Thursday, April 15, 2010

STUDY NAK EXAM....

9HB APRIL 2010 - JUMAAT


Pepagi lagi aku dah ke library negara. Lama giler tak pijak kaki ke sini. Ambik cuti kerja dengan niat nak pulun habis baca buku. Dah nak terberak baru nak korek lubang cam ni la jadinya. Esok aku akan menduduki ujian SPA Gred 41. Surat panggilan untuk menduduki peperiksaan baru je dapat. So, bukan le salah aku sangat kan kan kan...

Aku zero terus. Tengok skima soalan, dah rasa nak makan pun tak lalu. Mana satu nak cekau entah. Yang lagi tak leh tahan tu, baca setengah jap. Tido 2 jam.. Hehehehe... (dalam ati dok kata gak, patut la anak-anak buah aku, bagi je buku suruh baca, dan dan tu la mengantuk la apa la.. Mak buah pun sama. 2 x 5, 5 x 2... Tapi ni rahsia, tak leh cakap kat dia orang. Kang tak berpeluang lak aku nak membebel kat dia dah.. Kuang kuang kuang..)

Aku dok "pulun baca" sampai library tutup la. Kalau tak lulus tak tau la. SPM pun tak baca cam ni. Hehehehe.. Persiapan ni bukan apa, just tak nak "look stupid" sangat dalam dewan tu kang. Nak menembak pun at least kena sipi-sipi tak le malu sangat kan...

Dah berpuluh tahun tak study maut cam ni. Tetiba rasa syok lak. Cam nak sambung belajau balik je. Indah sungguh saat-saat jadi student ni. Tensionnye waktu exam je tapi bila dapat result, fuhhh... tersenyum puas. Terasa nikmat & terbayau semua yang diusahakan selama ni... hehehehe..

Master, PHD or Degree lain lak????????

No comments:

Post a Comment