Bersyukurlah... bersyukurlah... dengan apa saja anugerah Allah pada kita. Aku memang mudah menitiskan air mata apabila melihat orang yang susah, cacat, miskin dan sebagainya. Entah nape aku pun tak tau. Secara automatik air mata boleh mengalir membasahi pipi.
Pagi ni otw nak ke opis, lalu depan maybank bandar tasik permaisuri, aku terlihat seorang lelaki yang gigih meneruskan langkah demi langkah menuju destinasi yang dituju. Aku sebak sangat. Rasa nak gi hantar dia ke mana saja dia nak gi tapi keadaan tidak mengizinkan aku berbuat demikian.
Melihat dia melangkah dalam keadaan begitu payah dan tidak seimbang amat menyentuh perasaan. Adakala langkahnya seolah-olah hendak terjatuh dik kerna ketidakseimbangan. Untuk melangkah setapak pada insan ini mungkin 10-15 tapak bagi kita yang normal.
Di dalam hati terus memanjatkan syukur kerana aku dilahirkan sempurna anggota badan walaupun kekadang aku juga tidak terlepas dari mempersoalkan mengapa aku dilahirkan sebegini dll.. (manusia tak pernah puas dengan apa yang dianugerahkan pada dia... hehehehe..)
Apa yang aku mampu buat hanya berdoa moga Allah permudahkan perjalan insan ni dan moga dia tabah menghadapi kehidupan di dunia ni tanpa mengira bangsa atau agama apakah dia sebenarnya....
No comments:
Post a Comment