Thursday, July 29, 2010

ALFATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

30HB JULAI 2010 - JUMAAT


Dalam aku dok bertagak-tagak nak bangun solat subuh, tetiba aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon seawal 6.30am. Panggilan dari Tuan Haji Mokthar (Advisor My Big Boss) memaklumkan anak bongsu beliau telah meninggal dunia jam 8pm semalam. Aku betul-betul terkejut yang teramat sebab sebelum ni tidak lak diceritakan apa-apa tentang anak kecil ni.


AL-FATIHAH BUAT MUHAMMAD THORIQ (6 BULAN)

SALAM TAKZIAH BUAT TUAN HAJI & JUNE


Baby comel ni meninggal atas sebab pendarahan yang terlampau. Menurut tuan haji, 2 bulan yang lalu baby ni pernah jatuh daripada katil tapi masa tu baby tu ok je. Semalam, tetiba baby ni menangis dan muntah-muntah. Apabila di scan didapati ada pendarahan dalam kepala & operation dilakukan. Allah maha kaya dan lebih menyayangi baby comel ini, dia kembali ke PENCIPTA nya jam 8pm semalam. (maaf andainya ada kesilapan dalam cerita ni, aku menulis dari apa yang aku dengar saja..)

Aku tiba di rumah Tuan Haji tepat jam 8.20am. Masa tu Tuan Haji tengah menyediakan kain kapan dan kelengkapan memandikan jenazah. Bila bersalaman dengan June, airmata aku mengalir lalu tanpa dipaksa. Besar dugaan buat keluarga ni. Aku hanya sekadar tetamu pun dapat merasakan kehilangan tersebut, tambah-tambah le both orang tuanya yang sentiasa bersama baby manja ni, sepanjang 6 bulan yang lalu.

Apa yang aku respect dan tambah terharu lagi, semua urusan memandikan, mengkafan dan menyembahyangkan jenazah dilakukan sendiri oleh ahli keluarga yang diketuai oleh Tuan Haji. Tu la hadiah terakhir seorang ayah dan bonda kepada anaknya ini.

Dan sepanjang proses memandikan, mengkafankan, air mata aku mengalir laju bila melihat tangan yang dikhiyam, kaki yang comel, kaku di situ seolah-olah sedang tido dan tersenyum. Dan ini le buat pertama kalinya, aku tengok sendiri proses mengkafan sepenuhnya.. Sungguh mengingsafkan...

Moga roh Muhammad Thoriq berlari riang di taman syurga menanti kepulangan ayahbondanya kelak...

AL-FATIHAH...

No comments:

Post a Comment