Merah dah, biru dah, putih dah.... kali ni kuning lak. Kali ni jugak lain pada yang lain.. Terkejut badak makcik..
Suci je kan...
Berian dari seorang consultant sebagai buah tangan dari Cameron Highland. Dia asyik cakap ada benda nak bagi dan perlu jumpa ngan makcik gak.
Mekar Berkembang..
Bila jumpa, dia bukak kete dan suruh ambik. Makkkkkkkkkkkkkkk aiiii..!!!!! terkejut makcik. Ingat bunga ros beberapa kuntum je, tapi ni sekali ngan pasu-pasu. Ada 4 pasu dan makcik pilih yang kuning ni sebab a few bunga dah berkembang. Senyum lebar i masa tu.. hehehehe...
Jam-jam tu gak terbayang-bayang port mana nak boh bunga ni. Makcik pun menghiaskan bilik ku yang berserabut kat opis tu ngan bunga ni. Ala-ala nak bagi jadi pompuan sikit. Letak kat opis leh tengok selalu. Almaklumlah, masa di opis lagi banyak dari dok umah.. :-(
Sepasu gitu.
Nak kira kumtumnya banyak sangat.
Yang bestnya, the next day makcik masuk opis, dari jauh tak sabar-sabar nak tengok my yellow roses.. Suspentot pun ada, takut semua layu dok dalam bilik yang terpekup. Panas.
Lagi sekali terkejut, Fuyooooo.. suka suka suka.. hampir 80% berkembang. I like. Sukanya if boleh dikelilingi bunga-bunga idup yang cantik gini tiap-tiap hari.. Tetiba teringat kak min blogger Salam Benua. Umah dia penuh pokok ros yang pelbagai warna lagi segar. Tapi kat Australia le.
Banyak lagi yang br nak kembang.
If terkembang semua, sure meriah bilik ku..
Puas gak le dok tangkap gambar berkeping-keping untuk kenangan. Bukan apa, takut-takut jangka hayat dia mungkin tak berpanjangan. Emm bukan takat tu je, sapa masuk pun pasti akan pi cium bunga tu. Ada siap yang test tengok, pokok betul ke tipu. Hehehehe...
To my dear consultant Rusni :
"Tima kasih bebanyak yek. Ayang suka sangat & bunga ni secantik tuan yang memberinya. :-)"
p/s - banyak lagi gambar yang betulnya, tapi ni pun dah cukup untuk dijadikan kenangan rasanya.
No comments:
Post a Comment