25HB NOVEMBER 2010 - KHAMIS
Entah nape hari ni dok kat opis ni, tetiba terasa nak buat le sesangat kek karot. Cara mudah. Me pun turun le jumpa sifu ku kak Peroz. After ceduk simple resepi dalam internet. Makin berkobar-kobar perasaan nak buat tu. Cam tu la biasanya bila dah terlebih bersemangat. Simple je. Kek mat salleh.
Way back, singgah le beli carrot kat pasar malam Bandar Tun Razak. Bila nak cepat & tengok orang kita lak yang jual, Ayang pun terus je beli dalam 7 batang gitu. Bila di timbang, ada le dalam 200g lagi nak sampai 1kg. Jarang le bila membeli, Ayg nak tengok timbangan tu. Tapi kali ni leh terpandang lak. Makcik tu dengan lajunya cakap Rm4.00. Ayg pun kuar kan je duit tapi tetiba terpikir lak berapa eek sekilo carrot ni.
Bancuhan yang telah siap
Masa ni tak tau lagi nasib kek ni cam na..
Masa ni tak tau lagi nasib kek ni cam na..
Maka bertanyalah akan Ayg ni kepada Si makcik yang menjual. Dengan selambanya makcik tu cakap rm4/kg. Ayg pun sambil nak ambik duit dalam wallet terkuar le cakap, tapi tu tak sampai pun sekilo. Mokcik tu dengan tanpa rasa apa-apa terus je cakap "Ala sikit lagi je nak sekilo".
Ayg diam.. cuma dalam hati tetap berkata-kata.. "tetap dikira tak cukup kadar timbangannya" Sedih gak bila tengok orang kita ni ambil mudah bab-bab timbangan ni. Tapi rasanya makcik tu malu alah kot, dia masukkan le lagi sebatang. Baru le menunjukkan dekat-dekat nak cecah 1kg.
Sesampai umah, berkobar2 le buat, di bantu oleh anak-anak buah. Hari hujan lak tu. Sure best makan panas-panas. Tapi bila sampai time nak bakar, my sis tuan umah suruh Ayg guna oven baru & kecik sikit coz oven besau nak digunakan untuk membakar muffin 1000 biji. Ada orang tempah untuk majlis kawin.
Oven baru ni tak le pernah lak digunakan oleh my sis. So hasilnya.. gini....
Dah nak sama warna kulit tuan yang membuat je..
cedih tau..
Dah le Ayang terlebih cerdik boh dalam bekas tak berapa nak cukup besau, jadi kek ni agak tebal le. Luar dah rentung, dalam tak masak-masak. Adik Ayang siap gelak macam nak rak tengok kek ni. Kerajinan nak membuat topping pun tetiba pudar je..
Gara-gara tak tau nak adjust tahap kepanasan..
My sis siap rasa bersalah lak atas kejadian. Ni le gara-gara oven tak pernah pakai. Bila dihidangankan licin gak. Rasa sedang-sedang elok. Lembut & moist gitu. Setakat yang makan semua suka. Luar je over the garing sikit, dalam ok je.
My sis siap rasa bersalah lak atas kejadian. Ni le gara-gara oven tak pernah pakai. Bila dihidangankan licin gak. Rasa sedang-sedang elok. Lembut & moist gitu. Setakat yang makan semua suka. Luar je over the garing sikit, dalam ok je.
Ku tetap "berbangga" sebab pasti tak de orang berjaya buat kek "secomei" ku ini... :-(
No comments:
Post a Comment