Thursday, August 11, 2011

SEPETANG DI PANTAI BALOK, PAHANG.

23HB JULAI 2011 - SABTU


Trip to Pahang lagi kali ni. Dalam masa 1 bulan ni dah 2 kali aku gi ke Pahang. Umah Mak Teh. Kali ni untuk menghadiri majlis pertunangan anak tunggal perempuan Mak Teh. Ekin.

Bertolak around 11am dengan harapan untuk sampai dalam kul 2-3 petang dan petang petangnya dah ada planning nak bawak "askar-askar" my adik & my sis gi main air di pantai. Tu janji ku pada buah-buah hati aku ni.



LUKISAN ALAM


Dan sesungguhnya, amatlah letih nak menjawap dari start aku story ke dia orang tentang mandi laut ni til le sampai betul-betul di pantai tu.. Setiap 30min akan di tanya, bila nak mandi laut.. kata nak mandi laut.. Itu le budak-budakkan...cute je.. hehehe..



KEINDAHAN ALAM CIPTAAN ILLAHI..


So, pendek kan citer, sampai, sembang, sembahyang asar and terus la bawak bebudak ni gi pantai yang sekangkang kera je dari umah Mak Teh. Boleh jalan kaki je yang betulnya, tapi bila berkemuik ni, naik kete la jugak..



ANAK-ANAK KECIL YANG SUCI DARI DOSA


Excited habis. Aku just standby jadi "jaga" je. Pemerhati dari dekat. Air laut macam agak kuat gak la ombaknya. Cuaca pun ala-ala mendung je. Dalam hati dok berdoa moga tak hujan, kesian lak kat bebudak ni kang.



BAKAL IMAM MUDA - AIMAN



LEMBUT BUDI PEKERTI - AMMAR


Seronok tengok dia orang happy sesangat main air. Ngan aku-aku sekali rasa geram je naik join together-gether tapi air masin, makcik kurengggg cikit. If air terjun, pakai selamat le..
Emm.. lamanya tak berenang...



PUTERI DUYUNG YANG SUKA MELARAM - MAIRA



SENTIASA MENGUKIRKAN SENYUMAN - WIDAD


Idad ni, memang murah ngan senyuman. Idad, dah ala-ala anak dugung terdampar dah Mak Ayang tengok ha.. Minah ni memang sentiasa ceria dan kena cakap lembut-lembut je ngan dia, if kuat sikit je, dia pasti ingat kita marah dia. Tapi bila bab suruh dukung tu... mak aii.. demam.. tapi aku tetap akan angkat gak. Merah aku dukung, Idad pun kena gak la.. Baru adil dan saksama gitu..



NYAWA KU..


Mak & Along (my eldest sis) just memerhati dari jauh. Dia orang menapak ke sini. Seronok tengok mak tersenyum je bila tengok cucu-cucu happy. Aku rasa happy sangat bila bersama mak, abah dan all my famili. Dia orang umpama nyawa aku dan sumber kekuatan aku.



FROM TAIPING WITH LOVE
ME - MAK - ALONG - BOY




JEJAK YANG DITINGGALKAN...


Biasanya aku if ke pantai, aku akan berdiri tanpa kasut mengadap kiblat dan akan laungkan azan (dalam ati je la). Ni salah satu cara nak buang charge negatif dalam badan kita ni. Lepas tu kita akan rasa tenang gitu. Elok terapi ni, kelebihan azan. Kuasa Allah.



KEBEBASAN


ALAMAK -ALAMAK...!!!!!!!
MAK AYANG TAK BALANCE NI..



BERJAYA AKHIRNYA...
ME - IDAD - MERAH


Aku if dapat anak-anak buah, macam biasa la.. ngan aku aku sekali jadi budak. Entah nape aku suka sangat ngan budak-budak. Dia orang ni bersih, suci, jujur dan ikhlas. Kita je yang bertanggungjawap mewarnakan mereka dalam mendidik dan mendewasakan dia orang ni. Tak de bebudak dalam hidup ni, rasa tak meriah je..



RENUNGAN JAUH...



Aiii.. MERAH.. NYANYI HINDUSTAN KE???


Makcik Merah ni, bab berlakon No.1, sepanjang kat pantai ni, letih layan dia., Macam-macam watak dia bawak. Jap jadi duyung terdampar la, jap nyanyi la, jap itu la jap ini la.. Kelakar habis. Suka sangat tiru gaya-gaya yang dia tengok dalam citer katon.



ROSAK MY "SAND MAN" DAH..


Bukan tu je, minah ni memang adventure sikit. Tak tau takut. So mata memang kena tumpu lebih sikit. Dia berani je nak ke tengah laut tu. Lagi kita larang, lagi dia nak gi. Kena sentiasa berjaga-jaga. Paling lemah bila dia lari, memang tak terkejar..



KREATIVITI


Dia orang sibuk main air, aku ni malas nak basahkan kaki ngan air masin tu.. Keje aku, photo-photo.. Puas gak le panggil dia orang suruh posing. Banyak kali sangat panggil, malas dia orang nak layan. Apa lagi on candid camera la kan.. Lagi best.



KOREK JANGAN TAK KOREK


Aktiviti aku seterusnya, main pasir. Konon nak buat "sand man" ganti "snow man". Nak menunjuk kat si kenik ni.. Baru separuh jalan, dah ada yang nak join sekali. Kita buat dia orang pun sibuk nak buat, last-last sekali aku yang slender. Layan minah 2 orang ni buat je..



DIA ORANG NI TENGAH BERLAKON JADI DUYUNG
YANG TERDAMPAR DI PANTAI
SAMBIL JERIT "HELP..!!! HELP..!!!"




"MAK AYANG TENGOK NI, MERAH BALING PASIR KAT MATA IDAD"


Standard budak 2 orang ni, main 30 min gaduh jap 1 min, pas tu ok balik. Both rajin menyakat. Si Idad le yang selalunya kena sakat dek si Merah ni. Apa lagi yang kita akan dengar "Mak Ayang...bla bla bla.." aduan di buat.. so kita pun psikologi je sikit, ok le balik... Semudah ABC.. hahaha...



GELORA YANG MEMBAWA SERIBU RAHSIA



- KECEWA -
TAK SEMPAT PUAS MAIN AIR, DAH KENA BALIK.


Cuaca tak berapa nak ok, baru 40 min menghayati pantai, awan mendung berarak ke mari.. Maka rintik-rintik hujan pun turun. Tu petanda.. main time dah over.

Aku mandikan both minah kecik ni kat toilet berdekatan. Mandi siap-siap senang. Malas nak kecah umah Mak Teh ngan pasir dan basah-basah ni. Siap mandi, kena dukung le sorang-sorang bawak kuar. Tetiba nak jadi baby kecik lak budak 2 orang ni... Dan memang gitu le biasanya if lepas mandi.

So takat ni, mission success la walaupun masih belum puas main air. Janji terkota. Next time kita datang lagi eeh.

No comments:

Post a Comment