Saturday, September 3, 2011

BIRTHDAY GIRLS DI PAGI SYAWAL..

30HB OGOS 2011 - SELASA (1 SYAWAL)


Tahun ni aktiviti pagi syawal ni memang padat.. after foto-foto, bersalaman dan bermaafan dan pas tu rest jap.. Then, sambung ngan aktiviti memotong kek beday minah kecik ni. Nama dia Syifa dan lebih dikenali sebagai Amoi. Aku le yang bagi nama tu.




Amoi ni anak adik No. 2 aku. Takat ni, sorang ni je la baru anak dia. Beday si Amoi ni jatuh 13 Ramadhan. Sebabkan bulan ramadhan, maka diguna sepenuhnya peluang berkumpul ramai-ramai ni bagi meraikan majlis potong kek minah ni. Saja je, nak bagi bebudak happy.






Happy betul dia bila time nak potong kek ni. Kek by Mak Lang.. Cam biasa.. Cadang nak buat malam harinya tapi memandangkan abah dia nak kena keje esok dan malam ni gak kena bertolak ke Temerloh, maka diteruskan le majlis ni disiang hari.






Untung oooo sambut beday time-time gini. Orang lain collect sekali je duit raya, dia collect 2 kali. Extra vaganza duit raya dia. So, lesson nya di sini... Sambut lah beday time-time gini... hahahaha...



To Syifa :

"Selamat Hari Lahir Yang ke 2 tahun. Moga menjadi anak yang solehah, pandai mengaji, cerdik, pintar dan anak yang akan membahagiakan kedua orang tua... Amin.."

2 comments:

  1. Alhamdulillah, ayang ada famili yang saling sayang menyayangi..besar rahmat Allah tu dik

    ReplyDelete
  2. TQ akak.. anugerah Illahi yang tidak terhingga. Mak abah kata tu je "harta" yang dia ada.. Kami adik beradik..

    ReplyDelete