Sunday, November 6, 2011

STEAMBOAT KAK TEH

6HB NOVEMBER 2011 - AHAD


Errrrrrrrrrkkkkk.... !!!!!! Alhamdullilah kekenyangan.. Puas ati betul makan masakan kak teh aka kak biah.. My sis ni memang bab-bab masak ni sentuhan dia menyengat. Pasti puas hati.. My father memang suka sangat masakan my sis ni. Pepagi raya cam hari ni, lotong dia memang dinanti-nantikan. Menu wajib.




Tapi malam ni menu kami lain cikit. Steam boat. My mom memang berhajat sesangat nak buat steam boat jugak malam ni. Sepagi dah dok sebut-sebut. Sepanjang hari. Finally petang tadi akak-akak Ayg yang ditugaskan gi beli all the bahan gi le shopping but we decide beli yang simple je. No C Food. Puas dah makan bende-bende gitu.




Memasak dan makan-makan dilakukan dibahagian depan umah. Saja nak ubah selera sikit. Masak kat luar, makan kat ruang tamu sambil tengok slide show, tanyangan video etc. Masa ni best je tengok anak-anak buah bermesra ngan sepupu-sepapat mereka, mak/pak sedara dan sewaktu ngannya. Meriah ngan hilai tawa dia orang ni.







Bila siap je, tak menang tangan nak serve. Almaklumlah berkemuit anak-anak. Bestnya semua excited nak makan. Siap bertambah-tambah lagi. Tambah sebab apa? Sebab sedaapppppppp...!!!!! Idad siap angkat mangkuk lagi minum sup tu. (Along jangan jelez eeh... ;-).







Clean & clear all the bahan. Siap kena tambah-tambah lagi. Healty food la sikit compare dok makan rendang le, lotong le, kuah kacang etc yang berminyak bagai tu kan. sesekali makan rebus-rebus gini time-time raya ni memang best.







Pas semua kekenyangan, cam biasa paksu bukak panggung.. Mula-mula slide show progress umah Pokok Assam, pas tu kisah-kisah pelik dalam dunia, and last sekali citer KL Ganster. Sold out ticket. Semalam citer Libas.






Dalam umah Ayg ni ada 3 orang nak ambil SPM, sorang dah dengan rela hati minta nak balik Ipoh, nak study. So, si abahnya berkorban le bawa anak balik. Sini tak de ruang yang sesuai untuk dia tumpu perhatian. Yang 2 lagi, baca gak la dengan cara sendiri. Yang pasti mak-maknya kecut perut gak dengan keadaan anak masing-masing.. hehehehe..




Tapi ada sorang lagi memang ulat buku dari dulu lagi. Everyday study macam nak masuk exam je. Start jam 5am, bangun, sembahyang, terus study. Rasanya if masuk U, pasti dapat sijil dekan every semester. Yang bestnya tengah gamat kat umah ni dengan pelbagai aktiviti, insan istimewa dalam hidup Ayg ni masih fokus pada bacaan dan tidak akan sekali-kali mensia-siakan waktu begitu je. Tak caya.. ce tengok gambar ni..




My father ni if masuk Univeristi Al Azhar. Result sure Mumtaz memanjang. Buku-buku agama yang menceritakan kisah nabi dan sebagainya yang related tu agama islam menjadi pilihan. Level tinggi & dalam tulisan jawi. If Along Musfirah anak buah Ayg tu follow cara tok wan dia belajar, pasti "Mumtaz" gak le.. Kan Along kan..





Menu untuk esok lak, BBQ. kambing dan daging bakar. Cam biasa dilakkan. Semua ni dah pun dibeli di giant tadi. Tak leh lambat-lambat sebab esok petang kul 4pm kak chah dah nak balik ke KL naik train.

N3 ni fresh dari oven semata-mata untuk menjelezzzzzzzzzzkan budak Egypt sorang tu. Pada Along layan gambar je lah eeh... ;-)

4 comments:

  1. adoiiiii sedapnya nampak!akak suka food macam ni..bagus betul ayah ayang tu ya?tabik spring akak ke dia

    ReplyDelete
  2. Masak gini tak pening makan banyak pun kan kan... Bab baca buku tu, tak de sorang pun anak2 yang gikut zaman sekolah dulu.. La ni ada gak le nampak turun sikit ke cucu-cucu..

    ReplyDelete
  3. seronoknya masak2 steamboat sendiri di rumah... mesti meriah

    ReplyDelete
  4. Salam Dalila. Tq sudi singgah blog ayg yek. Slam perkenalan.. :-)
    emm.. mkn ramai2 ni mmg best tapi tak leh buat cam kat kedai le pakai peruik khas steamboat. Tgk gambar udah le, periuk leh masak kenduri.. besar pemeluk. Senang nak msk. hehehe..

    ReplyDelete