Saturday, June 11, 2011

MAHAL TUL SOTONG NI...

4HB JUN 2011 - SABTU


Balik je dari majlis pertunangan, geng-geng yang mendaftar diri untuk gi mencandat pun bersiap sedialah ngan kelengakapan yang diperlukan. Around 5pm dah kena sampai jeti. Takut lambat. Geng yang tak terlibat leh le rehat-rehatkan badan sambil bergosip. Dia orang akan gi ke pantai bawa bebudak mandi manda petang-petang cikit.


Peralatan Mencandat

Jalan menuju ke jeti agak jam. Terlewat le cikit. My bil, abang mus sempat lagi beli air nyira kelapa, minum. Kita orang dah larang takut mabuk atas laut kang or sakit perut. Tapi nak gak minum.. Minum le.. Janji bahagia.


Lautan Ciptaan Illahi
Opis Para Nelayan Le ni


Lepas beli semua bekalan makanan dan air, kami pun bertolak le ke laut. Bot yang kami naik ni bot baru, bukan yang dulu. Tuan bot termelakukan kesilapan teknikal. Tertukar nama tuan.. Tak kisah le kan janji ada bot. Bot yang kami dapat ni cun, siap boleh naik atas bumbung dia and leh baring-baring dalam bilik khas lagi.


Antara Bot- Bot Mencandat


Sebelum bertolak En Awang, tuan punya bot yang kami booking asalnya tu, dah bagi tau keadaan laut tak berapa ok. Ada angin tenggara katanya. Semalam orang mencandat hanya dapat 6 ekor je dan bulan pun tak kuar so, potential nak dapat sotong tu amat-amatlah tipis sekali.


My 2nd Time Involved in Mencandat Aktiviti


Nelayan-nelayan Yang Baru Mendaftar



Angah - Antara Nelayan Yang dah Pening Lalat




Pikir punya pikir, decide gi gak le. 2 tahun lepas cam tu gak katanya but dapat dekat 30kg. So, kali ni just cuba nasib & untuk bagi experinces pada bebudak yang terlebih excited ni. Dapat ke tidak, berserah pada ALLAH.


Nelayan-nelayan Yang Akan Berjuang Menumpaskan Sotong-sotong



Kak Chik - Nampak "Bintang" Dah Ni
(Peserta Termuda Dalam Bot Ni)



Kak Chah - Nelayan Serba Boleh


Memulakan perjalanan dengan penuh semangat berkobar-kobar. Ada gak yang dah tunjuk tanda-tanda nak "tido" sepanjang waktu nanti. Bot baru mula jalan je dah start rasa pening bagai.


Menghayati Permandangan Dari Atas
Sebelum Memulakan Tugas Sebagai Nelayan





Uda aka Makcik Ketot
Bukan Main Ceria Lagi




Nelayan Ni Happy Semacam
Almaklumlah Baru Pas Bertunang Jap Tadi


Sampai port je semua orang excited giler turunkan candat & my candat yang kena dulu.. Bangga giler masa tu.. Siap ambik gambar lagi 1st sotong yang berjaya ditewaskan.


Me & My Sotong


Ahli-ahli lain pun makin berkobar-kobar. Tup tup... candat ku kena lagi... Hi haaaaaaaaaaaa.... Glamour makcik.. Masa ni terasa cam port baik je. Makin bersemangat jadinya.



Kak Chah & Hasil Tangkapan Pertama


Lama pas tu naik yang ke 3 my sis kak chah.. Yang ni best besau... Siap dia sembur-sembur air lagi. Dalam hati dok kata bestnya if berterusan cam gini.



Angah With Sotong
(Ce Tengok Abang Mus & Abang Chik Kat Belakang Tension Je.. hehehe)



Lama cikit lagi, Angah lak dapat. Dalam pening-pening tu kena gak candat dia. Sotong pun kecik cekeding cam dia gak. Pas foto-foto, member terus landing till the end of the journey.. hehehehe.. baik punya landing..


Abang Harun - Juara Mabuk Laut
(Sampai Tersandar Kat Pintu Toilet)


Di saat ini dah hampir 4 orang syok punya landing. Mabuk teruk. My Bil, Abang Harun juara bertahan, habis semua isi dalam perut dikuarkan. Yang bestnya dia mencandat ngan tujuan nak jaga anak sulung dia si Anis, tapi terbalik lak, si Anis ok je - cemerlang, dia lak yang collape.



Bukan Main Sedap lagi Dia Orang Tido (mabuk Laut)...
Ala-ala Cam Dalam Buai Gitu


Lama cikit lagi.. my Bil sorang lagi (Abang Adik) berjaya menumpaskan sekor sotong yang besau gak.. dia dok bahagian depan bot.. Emm... mission tercapai. The one & only geng kumbang yang berjaya menaikan sotong. Yang lain-lain so far geng bunga je yang berjaya mendapat tangkapan.



Sotong Yang Berjaya Ditangkap Oleh Abang Adik
Satu-satunya Tangkapan Dari Geng Kumbang



Tu Le Orang Dah Kata Jangan Minum Air Nyira
Ambik Kau.. Tak Bangun-bangun Dah



Lama lama lama lama lama pas tu (hampir 1 jam) .... naik le sekor lagi, kak chah yang berjaya .. besau gak.. Anis yang terus berusaha tanpa jemu akhirnya berjaya gak naikkan sekor yang besar.. Happy giler Anis. She really kuat semangat, sabar menanti & tak putus asa.


Kesabaran Anis Memang Boleh Tabik Spring
Berjaya Akhirnya - CayaLah Kakak...!!!!


Setelah hampir 3 jam kak chah berjaya dapatkan sekor lagi... Itu le yang terakhir.. Pas tu kita orang pakat dok terasa cam ada tapi bila naikkan candat.. Zero..


Kak Chah & Anis Dok Kena Goreng Ngan Paksu
Bestnya Tangan Tak Lepas Candat


Arus deras so candat tak turun ke tanah tapi hanyut.. So memang payah le nak dapat. Asyik tersangkut ngan candat orang lain ada le.. Ada gak yang dapat but terlepas, lekat serpihan janggut dia je.


Akhirnya Mereka Yang Tumpas... Hahahahaha


Penghayatan Tido Di Dalam Bot Dengan Gaya Tersendiri


At the end, pendekkan citer, gambar di atas ni menceritakan aktiviti seterusnya... Hahahaha.. Semua slender. Aku tukang tangkap gambar.


Ni Je Yang Berjaya Ditumpaskan..
Ce Bayangkan Sotong Sebanyak Ini Bernilai RM600.. Murah Bebonar...


So, dengan bangganya di sini dan bersesuaian dengan tajuk N3 ni, ku pamerkan hasil tangkapan kami 12 orang. 9 ekor sotong yang bernilai RM600. Nape??? Tak percaya??? Betul.. ini le harga yang perlu dibayau untuk menangkap sotong tu.. hehehe..

Kesimpulan dari trip ni :-
12 orang join (6 kumbang & 6 bunga)
7 mabuk & landing tak hinggat-hinggat
2 at the end malas dah
3 maintain till the end
4 geng bunga berjaya dapat sotong
1 geng kumbang berjaya dapat sotong
45 orang dapat merasa kenikmatan sotong termahal pernah dibeli famili kami..
Good experinces.


2 comments:

  1. Mahal ya ampun sotong tu dik...rm600 bawa ke pasar dapat 1 trailer dik hehehe

    ReplyDelete
  2. Hahahaha... tu le pasal.. Insaf terus dah.. Hari ini dalam sejarah le..

    ReplyDelete