Saturday, April 24, 2010

BERITA GUMBIRA...

23HB APRIL 2010 - JUMAAT



Akhirnya, penantian keluarga aku berakhir. Berita yang aku terima melalui sms jam 4.29pm hari ni amat-amat mengumbirakan. Sms tersebut berbunyi :-

"Askm... pelan bangunan dah lulus.."

Ringkas tapi sungguh bermakna bagi kami yang telah menunggu sekian lama. Penantian satu penyeksaan. Hehehhe..

Sms tu di kirim oleh pelukis pelan yang diamanahkan untuk melukis, submit dan sebagainya pelan bangunan rumah kediaman keluarga aku yang akan dibina di tapak asalnya. Now, langkah seterusnya bolehlah dijalankan. Proses berbincang ngan kontraktor yang akan dilantik untuk merealisasikan impian kami 11 beradik.. Moga impian menjadi kenyataan dan moga Allah mempermudahkan segala urusan berkaitan pembinaan umah ini..

Tak terbayang saat-saat indah nanti bila kedua orang tua ku yang tersayang melangkah masuk ke rumah baru di atas tapak asal mereka membesarkan kami 11 beradik....

No comments:

Post a Comment