Wednesday, May 11, 2011

MAKAN IKAN BAKAR BERSAMA IBU-IBU..

7HB MEI 2011 - SABTU


Tengah tengok TV rancangan Imam Muda around 6pm, cam tetiba datang idea nak buat satu surprise to my lovely ayahbonda today. Bisik-bisik with Kak Siah & Aus - line clear. Pas tu roger Kak Lah kat Penang - green light gak, roger lak Kak
Biah - set jugak. So semua ok, planning berjalan seperti yang dirancangkan.

Aku pun mengeluarkan arahan, semua penghuni umah dikehendaki siap dengan segera lepas maghrib. Aku nak bawa gi ke suatu tempat. Mak lak nak gak masak nasi bagai. Puas gak le bagi cam-cam alasan tak nak nasi tu di masak. Bukan apa kang sapa nak makan, planning dah baik ni.

Pas maghrib, semua siap, aku pun pecut le macam nak rak menuju destinasi yang dirancangkan.. Jeng jeng jeng... nak tahu kat mana... Emmm.. kat sini le ..(sila tgk gambar dibawah...)





Hehehehe... Ini le tempatnye. Kat Penang. Kul 8pm bertolak kul 9pm sampai sebab jam teruk kat Seberang Jaya. Ada letupan kat pencawang elektrik. Ikut ati nak makan kat island but masa tidak mengizinkan.



Sesampai kami, kebanyakkan menu yang di order dah ready. My sis (Kak Lah), dah gi order siap-siap. Sini kalau lambat, pakai makan apa yang ada le. Siapa cepat dia dapat. All seafood dia fresh and sedap, so ramai le orang datang.








Dok tunggu lagi 2-3 menu yang masih belum sampai. Dah penuh meja dah masa ni, tapi rasa macam tak cukup je, tu la yang dok up order lagi tu... So, malam ni no diet-diet.. :-)






Memandangkan Si Merah kita tak datang (dok ada KL), so Paksu dia yang baju merah tu le kena baca doa makan dan bagi sedikit ucapan. If Merah ada memang tugasan wajib dah untuk dia baca doa makan, siap dengan makna lagi dibacanya.




Now, eating time...!!!! Menu today siakap bakar, udang galah bakar , sotong halia, kailan ikan masin, sup ekor, ayam percik, sambal belacan. Sementara air, fresh oren dan air tembikai. Semua menu ni untuk 13 orang makan. Kos semua standard la tangkap ratus ratusan but tu tak penting, yang penting saat bersama tu, tak boleh diganti dengan RM. :-)








Di sini kita beli all the seafoods kira timbang kilo. Apa yang diorder untuk makan terlebih sudah. So, semua orang dikehendaki meratah le all the ikan, sayur, sotong bagai. Sup langsung tak berusik. Banyak sangat makan tak tau nak makan yang mana satu.






Akhirnya, berjaya menghabiskan lauk pauk tu. Makan lauk banyak dari nasi yang betulnya. So sambil dok sembang-sembang sesi foto-foto dilakukan. Actually planning malam ni untuk Hari Ibu walaupun ada orang cakap tak boleh sambut hari ibu. For me, hari-hari adalah hari ibubapa but today saja nak bagi my mom & 3 lagi sis i ni diraikan kerana mereka adalah IBU..



Mak with kekasih hatinya... abah tercinta...



4 ibu yang aku rai kan (Mak, Kak Lah, Kak Siah & Kak Teh)
bersama abah tercinta



Kak Lah bersama Bonda Tercinta



Kak Siah with Mak yang disayangi



Kak Teh with Bonda Yang Dikasihi



Aku with Ayah Bonda.
Ayang sayang mak abah sepenuh hati...



Kak Lah with her beloved hubby Abang Is.


After selesai semua, kami pun berangkat le ke umah kak lah, saja gi lepak-lepak jap minum kopi lak kat sana sambil berbincang tentang barang hantaran yang nak dibawa untuk majlis pertunangan adik bongsu ku nanti.






Around 12.15 am cam tu kami beransur pulang ke Tepen.


Note : Next Planning rai kan abah di Ar Rawsyah awal bulan depan. Moga dipermudahkan. Amin..

3 comments:

  1. Kasih Sayang keluarga adalah Anugerah tidak ternilai dari Allah untuk kita...Moga terus bahagia bersama keluarga tersayang ya

    ReplyDelete
  2. Amin..Terima kasih akak. Ya betul anugerah yang tak ternilai. Mereka lah tunjangkekuatan untuk ayg terus berdiri mengharungi segala suka dan duka dipentas dunia ni.:-)

    ReplyDelete
  3. Amin..Amin.. Amin... terima kasih akak. Saat paling gembira buat ayang bila disamping keluarga tersayang..

    ReplyDelete