To Aus :
Monday, April 26, 2010
CHOCOLATE GIFT & AUS BIRTHDAY
To Aus :
Saturday, April 24, 2010
BERITA GUMBIRA...
Tak terbayang saat-saat indah nanti bila kedua orang tua ku yang tersayang melangkah masuk ke rumah baru di atas tapak asal mereka membesarkan kami 11 beradik....
HAPPY BIRTHDAY YANG KE 47 ANJANG
SAKIT TEKAK
Friday, April 16, 2010
"IKAN OH IKAN"
Ikan Paus - Besau sangat. Tak padan. Setakat pakan joran yang diberi oleh Cik Lijah tu without umpan. Memang tak jalan la. Ikan paus ni pun dah tersangkut dalam pukat orang lain. Bot sedang-sedang je sizenya tapi cantik la bot tu. So kira ok lah kan. Terjamin masa depan. Bandingkan joran aku ngan size ikan paus tu, cam langit ngan bumi. Besau betul harapan Cik Lijah pada joran dia tu. Kelakau lak bila pikir balik. Aku suka sangat tengok citer Free Willy...
Ikan Dolphin - Cutekan ikan ni. Comei gitu. Nampak penyayang sangat gayanya kan kan. Suka manja-manja gitu. Nak tangkap ikan ni tak leh la tangkap sekor je. Kena tangkap ngan kekawan yang sewaktu dengannya. Cian ikan ni, dah selalu berenang berkumpulan tetiba dipisahkan. Kejam lak rasa. Akurium cukup besau tak nak tangkap semua?? Mampu ke jaga cam dia dihabitat asal or leh jaga lebih baik??. Banyak kena pikir tu .. Teringinnya nak berenang ngan dolphin cam dok tengok dalam tv tu...
Ikan Todak - Ni ikan spesis nak serang tak serang. Kekadang suka serang hendap. Tu yang boleh tergugat tu. Sekali tertikam ngan jarum dia tu, kesan seumur idup tu.. Meraung pun boleh. Tapi ikan ni amat-amat menarik perhatian. Mungkin lain sikit bentuk dia kot. Pandang tak jemu di mata aku la. Suka yang lain pada lain ni. Aku biasa tercucuk sekali, sakit oooo. Sampai la ni rasa nyilu bila ingat balik.. Hope tu la pertama dan terakhir kena. Tak mau dah. Sakit giler. Penangan si Todak. Tetiba teringat lak dolu-dolu suka tangkap anak ikan todak dalam sungai tepi umah tok.
Ikan Bilis - Emm.. yang ni favourite Cik Lijah. Tak leh tak de. Tak de satu hari pun, leh meraung minah ni dibuatnya. Makan makin banyak, tido makin lena la jawapnya nanti. Penangan si ikan bilis ni. Dasat-dasat..
Ikan Mackarel - Nak sebut nama dia pun dah biru mata itam ku. Almaklumlah aku ni lidah tempatan walaupun berkacukkan yang betulnya. Rupa cam na pun aku tak tau. Tunggu sampai ikan ni tukau ke nama melayu lah. Ni kena jarum Cik Lijah ni. Dia pakar dalam 2 jenis ikan ni - Ikan bilis & ikan mackarel. Memang tak leh dipisahkan dalam idup dia.. So tak leh komen banyak-banyak bab dua ikan ni. Kang kena taskirah ngan si Lijah lak...hehehehe...
Ikan Shark - Fuhh.. ganas ikan ni. Dalam renking top-top je. Banyak ikan dok follow dia. Almaklumlah ikan ni kan suka low renjer cikit. Berenang pun with famili dia and sewaktu dengannya je. Tapi ada gak ikan-ikan kecik yang berani dok berenang beriringan. Perasaan tak. Kita nampakkan dalam akurium. Emm.. sedapnya if dapat makan shark fin soup... Tapi mahal la..
Ikan Siakap - Sedaaaaaaaaaaaaaaap ikan ni kalau buat steam. Masam-masam sikit gitu. Fuhh makan hingga menjilat jari. Emm.. Bila eek si Cik Lijah ni nak masak untuk aku. Sebut selalu dah, masaknya tak lagi..
Oklah, masa time dah sampai.. Kelas tak leh buat panjang-panjang. Kang mengantuk lak orang-orang yang membaca. Kita sambung topik ikan-ikan seterusnya pada episod akan datang yang tak diketahui bila tarikhnya..
Kelas ni hanya untuk ahli-ahli yang berdaftar sahaja. So, pada sesapa yang tak faham langsung citer ikan di atas harap maaf lah yek. Hanya orang-orang sewaktu dengannya je yang mampu memahami sepenuhnya citer ikan di atas...
