Friday, October 8, 2010

SUATU HARI DI PAGI RAYA....

10HB SEPTEMBER 2010 - JUMAAT

Hari ni aku nak citer kisah sebuah famili bahagia yang menetap di utara tanah air. Sebuah famili yang besar dan hidup dalam penuh kesederhanaan...

DI PAGI RAYA (UMAH TAIPING)

Setiap kali Syawal menjelma, maka aktiviti biasa keluarga ni setelah menunaikan ibadah sembahyang sunat aidil fitri berjemaah adalah bermaaf-maafan yang dimulakan oleh insan yang amat disayangi dan tunggak dalam keluarga ni...


Pabila ayahanda duduk, bonda akan memulakan seisi memohon kemaafan atas segala kesalahan atau kesilapan yang dilakukan. Di saat ni, anak-anak yang melihat akan berasa syahdu le sesangat. Selalunya semua yang melihat pasti akan menitiskan air mata.



Kebiasaannya, ayahanda akan selalunya membuat "gimik" yang amat mengejutkan kepada bonda setiap tahun. Tahun ni.... Jeng jeng jeng...bonda mendapat "bonus raya". Bentuk kipas lagi.. Riuh satu umah bila melihat ayahanda kuarkan dari poket.. Wang besar.. wang besar.. hahahahaha....

Walaupun pun usia perkahwinan hampir mencecah usia 50tahun, kemesraan, kebahagian, keromantikan masih jelas kelihatan. Ayahanda amat-amat menyintai bonda sepenuh hati. Cam tu gak bonda. Moga anak-anak akan mencontohi pasangan romantik ini dalam melayari alam perkahwinan...



Ayahbonda bersama Along Intan (Sulung Perempuan - No. 1) & Abang Jak (Sulung Lelaki - No.2)
Both of them Tunjang Utama "Bin Abdul Jabbar"


Pas bonda, giliran seterusnya akan dimulakan ngan anak yang sulung til la yang bongsu termasuklah anak-anak buah. Puas la gak nak menghabiskan semua orang. Almaklumlah keluarga besar. Kekadang terpaksa di buat komersial break sebab ada tetamu datang.



Alang Aishah & Famili (Anak No.3)

Gambar di atas ni tak cukup korum sebonarnya. Anak sulung kepada "Bin Mustafa" ni tak de dalam gambar sebab jauh diperantauan. Sebab tu la si bonda (Aishah) ni selalu le sangat menitiskan air mata. Kejap-kejap nagis kerna terkenangkan anak sulung dia si Cik Musfirah tu...


Anyah Asiah & Famili (Anak No.5)

Memandangkan anak no. 2 (Si Izat) dan anak no 3 (Qistina) akan menduduki peperiksaan PMR & UPSR tak lama lagi, maka beraya la mereka di rumah Tepen sahaja. Esok lusa dah nak kena mulakan tuition semula. Si Izat moyok sebab ibu dia marah lambat siap gi sembahyang raya.



Ateh Rubiah & Famili (Anak No. 6)

Tahun ni berada di Tepen dahulu sebelum pulang ke Muar, Johor keesokan harinya. Terpaksa tukar turn sebab cuti raya tak panjang. Setiap pagi raya, isteri kepada En Harun ni le akan buat kuah lontong. Emm... sedappppppppppppppppp... Pakar dalam memasak lontong makcik ni.


Kak Chik Habibah & Famili (Anak No. 7)

Ni pun kes terpaksa tukar turn gak. Sepatutnya beraya di Melor, Kelantan untuk raya pertama tahun ni. Memandangkan raya ke 3, ada kenduri di umah Melor, maka beraya lah dulu di Tepen. Raya kedua baru le pulang ke Kelantan.






Mesti ada yang tertanya-tanya, nape la ada gambar "special" sikit ni... orang lain tak de pun. Kisah dia... gambar ni semua dicilok dari FB makcik ni.. Nak tunggu ambil dari kamera orang lain, lambat sangat. Apa yang ada di masukkan je la...



Ayang Safiah (Anak No. 8 & bongsu pompuan)

Makcik ni, tak le kawin lagi so tak de le perkataan "& famili" kat nama dia tu. Tak laku-laku lagi minah ni. Sian sungguh.... hehehehe...



"Kelab Bujang - Bin Abdul Jabbar"

Budak lelaki yang dalam gambar kat atas tu le anak bongsu kesayangan famili ni. Anak No. 11. Pakcik ni kira tahun ni lebih dikenali sebagai ustad aka imam muda.. Hope tahun depan berfamili le dia. Dah sesuai le sesangat rasanya untuk berumahtangga..






