Saturday, July 2, 2011

PESANAN DR SHEIKH ABDUL RAHMAN AL SUDAIS

4HB JULAI - ISNIN


Bila tengok je muka imam ni, automatik tergiang-giang lemak merdu suaranya membaca surah Ar-Rahman dengan penuh penghayatan hingga menitiskan airmata majoriti makmum-makmum solat Isyak yang berada di dalam Masjidil Haram 11 tahun yang lalu dan aku adalah salah sorang yang tidak mampu mengawal airmata apabila mendengar ayat-ayat suci itu dibacakan.

Pada aku if di saat itu, ada yang tak menangis memang keras le sungguh atinya. Bacaan yang ditekan pada ayat-ayat penting sungguh menusuk kalbu tak kira kaum wanita atau lelaki ketika itu.





Bukan itu je.. selang beberapa hari, aku amat bertuah kerana dapat melihat wajahnya dari jarak yang amat dekat apabila dia melangkah masuk ke dalam masjid melalui pintu King Aziz 1. Dia dikawal rapi oleh anggota polis. Bersih dan sungguh menenangkan wajah imam ni.

Yang kelakarnya, masa tu aku tak tau nama imam ni, so yo yo je aku tanya nama dia in arab (macam boleh sangat bahasa arab kononnya) kat polis pengiring tu. Sambil jalan aku dok tanya so tak berapa nak dengar sebab dia orang jalan laju, so aku dok ulang ayat yang sama.. Polis tu pun jawap Abdul Rahman .. Aku tanya lagi, polis tu pun jawap ibni .... Aku tanya lagi, dia jawap ibni ... Aku tanya lagi & dia jawap ibni ...






Bila aku tanya lagi dia tak mau layan dah.. hahahaha padan muka. Actually aku ni tak berapa nak faham yang betulnya. Tip kali aku tanya, nama lain-lain yang dia bagi. So, aku ingat dia yang tak faham solan aku tu, rupanya dia dah bagi tau all the keturunan Imam ni.. ibni... ibni... ibni.... sampai dia pun tak tau nak jawap apa lagi.. hehehehe..





Masa dia datang ke Malaysia baru-baru ni, dia ada berpesan bahawa kita semua berkewajipan terhadap perlaksanaan al-quran dan sunnah dengan menggariskan beberapa perkara berikut mengenai Al-Quran :
  • Beriman sepenuhnya akan kandungan al-quran
  • Bersungguh-sungguh membacanya sepanjang masa, tidak pada masa atau musim tertentu kerana membaca al-quran itu dianggap perniagaan yang tidak akan rugi.
  • Menghafal kandungan al-quran sejauh mana yang mampu dihafal.
  • Merenungi makna al-quran (tadabbur) supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan.
  • Diterjemahkan kandungan al-quran dalam kehidupan.
  • Berakhlak dengan akhlak al-quran iaitu dengan melakukan apa yang disuruh dan ditinggalkan apa yang dilarang oleh islam, DAN
  • Sebarang pemasalahan yang timbul, penyelesaiannya hendaklah di rujuk kepada al-quran.
Thank to the translator yang mengantor email ni.





Kesimpulannya yang aku dapat buat daripada pesanan imam ni, Al-Quran adalah rujukan yang terbaik lagi lengkap dan jika kita berpegang dan berpandukan segala tuntutan yang terdapat di dalamnya, InsyaAllah akan baiklah hidup kita dunia akhirat..

2 comments:

  1. As salamu allaiqum

    sir add this link

    http://jumbofiles.com/user/amel_soname

    so people can download abdul rahman sudais quran recitation

    this is sheikh sudais complete quran in win rar link
    http://www.filejumbo.com/Download/93F7FE513D61B4B6

    ReplyDelete