Sunday, June 12, 2011

BERBUKA NGAN ARABIC FOOD DI SABA RESTAURANT

10HB JUN 2011 - JUMAAT


Lama bebonar tak buat aktiviti ni. Tetiba my ex class mate masa dip dulu ajak makan-makan. Aku puasa today. Puasa sunat Rejab. Ambik keputusan jumpa pas maghrib. Sempat le aku gi gym dulu. Cam biasa gi sauna je. Baru fresh cikit. Kuar awal pun sure jalan jam giler.

Janji jumpa kat port biasa Ar Rawsyar - Damai Street tapi kali ni nak cuba kedai lain lak. Emm.. masuk je Jalan Ampang, jam bangat bah. Tension maut rasa. Kak Zana calling-calling inform no more kedai kat sana. Hahahaha.. baru teringat memang last week my Bil ada inform, dah tukar port dia orang ni.

Memandangakn dia orang tukar port, maka port kita orang pun kena le tukar gak. Memandangkan dah tak leh nak kona mana, Jalan Ampang ni jam yang teramat, so SABA Restaurant dituju sebab laluan yang sama dah. Setiawangsa. Makanan arab gak.




Penuh giler tiap kali datang. Ari ni pun sama gak. Dari kul 7.30pm, jam.. 9.30pm baru sampai. Perut lapau giler. Order, order, order... Nasi Chicken Hanith, Chicken Kebab, Air Manggo & Apple + Chicken Kebab Sandwish to take away.. Shawarma my fav dah habis. Cedih betul.


Chicken Kebab


Chicken Hanith Rice


Best bila kuar ngan kak Zana, kita orang akan sembang gelak, sembang gelak.. gitu le sepanjang masa. Kekadang citer tu citer nak luahkan perasaan ke apa but tak jadi sedih, sure ada tergelak punya. Really release..


My Fav - Manggo Juice & Apple Juice (Kak Zana)


Makan yang di order terlebih sudah. Tak leh nak habis. Perut masing-masing kecik je tapi selera besau. Aku le tu.. hehehe...



Maintain Comei - Kak Zana


Bersurai sebaik habis makan. Kak Zana ada tamu nak datang umah..


To Kak Zana :

Thanks eeh.. belanja Ayang makan. Yo yo je Ayang order sebab Ayang yang nak bayau yang betulnya. Malu je.. Nanti kita jumpa lagi eeh. My turn, tak puas sembang ritu. Baru intro..hahahaha..

3 comments:

  1. amboiiii ni memang betul namanya makan...sedapnya nampak jus tu :)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Memang sedap bangat akak. My fav espcially masa kat Mekah & timur tengah. Ini le minuman harian. 100% buah & no sugar. Pure. Murah lak tu. Kat sini standard rm8-10 secawan. Lagi satu best kat egypt air tebu dia. Fuhh... air tebu sini tak sedap.

    ReplyDelete