Friday, December 4, 2009

SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA

27HB NOVEMBER 2009


Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Korban kepada semua umat islam yang membaca blog ku ini. Tiap kali menyambut Aidil Adha, akan terbayanglah saat-saat indah di Mina kurang lebih 10 tahun yang lalu. Saat-saat indah bagi setiap jemaah yang menunaikan fardhu haji tak kira lah pada tahun bila ia ditunaikan.



Pada kebiasaanya, keluarga aku akan makan selepas balik dari sembahyang. Ikut sunat. So, balik je sembahyang, pas bersalam dan bermaafan sesama keluarga, port yang dituju adalah dapur.. Apa lagi aktiviti mengisi perut la...




Ni port dok bawah, port dok dimeja makan lain lak



Bebudak lak, pas kenyang makan, aktiviti melepak sambil tunggu waktu nak gi tengok upacara menyembelih lembu di surau berdekatan. Sambil lepak sambil chit chat dan lain-lain.. Macam-macam citer yang diciterkan dan tak tau la bila nak habis citer-citer tu.. Tak stop-stop aku tengok.. Bergosip pun terror gak bebudak ni.











Tahun ni keluarga aku tak buat korban di sini. My eldest sister (Kak Tan) upah orang untuk buat korban di Kemboja. Jadi tak le sibuk nak mengagihkan daging-daging korban tahun ni. Sibuk memasak ada la. My mom masa nasi carrot today. Ni menu wajib. Sama ada nasi carrot atau nasi berempah dengan isi daging or ayam...






Aku pun tak le banyak sangat aktiviti.. Keje aku makan, makan, makan. Penat makan, layan bebudak ni jap. Suruh la dia orang posing-posing. Punya la suka dia orang. Habis kerusi semua di panjat. Sampai tak tersnap jadinya.












Aku ni memang suka sesangat layan bebudak ni. Tak tau nape. Dia orang ni jujur, ikhlas, banyak tanya, kuarkan fakta yang sometime menyedarkan kita and yang paling menarik sebab dia orang pandai bodek aku kot... Suka puji itu ini.. Bila ku dah kembang... maka macam-macam la dia orang dapat... hahahaha...



Penat pergi beraya, bebudak ni akan balik relax-relax jap kat umah. Dengar MP3 la, main komputer la, main play station la, tengok tv la dan lain-lain aktiviti yang sewaktu dengannya.




Sementara yang tak reti penat tu, sambung main kat luar. Habis aktiviti dalam umah semua dia orang explore, kat luar umah pulak diterokai. Entah apa-apa game yang dia orang main. Kita yang tua-tua ni tengok je. Janji dia orang happy dah.










Dalam aku dok baring kat ruang tamu ni, tetiba rasa nak tangkap lak gambau ibu segala semut yang ada kat umah aku ni. Kasi dia fofular cikit masuk dalam blog. Bukan setakat semut je, ibu segala lipas and lalat pun ada kat umah aku. Cuma yang tu lupa lak nak tangkap gambau..







Kali ni ralat lagi... Emm.. satu juadah and kuih muih pun aku tak snap gambarnya. Lupa la. Bila nampak je makanan, aku ingat makan je.. lain-lain dah tak ingat langsung... Niat nak kasi terliur along Musfirah yang jauh di Egypt tu tak berjaya la nampaknya...... Sedih betul...

No comments:

Post a Comment