Thursday, May 5, 2011

MERAH YANG PINK.

6HB MEI 2011 - JUMAAT


Bila baca tajuk N3 ari ni, mesti orang terpikir apa yang dimaksudkan dengan Merah yang Pink. Emm.. yang betulnya nak bercerita kisah seorang budak comei dan warna je.




Minah dalam gambar ni le yang dimaksudkan Merah yang Pink. Actually nama dia Nur Humairah Darwisyah 3 tahun +. Semua orang panggil Maira tapi aku je suka-suka panggil Merah aka Princess & now dah lekat pun nama tu.




Minah ni fanatik Pink color. Apa bende pun pink. Dalam pakaian harian dia mesti ada pink, tak skirt, baju tak baju panties, tak panties apa-apa je la mesti kena gak ada cikit warna pink.





Bukan takat tu je, if jumpa bende yang berwarna pink habis semua di kutip boh dalam beg dia. Kertas ke, buku ke, sikat ke getah rambut ke etc termasuk le botol softlan yang warna pink tu. Pun di angkut jugak. Ish..ish ish.. payah sungguh..





Mulut dia cam mak nenek bercakap. Tak gaya 3 tahun. Bijak sesangat. Dia pandai ajuk kita cakap balik. Payah nak kena kan minah ni sebab selalunya, dia lagi cekap kenakan kita balik.

Bab bergaya & melaram bagi kat dia. Sentiasa nak pakai baju cantik & sentiasa nak nampak cam princess. Budak-budak kecik lain suka mainan but dia suka aksesori cam rantai, gelang, cekak rambut etc., Mainan suka gak dia but more to kewanitaan gitu.



Lately ni dia suka sangat jadi cikgu. So, tok, tok wan & all mak sedara dia kena le jadi anak murid. Apa yang diajar kita orang ikut le. Best gak kekadang rasa cam student dalam sekolah orang-orang tua dalam citer P.Ramlee Bujang Lapuk tu.

Emm.. tapi yang paling aku suka sekali, dalam umur 3 tahun ni dia dah boleh menghafal beberapa surah pendek cam Al - Fatihah, 3 Kul, doa makan, doa naik kenderaan, doa taubat, zikir dan banyak lagi. Rasa sejuk perut bila dengar dia baca kalimah Allah.


To Merah :

Mak Yang doakan moga Merah akan menjadi seorang anak yang solehah, cerdik, pintar dan maintain comei gitu.. Mak yang sayang Merah sepenuh ati...Amin...

2 comments:

  1. comelnya dia, comel sangat, she's got smile that could melt the radiator!

    ReplyDelete
  2. Hahahaha... gelak besau ayang baca ayat akak tu.. If cakap kat dia sure perasaan habis tu.. emm.. ayang rasa Mak Yang dia lagi comel kot.. hehehehe. (tak de org nak puji Mak Yang dia so kena le puji sendiri..;-)
    ya

    ReplyDelete