Thursday, November 25, 2010

NATRAH - CINTA.. RUSUHAN... AIR MATA...

25HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS



NATRAH
... Aku rasa semua orang tahu citer tentang insan yang bernama Natrah aka Huberdina Maria Hertogh @ Bertho. 3 Perkataan ini CINTA - RUSUHAN - AIR MATA sedikit sebanyak telah mengambarkan serba sedikit apa terjadi sepanjang kehidupan insan malang ni...

Sesungguhnya aku amat-amat gumbira hari ini apabila akhirnya aku berkesempatan membeli buku ni. Tambah gumbira dapat special price lagi.. hehehehe.. Tima kacih abang Bad..


Aku ni memang berminat sesangat membaca susuatu yang berkisarkan kisah benar dan kisah Natrah ni lak dibukukan setelah menjalani menyelidikan, penelitian, kajian dan sebagainya bagi mendapatkan maklumat yang paling tepat yang memakan masa bertahun-tahun lamanya.

Ucapan tahniah untuk Datuk Fatini Yaacob kerana berjaya merealisasikan buku ini dan terima kasih yang tak terhingga kerana tanpa usahanya, kita mungkin tidak dapat mengetahui kisah disebalik insan yang bernama Natrah.

Nak ungkap sejarah sikit kat sini, sejarah macam mana aku mengenali insan bernama Natrah.. Aku kenal dia tahun 1989 melalui rencana yang dikeluarkan dalam Dewan Masyarakat. Hasil tulisan Datuk Fatini Yaacob (masa tu belum dapat pangkat Datuk lagi).

Semua kakak aku yang nak exam STPM sibuk dok baca, aku yang SRP masa tu pun tumpang sibuk gak lah. Tambah-tambah memang berminat le sesangat ngan citer-citer gini. Tu le titik permulaan aku mengenali wujudnya insan yang bernama Natrah ni...

Maka dari detik itu hingga le kini, dengar je nama Natrah.. Terbaca je perkataan Natrah.. Akan ku pastikan aku membaca dan mendengarnya.. Aku tersangat le berminat nak tahu cerita ceriti tentang kehidupan dia dengan lebih lanjut sehingga ke akhir hayatnya..

2 comments:

  1. Nanti kalau dah khatam boleh buat laporan kat akak hokey ;)

    ReplyDelete
  2. Alamak.. Takutnye.. kena Story Telling lak.. hahahaha
    InsyaAllah nanti i story ikut proggress. Takut fakta berubah lak kang if after khatam baru nak gulung... Kuang kuang kuang

    ReplyDelete