Tuesday, March 16, 2010

TEATER SRI MERSING

16HB MAC 2010 - SELASA



Ni merupakan aktiviti kegemaran aku. Menonton teater. My freind ajak. Apa lagi. I follow. Free la katakan. Orang kata rezeki jangan di tolak.. Hehehe..


Teater kali ni bertajuk Sri Mersing yang dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air antaranya Datin Rosnani Jamil, Adi Putra, Elly Mazlein, A. Galak, Melisa Saila, Azizah Mahzan, Rusdi Ramli, Abu Bakar Juah, Dato' Mustapha Maarof dan banyak lagi.




Sri Mersing ni citer dia berkisarkan cinta tak kesampaian antara Sri dengan Damak (perantau). Keadaan yang memisahkan dia orang. Damak kembali ke tanah asal Pahang. Sri tetap setia sampai ke tua tidak berkawin sementara Damak telah mempunyai seorang anak bernama Merah yang singgah ke Mersing semata-mata ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dolu-dolu till bapa dia Damak melarang dia pergi ke Mersing. Maka, dari situ tahu lah ia segala jawapan yang menjadi persoalan selama ini... Cam tu la lebih kurang..


Bagi aku best sangat teater ni. Mungkin sebab jalan citer dia dan pementasan yang betul-betul dekat ngan penonton menjadikan citer dia menarik. Dah la tempat duduk kita orang kat depan. Memang clean & clear dapat tengok pelakon-pelakon tu. Tak sampai 3 meter pun jarak ngan stage.



Semua pelakon berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Cam si Adi Putra (Damak) fuhh.. sesuai sesangat. Macho mamat ni. Tinggi lampai and badan bersasa lagi. Ada gaya la jadi hero dolu-dolu yang pandai silat gitu. Suara pun cam macho je masa bercakap tu especially masa mengungkap pantun famous ni...



"Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Layu..."


Elly Mazlein (Sri - waktu muda) lak memang tak dinafikan comel sesangat. Beria-ia dia nagis bila Si Damak nak balik ke Pahang. Setia betul dia. Till tua tak kawin. Emm.. lagu-lagu yang dinyanyikan pun sedap di dengar. Merdu je suara dia.


Datin Rosnani Jamil (Sri - waktu tua), bagi aku sesuai la sebabnya Datin Rosnani ni cantik sesangat. So, Sri muda cun and maintain sampai tua la kan.. Ni la first time aku tengok dia live.


Cara pengarahkan 2 in 1, watak tua and muda jalan serentak atau seiringan pun menarik bagi aku. Cuma bagi budak or sesapa yang lambat pick up sikit, may be akan konpius la ngan jalan citer gaya gini.

Conclusion nya... Kira berbaloi la bayau kepada sesapa yang gi menonton. Cam aku ni ... free, lagi la berbaloi-baloi... Hahahaha....


Selain daripada tu, kenangan yang tak akan aku lupakan berjumpa En Zawawi (ayahanda) semasa di Istana Budaya. Dulu masa menonton Teater Gamat, Zawawi (Kelantan) yang nampak... Ingat jumpa dia lagi. Rupanya Zawawi lain lak.. Next time Zawawi mana lak eek...?????

2 comments:

  1. makyang
    nant along balik Malaysia makyang kene bwk along g tgk teater taw..

    teater Antara makyang xtgk ke??
    ziana zain berlakon,nina ckp best sgt..

    ReplyDelete
  2. Hahahah.. Jelous la tu.. InsyaAllah leh je bwk along. Antara & Natrah tak sempat gi tgk. Lagi pun tak de gang maasa tu.

    ReplyDelete