Sunday, November 6, 2011

MARILAH MENDIRIKAN SOLAT....

7HB NOVEMBER 2011 - ISNIN


MARILAH MENDIRIKAN SOLAT... MARILAH MENUJU KEJAYAAN....

Lentur buluh biarlah dari rebungnya.. Emm.. senonim pepatah ni dalam masyarakat melayu ni. Nak bentuk bebudak ni biarlah dari kecik, kang dah besar memang payah nak bentuk dah..


Merah & Idad
Orang Belum Mula Sembahyang Maghrib Pun
Tapi Both of Them Dah Siap Terawih, Witir Etc.


N3 kali ni saja nak cerita tentang aktiviti keluarga Ayg sejak 2 tahun lepas dan every year cuba memperbaiki apa-apa kelemahan dalam aktiviti yang lepas. Aktivitinya adalah solat berjemaah bila kami berkumpul ramai-ramai. Biasanya dijalankan pada 2 hari terakhir ramadhan.


Jemaah Paling Kecil


Selepas berbuka puasa, kami semua akan berjemaah solat maghrib, isyak & terawih serta bertakbir di malam raya. Budak 2 orang di dalam gambar di atas tu (Si Merah & Si Widad), orang bentang je sejadah, dia orang le yang sembahyang dulu. All in 1 - maghrib, isyak, terawih, and segala sunat-sunat full swing. Yang tua-tua ambil air sembahyan pun tak sudah lagi. Dia orang berdua habis sembahyang dah.. hehehehe...



Di imamkan oleh My Bil - Ismail Al Melori


Imam kebiasaannya bergilir between adik bongsu aku Iman Firdaus Al Bujangni dan my bil, Imam Ismail Al Melori.. Jenuh gak le nak adjust sebab space jadi limited bila kiblat kat umah ni senget cikit.



Sujud Pada Yang SATU..


Masa 1st dijalankan aktiviti ni, mak dan abah happy sesangat. Idea spontan masa berbuka je. Mak abah rasa "sejuk" sangat bila sembahyang berimamkan anak menantu sendiri.





Semoga Dimakbulkan Segala Permintaan Kami


Tahun ni, aktiviti dipanjangkan sikit. Ada taskirah sikit after perform solah. Taskirah bertajuk "Bersediakah Anda" oleh my bil - Imam Ishak Haron Al Penangmari. Best sangat. Full dengan pesanan yang boleh menyedarkan sesapa saja yang lena diulit mimpi.


Kusyuk Mendengar..


My bil ni memang amat-amat berminat menbaca buku-buku ilmiah ni. Sebulan tak tau le berapa buku dia beli. Habis beli habis beli. Ayg lak keje, pinjam pinjam pinjam... muahahaha..


Ustaz Ishak Al Penangmari


Yang paling best semua memberi kerjasama yang teramat. Tak kira tua, muda, dewasa or kanak-kanak.. Acara ni akan menjadi acara tahunan kami sekeluarga.



Merapatkan Lagi Silatulrahim


Aktiviti gini bertujuan menamahkan lagi keakraban tali silatulrahim sesama ahli keluarga, mendidik anak-anak kecil secara tidak langsung tentang pentingnya solat berjemaah dan pengetahuan tentang ilmu agama dan sebagainya.

Semoga keluarga kami terus mendapat keberkatan.. Aminnnnnnn...

2 comments:

  1. Ya Allah, tak tahu akak nak kata apa..terharunya aku tengok gambar2 dalam entri Ayang kali ini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdullilah akak, ini adalah usaha kami wlpun dlm penuh kekurangan. Keluarga Ayang bukannya tergolong dalam golongan cerdik pandai agama (ustaz, imam dll).Moga Allah memberkatinya.

    ReplyDelete