Friday, December 4, 2009

BBQ & ZOO TAIPING

28HB NOVEMBER 2009


Aku tak tau pun ada perancagan nak buat BBQ ari ni. Rupanya kak Chah dan abang Mus dah gi cari seafood (udang, sotong dan ikan) pepagi lagi. Sementara ayam, daging and lamb ditugaskan kepada kak Lah and abang Ishak.


Sementara orang pompuan dok sediakan bahan untuk diperap, geng-geng lelaki cam biasa la, kat luar.. Pelekat api. Kali ni masing-masing sibuk la. Sebab bakar 2 tempat. Nak cepat masak. Banyak mulut tu dok tunggu.






Bila masuk je bab membakar, semua dilakukan oleh kaum lelaki. Bebudak tak kira lelaki ke pompuan ke, turut sibuk-sibukkan diri di kawasan sekitar. Apa orang buat semua dia orang nak try gak. Ada-ada bende bagi gak dia orang buat. Good expereince untuk dia orang.




Minah sorang ni nama dia Damia. Penyapu memang tak boleh tinggal. Dia keje nak sapu je. rajin bebenor nak menyapu. Dia tak kira sapa buat apa pun, dia tetap ngan penyapu tu. Menjalankan tugas ngan baik sungguh.. Boleh masuk dalam pencalonan bagi Khidmat Cemerlang ni... hehehehe...





Disebabkan banyak mulut yang ada, makanan yang siap di masak je, laris dipasaran. Letak je sure habis.. Letak je sure habis.. Sedaaaaaaaaaaaaaaaaap kata bebudak ni.. Yang paling tension orang yang membakau la. Tak sempat tengok.. Nasib la kan.. Tapi last-last sekali, dia orang pun pulun sama. BBQ ni memang sedap makan masa panas-panas.





Setelah kekenyangan, ni la aktiviti bebudak ni. Melepak main PSP and computer. Apa yang best sangat pun aku tak tau la. Asyik tekan bende tu je.






Petang pas asar, aku bawak la bebudak ni round-round kat pekan Taiping. Niatnya tak de la nak singgah memana. Round tengok-tengok keindahan alam ngan kete je. Tapi entah cam na leh tergerak nak bawak dia orang masuk zoo lak. Ngan pakaian dok umah tu je aku bawak dia orang ni.


Mahal tu bayaran sekarang. Nasib aku warga Taiping so dapat la diskaun sikit. Bila dah masuk terasa tak sedap ati lak. Cam nak hujan je. Tapi dah bayau, teruskan je la kan.. happy giler bebudak ni..


Berhampiran kandang Orang Utan


Tengah Tengok Burung Hantu



Sebaya - Asri dan Aiman


Buaya Mucung Panjang @ Buaya Jejulong

Tengah syok-syok dok jalan, tetiba hujan turun lak, punya la lebat. Berlari lintang pukang cari tempat berlindung. Stop kat tempat rehat tengah-tengah zoo tu. Ada la kedai jual makanan kat situ. Dan dan tu la ada sorang tu lapau la, dahaga la.. Terus semua pun nak.. Tension.. Tension..


Makan sambil tunggu hujan reda

Hujan redha je, kita orang pun terus meneroka. Almaklumlah tak sempat puas tengok tadi ah hujan. Dari kandang ke kandang lawatan di buat. Banyak Binatang yang menyorok kesejukan kot. Tapi ada gak yang aktif sesangat. Ceria je..



Sepupu - Ain & Talqif




Beruang Madu

2 beradik - Athirah & Asri


Seronok betul tengok gelagat bebudak ni. Happy go lucky je dia orang. Keje aku tangkap gambau je. Tapi yang paling tak boleh tahan ngan mamat sorang ni.. Si Ammar nama dia. If tanya solan, mau tak terjawap aku. Almaklumlah mak Ayang dia "banyak" sangat membaca so pengetahuan am tu memang "power" gitu. Tu yang jadi payah nak jawap tu.. Hehehehe...




Paling Banyak Bertanya - Ammar



Gaya Tersendiri


Bebudak ni, if suruh bergambau bukan main terlentok-lentok badan. Gaya masing-masing. Aksi bebas. Snap punya snap.. Pup... Bateri kong.. Habis citer... No photo-photo...







Bebudak kalau dah dapat gang cam ni la jadinya. Tak tau letih. Mana datang tenaga dia orang pun tak tau la. Pagi bangun awal, main sepanjang hari, malam tido lewat. Masa bila rest pun tak tau la. Balik zoo, pas mandi and makan malam, dia orang leh sambung main lagi. Puas suruh tido. Buat dekkkkkkkk je... Bertuah jadi budak kan.. Tak yah pikir masalah. Pikir main je.. Hahahaha....



No comments:

Post a Comment