Friday, April 16, 2010

"IKAN OH IKAN"

16HB APRIL 2010 - JUMAAT

Selamat datang ke kelas "IKAN". Banyak ikan dalam dunia ni tapi yang nak dibicarakan adalah ikan-ikan yang terpilih sahaja..

Ikan Paus
- Besau sangat. Tak padan. Setakat pakan joran yang diberi oleh Cik Lijah tu without umpan. Memang tak jalan la. Ikan paus ni pun dah tersangkut dalam pukat orang lain. Bot sedang-sedang je sizenya tapi cantik la bot tu. So kira ok lah kan. Terjamin masa depan. Bandingkan joran aku ngan size ikan paus tu, cam langit ngan bumi. Besau betul harapan Cik Lijah pada joran dia tu. Kelakau lak bila pikir balik. Aku suka sangat tengok citer Free Willy...

Ikan Dolphin
- Cutekan ikan ni. Comei gitu. Nampak penyayang sangat gayanya kan kan. Suka manja-manja gitu. Nak tangkap ikan ni tak leh la tangkap sekor je. Kena tangkap ngan kekawan yang sewaktu dengannya. Cian ikan ni, dah selalu berenang berkumpulan tetiba dipisahkan. Kejam lak rasa. Akurium cukup besau tak nak tangkap semua?? Mampu ke jaga cam dia dihabitat asal or leh jaga lebih baik??. Banyak kena pikir tu .. Teringinnya nak berenang ngan dolphin cam dok tengok dalam tv tu...

Ikan Todak
- Ni ikan spesis nak serang tak serang. Kekadang suka serang hendap. Tu yang boleh tergugat tu. Sekali tertikam ngan jarum dia tu, kesan seumur idup tu.. Meraung pun boleh. Tapi ikan ni amat-amat menarik perhatian. Mungkin lain sikit bentuk dia kot. Pandang tak jemu di mata aku la. Suka yang lain pada lain ni. Aku biasa tercucuk sekali, sakit oooo. Sampai la ni rasa nyilu bila ingat balik.. Hope tu la pertama dan terakhir kena. Tak mau dah. Sakit giler. Penangan si Todak. Tetiba teringat lak dolu-dolu suka tangkap anak ikan todak dalam sungai tepi umah tok.

Ikan Bilis
- Emm.. yang ni favourite Cik Lijah. Tak leh tak de. Tak de satu hari pun, leh meraung minah ni dibuatnya. Makan makin banyak, tido makin lena la jawapnya nanti. Penangan si ikan bilis ni. Dasat-dasat..

Ikan Mackarel
- Nak sebut nama dia pun dah biru mata itam ku. Almaklumlah aku ni lidah tempatan walaupun berkacukkan yang betulnya. Rupa cam na pun aku tak tau. Tunggu sampai ikan ni tukau ke nama melayu lah. Ni kena jarum Cik Lijah ni. Dia pakar dalam 2 jenis ikan ni - Ikan bilis & ikan mackarel. Memang tak leh dipisahkan dalam idup dia.. So tak leh komen banyak-banyak bab dua ikan ni. Kang kena taskirah ngan si Lijah lak...hehehehe...

Ikan Shark
- Fuhh.. ganas ikan ni. Dalam renking top-top je. Banyak ikan dok follow dia. Almaklumlah ikan ni kan suka low renjer cikit. Berenang pun with famili dia and sewaktu dengannya je. Tapi ada gak ikan-ikan kecik yang berani dok berenang beriringan. Perasaan tak. Kita nampakkan dalam akurium. Emm.. sedapnya if dapat makan shark fin soup... Tapi mahal la..

Ikan Siakap
- Sedaaaaaaaaaaaaaaap ikan ni kalau buat steam. Masam-masam sikit gitu. Fuhh makan hingga menjilat jari. Emm.. Bila eek si Cik Lijah ni nak masak untuk aku. Sebut selalu dah, masaknya tak lagi..

Oklah, masa time dah sampai.. Kelas tak leh buat panjang-panjang. Kang mengantuk lak orang-orang yang membaca. Kita sambung topik ikan-ikan seterusnya pada episod akan datang yang tak diketahui bila tarikhnya..

Kelas ni hanya untuk ahli-ahli yang berdaftar sahaja. So, pada sesapa yang tak faham langsung citer ikan di atas harap maaf lah yek. Hanya orang-orang sewaktu dengannya je yang mampu memahami sepenuhnya citer ikan di atas...

To Cik Lijah :
Bawak-bawak paham la yek bab-bab ikan di atas terutamanya bab ikan siakap tu eek.. Letih tu citer pasal ikan lain sementara nak sampai ke turn ikan siakap tu.. yang dicipta khas untuk ngko Cik Lijah ooi.. hehehe...

4 comments:

  1. Salam Ayang :)

    Macam akak kenal jer ikan ikan tu semua ... hahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. Apa kenal???.. Salah tu.. Bior la rahsia... hehehehe...

    ReplyDelete
  3. makyang..
    ikan mackarel tu aka ikan sardin la..
    tu da jd ikan yg biase sangat da along makan kt cni..
    hehe..
    kan ade kt tin2 sardin tulis mackarel..
    hehe..ke makyang x makan sardin2 ni..
    haha..

    ReplyDelete
  4. Selalu sangat dah mkn ikan tu along ooiii.. Tapi ikan mackarel yang mak ayg maksudkan ni lain cikit la.. Ikan hak milik terpelihara Cik Lijah tu.. Hahahaha

    Along pening along pening.. heheheh

    ReplyDelete