Thursday, June 24, 2010

MAKAN SATAY DI SATAY STATION

24HB JUN 2010 - KHAMIS



Dah berjanji ngan Makcik Jamnah nak gi umah Makcik Liza malam ni around 8pm. Saja gi nak ambil gambar Trip Bakelalan yang tangkap guna kamera Makcik Liza. Mimpi apa entah la si Makcik Jamnah nak kuar malam-malam ari ni. Bukan senang dia nak jadi kupu-kupu malam.. hahahaha..


Memandangkan aku puasa, so kita orang gi la makan kat kedai chinese muslim - Pak Ya Restoran (masuk Jalan-jalan Cari Makan Restoran ni) berdekatan umah si Makcik Liza. Entah apa kes entah 3 menu di order, ketiga-tiga tak sedap. Tension betul. Selalu aku makan ok je. Tak sedap pun habiskan la gak kan.



Makcik Jam ni bila dengar aku citer pasal Satay Station berdekatan, dan dan tu la nak gi cuba sana lak. Minah ni memang "hantu" satay pun.. So, kuar Restoran Pak Ya masuk Satay station (Restoran ni pun masuk Jalan-jalan Cari Makan gak). Order cikit je habuan si Makcik Jam je. Aku really, really full...







Bagi aku (orang lain aku tak tau la), satay kat sini tak le sedap sangat. Cam tu la gak kekawan aku yang 2 orang ni cakap. Yang paling tak syok and lagi rasa tak berapa nak gi makan kat sini ni sebabnya.... setiap cucuk satay tu, bahagian tengah dia memang and pasti getah. Tension sungguh. Potong betul la...Harga secucuk RM0.80sen. Kira mahal la gak kan.. Tak faham betul, nape la nak letak getah tu eeh.. Tak buat cam tu tak untung eehhh..


Masing-masing menghayati satay sambil tengok slide show gambar-gambar yang telah berjaya di snap. Sedau-sedau dah jam 11.15malam. Masa untuk bersurai...

No comments:

Post a Comment