To Cik Lijah :
Thursday, April 15, 2010
CINTA & CIPTA
Berliku jalanan berliku
Diriku serta dirimu
Aku suka sangat lagu ni.. Lirik dia simple and message yang nak disampaikan bagus sangat bagi aku. Rentak kehidupan....
Actually, aku 1st dengar lagu ni zaman sekolah menengah rendah lagi. Hujung tahun 80an (if tak silap la). Dah berpuluh tahun yang lalu. Lirik yang aku ingat hanyalah apa yang diwarnakan tu je. Entah nape tetiba rasa nak cari lagu ni lak hari ni. Aku agak-agak je la tajuk dia tanpa tau sapa penyanyinya.
Search punya search dan after di download dan di dengar.. Betul la lagu ni yang ku cari. Senyum je.. Suke cangat.. Baru hari ni la aku tau penyanyinya sapa - Sweet Charity dan baru hari ni la aku dapat menyanyikan lagu ni sepenuhnya. Aku dah hafal lirik dia.. Hehehehe...
EXAM DAY & RELEASE TENSION DI I-CITY
Kreatif betul dia orang ni. Semuanya dari lampu. Banyak bentuk binatang yang dia orang buat dari lampu. Ada swan, rusa, katak, panda dan lain-lain.
Selain dari dapat tengok lampu tu, ada la juga sudut jualan permainan, hiasaan dan sebagainya yang berasaskan lampu. Ada cekak, jam, mainan kanak-kanak dari lampu, ada macam-macam la. So, kepada mak bapak yng berkunjung, get ready la.. tengok muka moyok anak-anak masing-masing selagi tak dapat apa yang dikehendaki dari kedai-kedai jualan tersebut..
Setelah menghayati apa yang patut, aku beransur pulang. Apa-apa pun sebelum balik, perut perlu di isi. Baru lena tido..
STUDY NAK EXAM....
Aku zero terus. Tengok skima soalan, dah rasa nak makan pun tak lalu. Mana satu nak cekau entah. Yang lagi tak leh tahan tu, baca setengah jap. Tido 2 jam.. Hehehehe... (dalam ati dok kata gak, patut la anak-anak buah aku, bagi je buku suruh baca, dan dan tu la mengantuk la apa la.. Mak buah pun sama. 2 x 5, 5 x 2... Tapi ni rahsia, tak leh cakap kat dia orang. Kang tak berpeluang lak aku nak membebel kat dia dah.. Kuang kuang kuang..)
Aku dok "pulun baca" sampai library tutup la. Kalau tak lulus tak tau la. SPM pun tak baca cam ni. Hehehehe.. Persiapan ni bukan apa, just tak nak "look stupid" sangat dalam dewan tu kang. Nak menembak pun at least kena sipi-sipi tak le malu sangat kan...
Dah berpuluh tahun tak study maut cam ni. Tetiba rasa syok lak. Cam nak sambung belajau balik je. Indah sungguh saat-saat jadi student ni. Tensionnye waktu exam je tapi bila dapat result, fuhhh... tersenyum puas. Terasa nikmat & terbayau semua yang diusahakan selama ni... hehehehe..
Master, PHD or Degree lain lak????????
Tuesday, April 6, 2010
SELAMAT PENGANTIN BARU HAFIZUL AL-HAFIZ
Yang paling aku tak leh tahan tu, si makcik Jam ni ngan selamba je cakap both of us senior si Hafizul kat Egypt dulu (masa mak dia tanya). Poyo je muka minah ni masa jawap. Mak dia pun konfius gak kot, tengok gaya berpakaian tak nampak pun balik Mesir.. hehehehe.. Orang lain balik Mesir (pengajian agama) bertudung labuh litup. Kita orang biasa je... Apa-apa je lah kan.. Kita orang yang rasa cam tu kot.. hehehe..
Selamat pengantin baru dan moga bahagian hingga ke akhir hayat khas buat :
HAJI MOHD HAFIZUL AKHBAR AL HAFIZ BIN ABDUL RAHMAN
dengan pilihan hatinya
NOR HIDAYAH BTINTI ABD RAHMAN SAED
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya diciptakanNya untuk mu pasangan hidup dari jenis mu sendiri, supaya kamu mendpat ketenangan hati dan dijadikanNya kasih sayng di antara kami. Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kebesaranNya bagi orang-orang yang berfikir" - QS-Ar-Rum : 21
Monday, April 5, 2010
POKOK ANGGUR DAH BERBUAH
Mai nak citer pasal pokok anggur ni... Kisahnya begini. Masa tu aku di kebun bonda (yang tepi umah tu), bonda and kak siah kat dapur tengah masak.