Ni lak gambar si Mak Yang dia orang ngan anak-anak buahnya.. Yang paling sodehnya.. sapa le agaknya yang tangkap gambau ni.. Boleh gi tangkap dari tepi lak.. Sabotaj sungguh...




Jelitawan-jelitawan di atas ni adalah cucu-cucu kepada ayahbonda. Sepupu sepapat le hubungan antara dia orang ni.





Ni lak kira cucu paling junior la kepada keluarga ni. Mamat kecek ni suka le sesangat tarik cermin mata mak yang dia. Pantang dukung, cermin mata la yang di attack dulu. Aktif le sesangat si kenik ni...

Anak No. 4, No. 9 dan No. 10 beraya seperti biasa mengikut giliran di rumah mertua masing-masing. Berikut adalah gambar yang dicelok dari FB masing-masing...


DI PAGI RAYA (UMAH SERTIK - PAHANG)


Anjang Hajrah & Famili (Anak No. 4)




Lain dari yang lain.. jarang kita tengok orang buat baju raya warna hitam kan.. Ni antara mak-mak yang anak nak ambik UPSR.




DI PAGI RAYA (BANDAR PUSAT JENGKA - PAHANG)




Uda Rahim & Famili (Anak No. 9)




Emm... menurut citer, si anak buat "rapat umum" di pagi Syawal. Tak tau le apa yang tak kena. Yang pasti beg mahal dia tu turun serta dalam gambar raya ni. Tak pernah buat dek orang pagi raya bergambar dengan beg baju... Merah merah....




DI PAGI RAYA (TERMERLOH - PAHANG)


Keluarga Pakcik Ashraf & Famili (Anak No. 10), ralat le sesangat sebab tak dapat lagi gambar untuk dimasukkan. Kan diusahakan sehingga berjaya...


DI PAGI RAYA (CAIRO - MESIR)





Ni le anak kepada Alang Aishah dan juga merupakan cucu sulung kepada "Bin Abdul Jabbar". Amat-amat disayangi oleh semua orang. Walaupun berjauhan tapi tetap sedondong ngan ayahbonda dan adik-adiknya yang lain..

Sms yang di hantar dipagi raya (sebagai menganti diri) untuk di baca di depan semua semasa seisi maaf bermaafan telah menyebabkan semuanya mengalirkan air mata kerna terlalu sebak dan terlau merindui beliau..

" Tahun ini syawal kedua along tanpa keluarga di sisi. Terbayang-bayang wajah-wajah insan tersayang di pagi raya yang lepas. Rasa rindu ingin peluk cium semuanya. Ya Allah, panjangkanlah umur aku dan seluruh darah daging ku agar dapat ku bertemu di syawal akan datang. Along mohon maaf salah silap sepanjang hidup ni, halalkan segala-galanya, terima kasih untuk semuanya. Budi yang tak mungkin dapat along balas. Doakan kejayaan along dunia akhirat. Salam aidilfitri penuh kerinduan dari Along Egypt..."


Ni le serba sedikit kisah tentang famili ni.. Moga keluarga ini akan bahagia hingga ke akhir hayat. Aku bangga dan amat-amat bersyukur dilahirkan dalam keluarga ni.. Kami tidak mewah tapi kami bahagia dengan cara kami tersendiri.

"AYANG SAYANG MAK ABAH SEPENUH HATI... TERIMA KASIH KERNA MELAHIRKAN DAN MEMBESARKAN AYANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG... AYANG MOHON KEMAAFAN ATAS SEGALA KEKHILAFAN YANG TELAH AYANG LAKUKAN... "




The End



4 comments:

  1. wow...like3~
    x sangke ade gak slot along kt dlm ni...
    thanks makyang..
    rindu sgt kt sume2...
    sayang sume............

    ReplyDelete
  2. Jauh di mata dekat di hati.. Sayang along gak sepenuh hati..

    ReplyDelete
  3. Tiba tiba macam akak pulak yang nak menitiskan air mata dan terasa sebak melihat kebahagian keluarga ayang ... especially mak dan abah ayang :)

    p/s : Kalau I berjiran dengan U, mesti I jatuh cinta sangat sangat dengan mak U ... boleh kita share kan ;D

    ReplyDelete
  4. Hahaha... tq akak. Tak yah tunggu berjiran.. Jauh pun boleh je jatuh cinta.. mak ayang tu memang pujaan hati setiap orang yg kenal dia.. Anak 11 pun, anak angkat dok berderet2.. U nak jadi salah sorang dr tu pun boleh gak. register nanti eeh.. free je.. hehehehehe... Tapi kena le rajin turun Tepen..

    ReplyDelete