Saturday, July 30, 2011

KEK COKLAT MOIST DIABETIS..

28HB JULAI 2011 - KHAMIS


Aktiviti malam... memasak kek coklat di umah makcik tiang seribu. Lama bebonar tak buat aktiviti memasak ngan makcik ni. Malam ni kek coklat akan di masak oleh Chef Ayang Safiah yang amat-amat "pro" bab masak ni. Almaklumlah setahun sekali je le kot dia masak.. hehehehe...

Kita tengok, adakah akan menjadi kek chef kita ni kan.. Bahan-bahan chef telah menugaskan makcik umah tiang seribu ni untuk membeli. Gitu le adatnya dah dok sebelah supermarkato. Cam aku ni dok sebelah logi kumbahan... Yang dapat everyday hanyalah "aroma terapi" je la...





Emm... Ok puan2 mari kita memulakan main pondok-pondok kita. Ayak le tepung gandum, gula, koko, soda bikarbonate, baking powder, gula together-together.. Makcik tiang seribu dah mereducekan sukatan gula kek ku hampir 1 1/4 cwn. Makcik ni memang alergi bab manis2 ni..






Pas tu pepandai le masukkan telur, susu cair dan dikacau sebati dengan aduanan di atas..





Bila tang aku bagi arahan ke dia untuk masukkan air & minyak, makcik ni dah naik pelik. Ish betul ke ni.. boleh naik ke kek ni.. tak pernah aku tengok orang masak kek pakai minyak & air.. Macam-macam la dia soal sampai terlupa aku nak pukul telur, terus masukkan je dalam bancuhan. Dah le dia kata kek tak naik le pulak if tak pukul telur. Cuak aku jadinya. Tawakal je la...


Everything siap. Maka apa lagi... kita bakor, kita bakor... hehehehe


Ready to masuk oven.


30min berlalu.. bau dah semerbak.. dari sofa dapat ku lihat dengan jelas sekali kek ku nak membuak-buak.. Kembang sampai merkah bagai.. Caya lah.. Bangga gila jam ni.. Bukan apa, tadi dah nak demam dah takut tak jadi.. muahahahaha...



Kek Ku Yang Ala-ala "Tersenyum" Gitu...


45 min berlalu... Dah masak... Nak makan meh lah.. Sedapppppppppppp.... Sesuaiiiiiiiiii gitu untuk pesakit pesakit kencing manis.. Topping tak buat sebab terlalu excited nak makan, malas nak tunggu topping-topping dah..

Jemput le.. Jemput.. jemput... hehehehe...



Walau pun rupa pun tak comei, tapi rasanya perhhh..
Sedap gitu..


Note : Sepanjang Ramadhan ni, we plan to buat pelbagai kek untuk dimakan sepanjang ramdhan ni...

4 comments:

  1. apa ada pada rupa, yang penting sedap!

    ReplyDelete
  2. Hahahaha.. perasaan sedap sebab sendiri buat.. sapa lagi nak puji kan.... muahahahaha..

    ReplyDelete
  3. Hehehehe... senyum sumbing kek kau yang. Apa apa pun sodap. Lepas ni nak mintak resepi kek apa pulak? Boleh akak merasa lak lepas tu ... hahaha

    ReplyDelete
  4. Hahahaha.. dah tuan dia pun senyum ala-ala gitu.. bezanya, tuan dia maintain manis, kek tu je yg tak manis.. hehehehe
    Next resepi, next year lah i tanya.. "Setahun hanya sekali, ku masuk dapur buat kek lagi...hehehehe" (Nyanyi ikut rentak agu raya tu tau..)

    ReplyDelete