Aku : Mak, pokok anggur mak ni bila la agaknya nak berbuah eek.. Tak nampak gaya pun..
Mak : Ehh.. dekat dah nak kutip hasil. Lori pun mak dah tempah dah. (jawap dari dapur dengan happy je bunyinya)
Aku : Tempah lori nak buat apa? (Tak faham yang betulnya nape nak tempah lori)
Kak Siah (Kak aku No. 5) : Laaaaaaa... Nak kutip hasil anggur la... Dekat nak masak dah (sambil gelak-gelak ngan bonda di dapur)
Aku : Yo lah tu... beranggan la.. Janji bahagia.. (sambil gelak)
Mak : Laaaa. Tak caya. Dah berbuah la anggur mak. (sambil datang ke arah aku with kak Siah)
Aku : Yo lah tu.. Try tunjuk bukti cikit.. (eksen je aku masa tu sebab tiap kali makan buah anggur, bonda mesti kata "Ni buah baru petik dari pokok anggur mak tu..". Tu yang nak bukti tu.. hehehe)
Mak : Haa.. kan mak kata akan berbuah punya. Abah pun tak caya mulanya.. Mai tengok ni... (senyum bangga je..)
Bonda pun lalu menunjukkan le bukti-bukti yang ada. Terkezut and teruja badak aku.. Malu pun ada cikit sebab yo yo je aku kata mak berangan tadi (soli mak eek..). Dan dan tu gak aku gi ambik handphone tangkap gambar buah anggur ni. Hehehehe...
Apa pun sesungguhnya tidak dinafikan memang sejuk tangan bondaku ni. Apa saja yang ditanam pasti hasilnya dapat dilihat. Memang minat dia menanam tambah-tambah pokok bunga. Berbunga sakan...
Actually, kak long aku yang bagi benih pokok anggur ni. Bonda yang tanam dan jaga. Bila orang kata pokok tu takkan berbuah sebab tanah tak sesuai. Bonda mesti kata, InsyaAllah berbuah nanti. Berkat kesabaran & keyakinan diri, nah ambik ngko... Tengok lah hasilnya... hehehehe...
To Along:
Moral of the story, Tak de bende yang mustahil dalam dunia ni and tak rugi kita berbudi pada tanah, kita pasti tersenyum melihat hasilnya....
ASRI BIRTHDAY
Hampir sebulan yang lalu, tiap-tiap hari budak kecik dalam gambar ni asyik dok call aku ingatkan birthday dia ari ni dan dia nak Mak Lang yang buat kek birthday. Suruh order dari secret recepi pun tak mau. Nak kek Mak Lang gak.
So, atas permintaan nak kek Doremon, maka Mak Lang pun buat la. Cun betul kek ni. Dah tu laris gitu. Habis semua. Memang sedap kek ni kata semua yang makan. Kek layer blueberry di dalamnya. Majlis memotong kek diadakan di Sek Agama Masjid Negara. Atas permintaan birthday boy ni..
So, kepada sesapa yang nak order kek, boleh la menghubungi talian 0173777505 Puan Aishah. Anda pasti berpuashati. Macam-macam ada....
Malam hari lak, mamat ni diraikan di gelanggang silat. Kira macam raja sehari la katakan. Kat sini dia bagi muffin lak. Pun di order pada Mak Lang Aishah...
SECEBIS HARAPAN
Tika keheningan aku bagai dibuai
Dalam kesamaran ku rempuhi ranjau
Terbanglah hai unggas bebas di awan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
Tuhan ku inginkan secebis harapan
***Jiwa ku perlu terus mengembara mencari "cinta sejati"... Adakah akan ku temui.....***
ATI KU MAKIN MENGECIL
Ati ku makin mengecil... kecil.. kecil.. kecil...... :-(
Aku cuba bertahan selama ni tapi hari ni ternyata aku tewas setelah lama ku sembunyikan segala perasaan itu.. Sesungguhnya aku tewas melawan perasaan sendiri..
Aku tidak boleh lagi menipu diri aku untuk menerima segala-galanya tanpa sebarang perasaan kecil hati. Aku hanya manusia biasa.. yang punya hati dan perasaan..
Aku insan yang cukup lemah sebenarnya....
SEMUA KENA MARAH
Kul 2pm baru tau apa yang aku takutkan terjadi, benar-benar terjadi. Tender yang di buat macam nak rak sepagian tu lambat sampai dari waktu yang ditetapkan. Kira disqualified la tender tu.
Maka apa lagi, bergegar la tingkat 3 opis aku ni. Semua kena marah ngan bos (tahap kemarahan ni boleh tangkap berharian ni...). Nasib aku tak kena sebab aku membantu semalaman. Selamat.. selamat.. selamat...