Monday, April 18, 2011

TRIP TO DUNGUN - DAY 1 - EPISOD 1

16HB APRIL 2011 - SABTU


Bertolak dari KL jam 8am gitu. Planning asal jam 4am nak bertolak kononnya. hehehehe.. Abah tak berapa sihat dan semuanya keletihan sebab tido lewat malam semalam. So, kami tak le rushing2 sangat. Take our sweet time. Program yang nak dijalankan tu malam hari. Banyak masa lagi.. :-)

Singgah breakfast kat KELFOOD Restoran Taman Melati, Ulu kelang. Perut dah kenyang, maka diteruskan le perjalanan tanpa singgah memana kecuali untuk isi minyak & toilet je.

Jam 12tgh kami selamat sampai di Dungun & my youngest bro dah pun ada kat sana sebab dah dekat seminggu gak dia kena keje kat Kemaman. Dia dah book siap-siap penginapan kami di Six Villa ni...





Villa kita orang






Minah ni kena paksa jadi model.. Sian... Paksa Rela...


Best la enviroment dia. Bersih sesangat. Kat sini kita boleh pilih nak bilik or dalam bentuk sebiji umah. Yang kita orang dok ni dalam bentuk sebiji umah. Ala-ala homestay gitu. Emm.. 3 bilik, 3 bilik air, dapur dan yang best fully aircond. Harga ok la RM250/night. So sesuai le if datang berfamili. Jimat cikit.


Hall


Master Bedroom


Room 1 & Room 2 (lebih kurang je)


Dining


Kitchen



Lepas kuarkan barang, rehat seminit dua, aku lak sibuk dok foto sana foto sini. Bukan apa buat kenangan je. Almaklumlah kita datang nak menguruskan hajat besar adik aku. Tapi aktiviti tu untuk malam kang. So, gunakan le masa-masa yang terluang ni.




Sekitar depan laman umah



Pas semua dah ready, kami pun bertolak le ke umah kak Salamah aka Along, kawan kolej kakak aku ni. Dia jemput makan umah dia. Emm.. citer & gambar2 sekitar umah Along Salamah ni dan aktiviti seterusnya akan dipaparkan dalam episod seterusnya...

Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu.......

2 comments:

  1. seronokkan bila bersama keluarga macam tu, bahagia

    ReplyDelete
  2. Betul akak. Ni gak antara terapi diri yang terbaik bila kita berduka.. heehhehe...

    ReplyDelete