Sunday, March 7, 2010

LUNYAI DI BELASAH SI VARA

6HB MAC 2010 - SABTU



Jalan jam pulak tengahari ni. Aku rushing nak balik coz ada training kul 4.00pm. Singgah kedai dengan niat nak beli buah betik, tak de la pulak yang masak. Gantikan dengan tembikai.


Sesampai je terus makan buah tembikai tadi sepotong, sembanyang and bertolak ke gym. Cik Tijah dah tunggu kat bawah. Bertolak jam 2.45pm menuju ke Subang Parade.


Memandangkan jalan yang agak jam, maka sampai lagi 15 min nak kul 4.00pm. Aku tak sempat la nak warming up sangat. Sharp kul 4pm aku dah memulakan training aku dengan Cik Vara kita.


Memulakan training dengan bersemangat. Semua aktiviti untuk kuatkan kaki aku (lower body). Cam biasa la tiap equipment kena buat 45 kali tarikan dengan 2 stop. Terketar-ketar aku. Sakit giler. Aku tetap cuba bertahan. Jam ni ok lagi la rasanya.


Emm.. pas tu masuk bab tangan lak. Ni untuk kuatkan semua otat-otak bahagian atas badan lak. 2 equipment di gunakan secara berselang seli. Masa ni dah mula down cikit. Penat giler rasa. Lengguh semacam je jadinya.


Masuk equipment ke 3. Nampak simple je bendenya. Untuk otot lenggan. Bila aku buat je, baru tau dunia ni tinggi rendah. Set ke 3 aku dah tak leh bertahan. Fuhh sakit giler. Macam nak mati tarik bende tu. Nampak simple je tapi tanggap (bahagian lengan) jadi lengguh macam nak rak. Habis je, rasa lega giler.


Next, sit up untuk perut. Stamina dah tak de sangat. Aku kena buat cam biasa 3 set (15 kali bangun duduk bagi setiap satu set). Masuk set ke 3 baru 10kali aku dah tak naik-naik. Si Vara trainner aku ni dok suruh aku try gak. Perut aku sakit gegiler punya. Almaklumlah, lemak semua terkepit. Aku tetap tak leh gak. Cuba macam mana pun tak naik langung. Energy aku rasanya tinggal 5% je lagi sebelum aku betul-betul collapse.


Memandangkan aku tak boleh bangun, so my trainner buat exercise untuk kuatkan tulang belakang. Aku dibaringkan atas bola besau. Dia kepik kaki aku dengan paha dia. Pas tu aku kena bangun. 3 set gak. Masuk set ke dua... toing toing toing... batery kong.. 100%.. Aku tak bermaya langsung..


Jam baru 4.40pm. Aku dah kena stop. Si Vara ni leh cakap " Habis la akak, kaki sudah koyak, tangan sudah koyak, now semua koyak.. Semua tak kuat langsung.." Emm.. Aku betul-betul tak bertenaga ari ni. Tak tau napa. Last sekali dia suruh aku lari atas treadmill selama 30min non stop. Mula-mula rasa cam tak mampu je tapi aku gagahkan jugak. Boleh lak. Emm... pelik stamina nak lari ok tapi bila masuk part nak kuatkan segala otot yang ada memang out.


Petang ni aku betul-betul rasa lunyai satu badan dikerjakan dik si Vara ni. Tapi after rehat 30min. Ok sikit. Bila masuk steam room and sauna.. Fuhh.. lagi best.. Rasa lega satu badan.. Siap boleh nak tertido tu.


Cik Lijah pun sama gak. Lunyai dikerjakan dik si Vara ni. Tambah-tambah ari ni 1st day trainning dengan trainner aku ni. Emm.. sampai nak balik pas maghrib la. Punya tak larat.

No comments:

Post a Comment