Sunday, June 5, 2011

MAJLIS PERTUNANGAN AUS

4HB JUN 2011 - SABTU


Seawal pagi semua yang dewasa dah siap mandi manda, budak-budak lewat cikit le sebab kang siap awal-awal, tak larat nak salin baju pas tu. Majlis mula kul 11am ni.


Orang Tua-Tua Kata Bertuah
if Mak Mertua Bagi Delima


Buat final touch up untuk semua bekas hantaran dan masukkan buah-buahan dalam bakul and potong daun pandan untuk jadikan bunga rampai. My mom tak nak potong semalam takut nampak tak fresh pagi ni. Kelam kabut gak le pas tu nak kejar masa. Almaklumlah sebatalion yang nak gi..



Sirih Junjung



Cincin & Bunga Rampai



Sepesalinan Pakaian -
Leh Buat Pakai Nikah Nanti



Beg Tangan.. Oppss... Kek La..
Hasil Kerja Kak Chah My sis



Buah-Buahan
- Delima, Angur, Plam, Apple



Manisan Sarang Burung
- Kiriman Sepupu


Semua 11 adik beradik & ipar duai pakai baju yang sama. Best tengok sebab kami ramai. Semua 9 biji kete + 1 kete keluarga angkat my sis (asal Dungun & juru cakap bagi pihak kami). Bila aku renung-renung, dah macam rombongan kawin lak jadinya. Meriah. Aku cam biasa la - ambik video. Kenang kenangan..



Baru Sampai Lokasi



Ready....1, 2, go....
Yang Tudung Biru Tu Le Kakak Angkat My Sis



Jelitawan-jelitawan Bin Abdul Jabbar



All The Jelitawan-Jelitawan ...



Senyum Lebor Paksu Dapat Tunang



On The Way.. Dekat Dah Ni..
Depan Umah Dah Pun... hehehehe


Sesampai je, orang sana pun terkejut gak le kot rasanya.. Semua sama. Ramai lak tu. Emm.. setelah berbincang, perjanjian ditetapkan majlis kawin akan diadakan 1 tahun dari sekarang iaitu ikut time cuti sekolah bulan 5 atau 6, tahun hadapan.. . Tapi if ada ruang atau tarikh lain untuk dipercepatkan, pihak kami akan cepatkan la. Bukan apa nak buat time cuti sekolah ni, majoriti famili aku ni cikgu & cikgi so tu je time cuti dia orang. Nak buat raya cina, susah lak kang nak cari barang-barang keperluan masa tu. Kedai banyak tutup.



Aus With Barang Hantaran Yang Di Bawa


Ada satu citer kelakar, bila tukang cakap kami bagi tau barang yang di bawa satu per satu - cincin, sirih junjung, baju sepesalinan, buah dan tetiba dia sebut beg tangan.. We all pun betulkan le.. Bukan beg tangan, tu kek... Dia spontan cakap.. Apa kek ke.., laaaa... ingat beg tangan.. Habis satu umah gelak..


Perbincangan Sedang Dijalankan



Antara Ahli Lembaga (Aus & Abang Adik) Bersama CEO (Abah)
Khusyuk Tul Dok Dengar Perbincangan


Actually, my sis nak buat kek bentuk beg tangan yang lagi real but masa tidak mengizinkan, so jadi le yang tu je. If tidak lagi real la. Siap ngan jenama lagi.



Imra - Bakal Adik Ipar Bongsu ku


Hantaran Dari Pihak Peremuan


Setelah semua selesai perbincangan.. Maka proses menyarung cincin dilakukan. My mom le yang sarungkan.


Sarung Bonda Sarung... hehehehe


Bakal Menantu Cium Tangan
Bakal Mak Mertua...



Ciuman dan Pelukan Bakal Mak Mertua



Bonda With Bakal Isteri Anak Bongsu Kesayangan


Doa pun dibaca dan jamuan pun dihidang. Nasi ayam.. perut lapar.. semua makan penuh selera..
Nasi ayam ni simple je tapi pehhhh... sedap tu.. nasi, ayam, sup & sambal tu cukup rasa.. Klass gitu.. hingga menjilat jari...



Makan-Makan - Team A



Makan-makan - Team B



Setelah kekenyangan , sesi bergambar dan sembang-sembang le kejap sebelum bersurai....



Mak Abah Bersama Anak, Menantu
& Bakal Menantu



Comei-comei Anak & Menantu Bonda



Salam-salaman..


Citer Apa Ni Sampai Semua Pakat Dok Tengok..



Bakal Maksu With Bakal Anak Saudara



Merah - Bakal Maksu - Idad
(Mana Mia ???)



P/s - Along, banyak sangat da gambar.. letih nak add le.. Rasa ni le N3 terpanjang pernah Mak Yang buat. Demi mu Along, ku gagahkan juga...


*** 1st day puasa sunat rejab..

2 comments:

  1. wahhh..terharu2..thanks makyang yg along syg..
    hehe..mkyang, i wonder one thing..why i x nmpk maklong ek???maklong pi x sebenarnye??? wahhh..i proud to be Jabbar's...i rase kalo tengok org len mesti x cam kte kan..hehe..actually golongan2 tu nmpk kurang sket sebab i xde..haha...also,im proud to be my mama's daughter..mama memang terbekkkk!!!!

    ReplyDelete
  2. Naik menagantuk mak ayg pilih gambar. Nak tggu gambar dr afiq, mak tam & makndak - angle comel sikit but dia org dah balik, payah le nak tggu. Gambar mak long ada le dlm ni. So ini semua koleksi budak2 tangkap.. cun gak kan..
    Mak Long gi le, ada dekat2 mak jang tapi masa gambar ramai2 tak leh nak bangun, riba si amoi rasnya.
    Seujuuuuuuuuuuuuuuuu... Proud jugak.. Kas sapa nak register "to be Jabbar's" ada 2 kekosongan lagi... :-)

    ReplyDelete