Thursday, December 15, 2011

MALTESER DESSERT KU OVER THE MANIS..

3HB DISEMBER 2011 - SABTU


Ahli rombongan cik kiah mandi manda kolam renang semuanya kelaparan. Selalu pas mandi manda ni kan ku bawa dia orang terjah McD. Tapi kali ni tukau sikit aktiviti. Ke Giant je. McD ritu, membazir je. "Selamat" RM100 tapi dia orang tak makan sangat pun.


Kat giant ni dia orang leh ambik apa saja nak di makan dengan limit rm/head yang telah ku tetapkan. Dalam masa yang sama ku pun mencari-cari biskut yang diperlukan untuk mencuba dessert terbaru.




MALTESER SQUARE DESSERT


Akhirnya ku temui. Mahal gak cost bahan-bahannya. Tambah-tambah Ayg ni suka sesangat bubuh extra-extra.




COKLAT PUTIH NI MENAMBAHKAN LAGI

TAHAP KEMANISAN


Balik berkobar2 buat. Jadi le dessertnya cuma terlebih manis. Resepi dah tulis kurangkan golden syrup tapi masa nak tuangkan bahan ni, tangan ku terbelaga ngan anak buah, tumpahannya agak le banyak.

Bila dah siap, rasa... emmmm.... sedap dessert ni.. I like & anak-anak buah, abang & my father teramat le suka. Cuma untuk kali ni masakkan ku over la the manis. Sapa makan pun akan cakap gitu kecuali my father. Sapa makan banyak leh dapat kencing manis. So, berhati-hati le ngan golden syrup tu if sesapa nak cuba next time.




TAK TAU LAGI KEMANISANNYA TAHAP GABAN

MASA NI..


Ikut ati dah tak berapa rasa nak buat dah bende ni tapi bila abah cakap abah suka sangat, terasa tak sabau-sabau nak buat lagi lak. Hehehehe.. Abah memang suka sesangat coklat, me me me pun gitu gak..

No comments:

Post a Comment