baik balik. Kang demam nak jawap kat mama & abah dia.

Ni gambau2 di ketika merah berusia 1tahun 364 hari.... Di Jaya Jasco... Heheheh...

To abah dia - Boy, walaupun gembira dalam duka, yakin pasti ada hikmah disebaliknye...