Thursday, July 29, 2010

ALFATIHAH DAN SALAM TAKZIAH

30HB JULAI 2010 - JUMAAT


Dalam aku dok bertagak-tagak nak bangun solat subuh, tetiba aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon seawal 6.30am. Panggilan dari Tuan Haji Mokthar (Advisor My Big Boss) memaklumkan anak bongsu beliau telah meninggal dunia jam 8pm semalam. Aku betul-betul terkejut yang teramat sebab sebelum ni tidak lak diceritakan apa-apa tentang anak kecil ni.


AL-FATIHAH BUAT MUHAMMAD THORIQ (6 BULAN)

SALAM TAKZIAH BUAT TUAN HAJI & JUNE


Baby comel ni meninggal atas sebab pendarahan yang terlampau. Menurut tuan haji, 2 bulan yang lalu baby ni pernah jatuh daripada katil tapi masa tu baby tu ok je. Semalam, tetiba baby ni menangis dan muntah-muntah. Apabila di scan didapati ada pendarahan dalam kepala & operation dilakukan. Allah maha kaya dan lebih menyayangi baby comel ini, dia kembali ke PENCIPTA nya jam 8pm semalam. (maaf andainya ada kesilapan dalam cerita ni, aku menulis dari apa yang aku dengar saja..)

Aku tiba di rumah Tuan Haji tepat jam 8.20am. Masa tu Tuan Haji tengah menyediakan kain kapan dan kelengkapan memandikan jenazah. Bila bersalaman dengan June, airmata aku mengalir lalu tanpa dipaksa. Besar dugaan buat keluarga ni. Aku hanya sekadar tetamu pun dapat merasakan kehilangan tersebut, tambah-tambah le both orang tuanya yang sentiasa bersama baby manja ni, sepanjang 6 bulan yang lalu.

Apa yang aku respect dan tambah terharu lagi, semua urusan memandikan, mengkafan dan menyembahyangkan jenazah dilakukan sendiri oleh ahli keluarga yang diketuai oleh Tuan Haji. Tu la hadiah terakhir seorang ayah dan bonda kepada anaknya ini.

Dan sepanjang proses memandikan, mengkafankan, air mata aku mengalir laju bila melihat tangan yang dikhiyam, kaki yang comel, kaku di situ seolah-olah sedang tido dan tersenyum. Dan ini le buat pertama kalinya, aku tengok sendiri proses mengkafan sepenuhnya.. Sungguh mengingsafkan...

Moga roh Muhammad Thoriq berlari riang di taman syurga menanti kepulangan ayahbondanya kelak...

AL-FATIHAH...

AYAM PENYET API

28HB JULAI 2010 - RABU


Lama betul tak buat aktiviti jalan-jalan cari makan ngan "hos glamour" aku yang sorang tu. Memandangkan malam ni aku akan jumpa dia untuk ambik barang yang di order, aku pun ajak le makcik ni gi makan ayam penyet but dia la yang kena belanja.. huahahahaha... (lama dah promo kat dia but dia tak pernah gi lagi kedai tu).

Actually saja je buat lagu tu. Kalau tidak sure payah sikit minah ni nak kuar dari istana kayangan dia malam-malam buta ni. Lagi pun restoran tu dekat sesangat ngan umah kita orang.

Ni le makan-makan yang di order :-


Ayam Penyet = RM 7.90/plate (siap order 2 plate lagi)




Udang Penyet = RM 6.90



Kuah Lemak Pucuk Ubi - Rm 3.50



Laici Jelli Ball = RM 4.50



Soursoap Pop Blueberry = RM 5.50
Nasi kukus = RM 1.50/plate (order 2 plate but lupa angkat gambar..)


Maaf le yek if harga & nama lauk tu tak berapa nak tetap tapi around tu le angka and bunyinya... Lari cikit je kot. Tak hingat le lak harga betul.. Almaklumlah, orang yang bayau.


Secara keseluruhan, memang sedap le ayam penyet ni. Boleh le rekomen bagi 4 bintang kepada sesapa yang nak datang & belum mencuba lagi. Sambal dia memang sedap. Cuma bagi aku, udang penyet tu tak berapa nak sesuai le harga ngan udang dia. Udang dia kecik giler. If dia up size udang tu & agak segar lagi best rasanya..

Air laici tu memang sedap pada aku. Cuma yang tak boleh tahannya... Manis bangaaaaaaattttt pak... Cam boh gula sekilo dalam tu. Boleh kencing manis jadinya. Aku sampai tambah air suam secawan dalam tu. Baru le leh nak letak kat lidah.. Dasat sungguh kemanisannya tu...







Emm.. dan gambar di atas ni, cam biasa... Ni la model & hos wajib lagi glamour yang aku maksudkan tu.. Cute kan.. Sesuai gitu dengan rancangan Jalan-jalan Cari Makan aku ni... hehehehe..

