Friday, March 18, 2011

ROMBONGAN BERTANYA...

19HB MAC 2011 - JUMAAT

Gumbira.. gumbira.. gumbira.. InsyaAllah kalau tak de halangan akan ku dapat seorang lagi adik... Adik??? Adik ipar da... hahahaha.. Tak lama lagi. Happy sangat. Orang yang paling happy sure le mamat bongsu dalam umah kita orang ni.. Cinta akhirnya bersatu gitu.. InsyaAllah... Doa-doakan lah eek..

Today my famili dari pangkat Jeneral, Colonel, Mejar, Leftenan sampai ke Pelatih.. turut serta dalam rombongan hantar tanda gitu di Dungun, Terenganu. Tu kira sikit je yang gi tu. Tak sampai suku pun. Kalau ikut 1 batalion nak gi.. kang takut tuan umah pengsan lak.. hahahaha..

Alhamdullilah semuanya berjalan lancar. Cincin tanya pun dah bagi (adat Perak ada cincin tanya, negeri lain tak tau le). Pihak keluarga perempuan dah setuju pun but my famili still bagi masa 1 to 2 week untuk dia orang bagi jawapan. Bukan apa, mana nak tau nak bincang-bincang dulu ke kan. Bila dah comfirm, baru le leh citer pasal majlis tunang-tunangan lak...

Yang bestnya, dalam 11 orang adik beradik kita orang ni, tak seorang pun pernah jumpa or tengok "bakal ahli Bin Abdul Jabbar" ni. Tengok gambar je tu pun baru je lagi.

My family tak de halangan apa-apa, as long adik i dah suka & berkenan, pihak kita orang tak de masalah. Cukup le adik i je yang tengok dan yakin ngan pilihan dia.

My daddy lak memang suruh pinang cepat-cepat sebab tak mau main-mainkan anak orang. Dia tak mau adik i berkawan yo yo ye, last-last kata tak boh.. Tak kesian ke kebudak tu nanti.. Masa habis gitu je, umur meningkat dan kesan emosi dalam diri lagi dan macam-macam lah.. Memang dia ajar kita orang semua pegang pada janji...

"Jangan mudah buat janji, bila yakin baru lah berjanji dan peganglah pada janji tu.."

Ni adik aku yang bongsu sekali, kawin je dia maka genaplah 3 bendul aku telah di langkah.. Letih je aku raise up bendul aku tu dulu. Kena langkah gak. Pas ni tak yah dah buat keje gitu.. Emm tapi tengok cam kali ni anak-anak buah lak yang nak melangkah....Cam na tu.. muahahaha....


No comments:

Post a Comment