Tuesday, November 23, 2010

SWIM...SWIM..SWIM...

6HB NOVEMBER 2010 - SABTU



Kepulangan aku dari tempat keje amat dinanti-nantikan oleh "tikus-tikus" kecil ni. Baru je aku melangkah masuk ke dalam umah kak Chah, ada dah suara comel yang cakap "ali ni mak yang bawa mandi olam eeh..". Kuang kuang kuang... alamak..!! Ponat pun tak habis lagi.. Janji telah di tuntut..


Sememangnya tiap kali ada je "tikus-tikus" yang datang, akan ku offer gi mandi kolam. Suka tengok dia orang happy. Batch "tikus" kali ni, ada yang 1st time mandi kat kolam aku ni. So, over le the excitednya dia orang nak pi..


Pas makan je, aku pun suruh dia orang bersiap sedia. Malangnya hujan le pulak. But they are to small nak faham hujan ke tidak, so keep le asking bila nak pi. Setelah aku meroger makcik Istana Kayangan tentang cuaca semasa di port yang akan dituju, lulus la untuk dimulakan perjalanan..



Elok, sampai port je hujan le pulak. Amat berduka cita le si "tikus-tikus" ni memendam perasaan. Bagi mengurangkan kedukaan, hidangan ais krim disediakan. Ais krim yang selama ari ni menjadi kegemaran pun dah jadi naik tak berapa nak boleh masuk dek dok teringatkan kolam di bawah memanggil-mangil..





Emm.. bagi tidak mengecewakan, ku izinkan le jugak dia orang gi walaupun hujan setitik dua. Alhamdullilah... akhirnya langsung hujan berhenti.. Enjoy katak le si "tikus-tikus" ni.





Ari ni pun menjadi sejarah le buat aku, bukan setakat "tikus" je, but ngan aku-aku sekali masuk kolam.. 3 tahun dok sini, tak sekali pun aku masuk kolam ni. Ni semua penangan si Makcik Istana Kayangan tu la... Dok jarum baik punya..




Dari kul 4.15pm cam tu til 6.45pm le baru naik. Naik kecut semua "tikus-tikus" aku ni. Si kecik jap kolam besar, jap kolam kecik. Bukan main happy lagi dia orang.





Memang best pun.. kita orang je dalam kolam pas tu, life guard lak si makcik kayangan ngan aku, bertambah sakan le "tikus-tikus" ni. Siap naik belakang le, belajar terapong le, macam-macam gaya la dia orang buat..





Lama tak lama dok berendam, sampai dia orang sendiri pun dah tak larat nak mandi. Dah kesejukan ya amat.




Masuk je kete, semua pakat tido keletihan dan kelaparan. Kita orang direct to Padang Jawa umah my brother sebab program ari ni bermalam di sana. Semua orang yang lain pun dah berada dilokasi yang ditetapkan.

2 comments:

  1. Comel nyer tikus-tikus Mak Yang ... nak satu boleh. Nak bela buat jaga rumah. Tikus beso macam ni, abis semua tikus kecik kat rumah semua lari :)

    ReplyDelete
  2. Comel!!!... Tengok le Mak Yang dia cam mana... Kuang kuang kuang..

    Ambik le.. Satu tak leh.. Kena ambik semua sekali...mau tengok sikit berapa lama u boleh tahan.. takut kang.. umah u berkubang je dek tikus-tikus ni..

    ReplyDelete