Opppsss.. lupa lak.. Makcik ni la gak tukang bayau untuk majlis makan malam, malam ini... Kuang Kuang Kuang...

Tima kacih daun keladi, next time bayau lagi eehh... :-)

Wednesday, July 14, 2010

CANTIKKAN.. KAN.. KAN...

15HB JULAI 2010 - KHAMIS


Cantikkan tempat ni.. Emm.. Reflect.. macam cermin je gayanya.. Dengan awan kebiruan yang indah menawan...Cool... betul-betul menarik minat aku untuk melihat sendiri tempat ni suatu hari nanti...

InsyaAllah, ada kelapangan nak je aku gi.. Tak jauh pun.. Kat Gold Coast je.. Sebelum puasa ni aku mesti pi melihat sendiri.. gi ke "GOLDEN PLAM TREE at GOLD COAST, SEPANG, MALAYSIA".. di mana gambar ini di ambil.

To Jun my dear freind :
"Excellent job.. you memang pandai tangkap gambar le.. Cantik betul view ni.. i like it "

Jun kawan i ni, i kenal masa kat Bakelalan. Memang phoyographer pun dia. Banyak gambar cantik-cantik yang telah ditangkap. Gambar kat atas tu, salah satu yang berjaya menarik perhatian aku....

HADIAH OH HADIAH

15HB JULAI 2010 - KHAMIS

Dah setengah bulan di bulan Julai ari ni. Dan macam tahun-tahun sebelumnya, masuk je bulan Julai pas tu Ogos dan seterusnya, aku akan jadi pening je nak pikir bab-bab hadiah ni. Start bulan Julai ni le ramai le pulak yang sambut birthday. Bulan-bulan sebelum Julai tu ada le gak tapi tak le ramai sangat bilangannya dalam setiap bulan tu. Sempat le fikir hadiah apa nak dibelikan..

Aku kebiasaannya akan bagi hadiah birthday pada orang-orang yang aku sayangi dan yang pasti tak akan lupa (katogori WAJIB ni) memberi hadiah apa insan-insan yang berbesar hati memberi hadiah pada aku on my birthday. So, masa birthday dia orang tu je peluang aku nak membalasnya dan tak kurang juga, apa kekawan yang sentiasa dalam ingatan aku lak, aku akan wish le on that day tanda ingatan walaupun tak bagi hadiah..

Tak kira le adik beradik ke, anak buah ke, kawan-kawan rapat ke. Bagi aku, lewat cam mana pun aku tetap akan bagi hadiah. Hadiah aku selalunya belated la. Kekadang tu tangkap ke 3-6 bulan baru bagi. hehehehe.. Bior le lambat cam na pun, aku tetap akan bagi hadiah tu.

Kelewatan kekadang atas sebab :-

1. Tak punya ruang masa yang cukup untuk nak gi beli hadiah.

2. Jarak yang menjadi faktor kelewatan dalam menyampaikan hadiah yang dibeli

3. Ruang-ruang poket semua dah kosong, budjet lari.. hahahaha..

Cam na pun bagi, aku tetap bagi.. Rezeki lebih.. best cikit le hadiahnya, rezeki kurang.. kurang best cikit le hadiahnya.. Murah cikit je.. kan kan kan... :-)


Kebiasaannya if anak-anak buah tu aku akan bagi cash je but ada gak yang akan dapat hadiah. Tapi aku tak bias la, setiap tahun orang yang berbeza akan dapat hadiah. Baru adilkan.. kan..kan. Anak buah dah dekat 30 orang. Tak menang tangan nak beli hadiah. Tu le kena ambil no giliran tu..


Pada aku, lari budjet cam mana pun, aku tetap akan bagi "something" pada orang-orang yang aku sayangi ni (baik adik beradik mahu pun kawan). Ala.. setahun sekali je kan.. Bukan selalu pun. Hari special bagi orang yang sambut birthday.. Tak salahkan. Rezeki kita akan terus bertambah-tambah....


Cuma yang tak bestnya bila pikirkan hadiah apa nak beli. Kekadang naik buntu nak beli apa. Bukan apa takut gak orang tak suka ngan pemberian kita. Sedih oooo, bila kita bagi orang tak guna or pakai pun. Mungkin murah kot & tak de "class gitu" hadiah yang kita bagi (dah terkena dah ngan sorang kawan, so agak serik le nak beli hadiah ke dia dah.. Actually hadiah tu agak mahal le gak, tapi dah orang tak berkenan, nak buat cam na kan..).

Bagi mengelakkan perkara di atas berlaku, kekadang aku buat cara gini... bagi birthday girl/boy tu pilih sendiri apa yang dia orang nak but aku bagi le nilai max & min yang aku nak bayau.. