Sunday, November 6, 2011

MY 1ST BISKUT RAYA

30HB OKTOBER 2011 - AHAD


Ni citer bulan posa hari tu tapi baru berkesempatan nak masukkan. Memandangkan dekat-dekat nak raya haji ni, kira related la gak.

Sejarahnya gini. Tiap-tiap tahun memang kita orang kat KL ni ditugaskan buat kuih raya untuk bawa balik kampung. Yang pakar membuatnya my eldest sis Along Intan aka Kak Tan. Ayg ni takat tolong bakar, terap, sapu telur ke dan yang sewaktu dengannya.


Biskut Nestum - Full with nestum..


Memandangkan tahun ni tiap-tiap minggu Ayg berulang ke Taiping, maka weekend memang tak de le masa nak membuat apa-apa kuih. Tetiba datang idea nak buat 2-3 jenis simple cookies cam my lovely housemate selalu buat.

Apa lagi roger Si Nor my housemate & my sis untuk tolong beli a few things. Dalam minggu terakhir ramadhan tu, Ayg pun buat le biskut nestum & coklat chip mengikut resepi dan pengawasan serta tunjuk ajar dari Nor. Kena gitulah kan.. almaklumlah orang tak pernah buat sendiri.


Biskut Coklat Chip
- Laris sebab penuh ngan badam & chip


Selepas siap je bancuh 1st biskut.. biskut nestum.. Ayg dengan penuh semangat nak bancuh 1 lagi walaupun Nor dah menasihatkan untuk siapkan dulu biskut pertama tu. Takut tak terbuat. Calculate punya calculate rasa memang dah tak de masa lain, nak tak nak kena gak buat malam ni dan perlu dibancuh segera sebab sifu tido awal kebiasaannya. Sian lak kat Nor kang kena tido lambat nak tunggu Ayg.


Jam 3 pagi baru siap kedua-dua cookies dan siap kemas semua back to normal. Memang penat sesangat. Orang lain tak tido buat amal ibadat, Ayg tak tido buat kuih.. muahahaha.. Teruk sungguh kan.. Tapi sambil-sambil buat tu mulut zikir la gak.. Nak gak pahala. Pas tu, ingat nak lelap jap je nak bangun sembahyang tahajud bagai.. Tapi.. letak-letak kepala.. hanyut tak sedau sampai ke pagi.. Sedih gak.. malam 23 tu. :-(



Biskut Makmur - Yang membakar tangan tuan


Selang sehari lepas tu, Ayg teruskan dengan resepi terakhir. Biskut makmur. Memang simple & senang sesangat buat kuih ni rupanya. Ingat ke renyah sangat. Tapi sebabkan tak pernah buat. Ada le kenangan terindah. Melecur tangan pegang kuih tu. Konon nak tengok dia masak ke tidak kat bawah, rupanya kuih ni tak leh pegang panas. Minyak sapi kan. Tapi good experince.


Kat atas ni gambar kuih Loyang aka Goyang aka Rose. Lama betul mak tak buat kuih ni sebab acuan kesayangan hilang - dipinjam jiran dan tidak dipulangkan. Rasanya setakat ni hanya kuih Loyang mak memenuhi citarasa Ayg. Abah un suka sangat kuih ni. Atas permintaan ku, mak bancuh jugak walaupun tahu acuan yang ada tu melekat. Acuan yang mak pinjam pada jiran pun tak berapa ok. So, rupa paras dia tak le cun sangat.



Kuih Loyang - Kegemaran Ku


Seksa rupanya nak buat kuih ni. Menguji kesabaran sungguh. Ayg buat ni just untuk makan-makan je. Buat masa balik tiap minggu tu. Dah le gitu rushing nak balik KL lagi. Tapi puas hati le gak dapat siapkan walaupun rupa paras tak yah cakap le. Macam-macam ada...

Konklusi dari cerita di atas, biskut-biskut yang Ayg buat ni nampaknya digemari oleh anak-anak buah. Bila tengok bebudak tu suka makan, bersemangat nak buat lagi. InsyaAllah akan ku cuba resepi-resepi lain lak nanti... :-)

No comments:

Post a Comment