Friday, December 4, 2009

AIDIL ADHA - PERSIAPAN MENJELANG RAYA

26HB NOVEMBER 2009

Jam 6.00am aku bertolak ke Taiping bersama Athirah & Asri. Bebudak dua orang ni nak beraya di Taiping la pulak. Ramai geng kat sana. Singgah umah kak chah ambik kek dan lain-lain barang untuk bawa balik kampung sebab my sis ni akan balik lewat sikit.

Jam 9am aku dah sampai kat kampung. Terus tolong mak sediakan bahan-bahan nak buat rendang, pulut kacau (wajib nama lain dia), lemang dan lain-lain.


Potong serai untuk masak rendang


Proses memasak Pulut Kacau @ Wajib

Kami semua bergotong royang menyediakan bahan-bahan. Semua baru sampai di kampung hari ni dan hari ni juga kena siapkan semuanya. Esok raya. Kena la buat gak. Letih jugak rasanya. Majoriti daripada ahli keluarga aku berpuasa sunat ari ni kecuali budak-budak.



3rd Generation


My sis (Kak Lah @ Anjang) ni memang tender buat lemang. Dia je yang terror bab-bab ni. So, tugas tu diserahkan 100% pada dia and his beloved hubby Abang Ishak. Kita orang ni tukang tengok je.



Proses Penyediaan Lemang

Sementara lemang disediakan oleh my sis, kaum lelaki yang besau dan yang kecik, sibuk menyediakan tempat membakar lemang dibelakang umah. Ada yang potong kayu, ada yang sediakan peralatan yang akan digunakan semasa membakar dan tak kurang juga budak-budak kecik dua tiga orang ni dok jadi tukang "sibuk" nyalakan api atau lebih tetap lagi syok main api.



All the Tukang "Sibok" @ Penyeri Suasana


Memandangkan proses membakar lemang ni amat-amatlah memakan masa. Dari ramai-ramai yang ter excited awal-awal tadi, lama kelamaan tinggal la petugas wajib je yang dok tunggu. Sapa lagi kalau tak loving couple ni - Anjang And Abang Ishak. Dia orang la yang tunggu sampai masak semuanya lemang-lemang tersebut.




Ni la.... Both Pakar Masak Lemang

My brother - Abang Jak pulak dari pagi till now dah kul 3.30pm masih dok mengangkut tanah dari depan umah bawak ke belakang. Nak tambak tanah belakang tu sikit. Kesian tengok dia dok angkat berat-berat. Aku ajak le anak-anak buah lelaki (Afiq, Waie', Hakim and Akil) tolong angkat sama. Hasil gotong royong bersama, kerja tersebut dapat dihabiskan kurang lebih 2 jam selepas tu..

Petang pas asar, aku follow abah dan abang adik ke kebun. Tu pun sebab ramai sangat geng bebudak bawah umur yang nak ikut. Takut tak terkawal kang. Abang Jak dah tunggu di sana siap-siap. Musim buah sekarang kat sini.. ada la sikit-sikit buah untuk makan anak cucu. Yang jadi hanya buah rambutan, dokong, langsat, rambai, manggis dan pulasan. Lebat sesangat dan masak serentak lak tu. Durian tak jadi tahun ni..



Wajah-wajah yang janji nak tolong kutip buah di kebun

Tujuan bawak bebudak tu ngan harapan leh la tolong kutipkan buah-buah yang jatuh di kait. Emm.. tak leh harap langsung rupanya. Masa nak gi yo yo je janji. Sampai sana baru kutip tak sampai 2 min, terus masing-masing tinggal. Sibuk dok jaga kasut dia kotor je. Terus semua buat perhimpunan di kawasan pondok je.


Terlebih excited - Laju je Jalan



Tak sampai 20 biji pun masuk dalam guni, pas tu surrender terus...


Kojo cuci kasut je..


Abang Jak tugaskan aku kait buah manggis. Pokok tak le tinggi sangat. Tapi lengguh tengkok (leher) dok lagut (tengok ke atas) kait ubah. Nak pening pun ada. Mana taknye, kita la kait, kita jugak la yang kutip. Kang tak kutip terus, takut terpijak or tak jumpa lak masa nak kutip.

Letih dah kait buah manggis, aku panjat (guna tangga) pokok dokong. Geram sangat tengok buah lebat giler. Kuning je bergayut-gayut. Berkorbar-kobar panjat. Banyak semut kat buah tu rupanya. Emm.. habis terabur buah tu kat bawah. Yo yo je aku bawa bakul. Tapi yang jatuh lagi banyak dari yang masuk dalam bakul tu... Last-last sekali, my father dibantu oleh si Asri ni la yang kutip buah-buah yang berterabur kat bawah tu... hehehehe...




Gambau kandid oleh Asri


Asri tolong tok wan kutip buah


Aku sambung kait buah manggis. Geram kait tak jatuh-jatuh... aku ambik keputusan panjat je. Pokok pun tak le tinggi sangat. Emm.. baru puas ati. Mana nampak.. habis aku capai. Seguni penuh la dapat.

Pas tu aku gi tolong abang jak, abah dan abang adik asingkan buah rambutan yang dah di potong dahannya. Tengah-tengah buat tetiba aku rasa nak pitam. Mungkin asyik dok tertunduk-tunduk kot. Lagi pun aku memang kurang minum air lately ditambahkan pula aku puasa ari ni.


Bebudak kat pondok dok nyanyi sekuat alam kat situ. Best gak cam pasang radio dalam kebun je. Suara not bad. Back kata orang if masuk pertandingan nayanyi, sure dapat tempat pertama dari belakang lah ... hahahahah... Lawak je.. Suara dia orang memang class gitu...


Pas nyanyi dia orang main panjant-panjang pokok, pas tu asyik dok cuci kasut. Yang bestnya, aku bagi la dia orang makan buah pulasan, boleh si Asri tu kata, "Sedap la buah laici ni...". Gelak besau aku. Tak pernah tengok kot. Puas aku ajar dia orang cara bukak buah ni. Dah nama pulasan apa lagi pulas la... hahaha...












Banyak la gak buah-buah yang berjaya dikutip. Berguni-guni.. On the way back, singgah beli ais krim kat bebdudak ni. saja bagi dia orang suka sikit. Sampai umah, mandi and ready untuk berbuka sahaja.

Berbudak ni sibuk dok tanya bila lagi nak gi kebun. Nak ikut. Best kata dia orang.. Emm... dalam ati aku.. Memang la best gi dok nyanyi je.. Kojo tak nak buat... Cuba kena buat kojo, sure tak mau gi dah... hahaha..


Ralat sikit je.. Aku tak tangkap langsung gambau buah-buahan yang dikutip tu. Silap betul. Letih and tak de masa yang betulnya. Tu yang terlupa semua. Masa type N3 ni baru terperasaan.. Kecewa betul.


No comments:

Post a Comment