Thursday, September 1, 2011

KENANGAN PAGI RAYA AIDIL FITRI 2011

30HB OGOS 2011 - SELASA (1 SYAWAL)


Setiap tahun ahli keluarga yang dah berumahtangga akan bergilir beraya di rumah kami & mertua masing-masing. So, tahun ni jatuh semua sekali turn beraya di rumah Tepen untuk raya pertama.


"Nyawa" Keluargaku
AyahBonda Tercinta


Sungguh bermakna raya tahun ni. Dan ditambahkan lagi kemeriahan dengan kehadiran 100% ahli keluarga 285 ni. Cucu kesayangan yang tahun lepas tak dapat beraya pun ada. Dipulangkan khas dari Mesir untuk menyambut lembaran... heheehehe..


Yang Sulung & Yang Bongsu
Aus (Bongsu), Along (Kak Sulung),
Me (Perempuan Bongsu), Abg Jak (Abang Sulung)


Dah menjadi kebiasaan, setiap pagi selepas menunaikan solat sunat aidil fitri, kami akan bermaaf-maafan dan dalam masa yang sama bergambar famili. Proses ni makan masa la juga. Almaklumlah keluarga besar. Gini le. Gambar sesi bermaafan akan ku masukkan dalam next N3.


Senyum KakChah & Abg Mus Tahun Ni Anak Complete 5
Angah, Uda, Abg Mus, Ain, Kak Chah, Kak Chik & Along


Selalunya abah akan ambil tempat dan dimulakan dengan mak memohon kemaafan pada abah, diikuti dengan anak sulung dan seterusnya. Tangkap 1 jam lebih gak le nak habiskan semua. Masa ni memang banjir sakan. Biasanya, orang yang turn-turn belakang banjir dulu sebelum salam sebab dok tengok yang "tunjang-tunjang utama" mula menangis masa dok bersalaman.



Sekuntum Bunga Dikelilingi Kumbang Hensem-hensem Gitu
Uda Waie, Afiq, Hakim, Anjang & Abg Is


Proses perlu disegerakan sebab kekadang tengah-tengah syok dok bersalaman dah ada tamu datang. So kena la break kejap. Potong betul if gitu. Nasib tahun ni dapat diselesaikan without any commercial break. hehehehe...


Seratas Famili
Inn, Izzat, Tina, Anyah & Abg Sharif


Time ni meriah... dok bagi duit raya ... ala-ala tukar suka sama suka pun ada.. hehehehe... Aku walaupun dah tua gini (umuq je, muka macam student lagi kan kan kan.. kuang3x) still dok kutip gak lagi. Almaklumlah bujang. Semua pakat dok bagi. So, rezeki jangan di tolak.. muahahaha..



From Tepen With Luv Family
Talqif, Anis,
Mia, Abg Harun, Zihni, Kak Teh, Akil


Apa yang paling best, tahun ni baju raya aku didatangkan khas dari Mesir. Jubah purple yang aku pakai tu, hadiah dari my eldest niece Along Musfirah. Sapa tengok pun kata cantik. Tambah-tambah aku yang pakai kan kan kan.. TQ along, daun keladi eeh...



Imam Al Melori Famili
Aiman, Kak Chik, Idad, Abg Adik, Ammar


Tahun ni aku ada buat cookies special untuk semua ahli keluarga aku. So bebudak ni punya la tak sabar nak salam. Nak cookies tu.. Nanti aku masukkan gambar cookies tu dalam next N3. Niat nak buat tahun lepas lagi tapi tak semua ada tak syok. Tahun ni last min decide nak buat, nasib success gitu..


Art Famili
Ina, Merah & Boy

Tahun ni gak, tak le sibuk nak skype bagai. Tahun lepas, majoriti famili aku dok berendam air mata pepagi raya. Tambah-tambah my mom & my sis (Kak Chah). Asyik dok teringat kat cucu/anak sulung yang beraya diperantauan. Tahun ni senyum memanjang nampak, cucu/anak depan mata.


Onn Shift Famili
Yan, Amoi & Abg Chik

Setelah semua dah bergambar dengan famili masing-masing, kami bergambar le seluruh keluarga. Puas gak la nak mengejust kedudukan. Almaklumlah 45 orang nak dimuatkan dalam ruang yang sempit dan dalam keadaan nak cepat lak tu. So, hasilnya cam kat bawah ni je..


Keluarga Besar Kami


Sedih sikit, kedudukan aku tinggi sangat. Dah tercover muka bonda. Ni le jadinya gara-gara nak cepat sangat. Tak check pun pas tangkap. Confident je.. malam bila tengok slide show baru perasan. Semua orang frust.. Cian i..



Happy Family


Akhir kata, doakan moga kami semua bahagia hendaknya dengan kehidupan yang serba sederhana ini dan moga semua masih diberi peluang Allah untuk bertemu di Syawal akan datang.. Aminnnnnnnnnnnn....

No comments:

Post a Comment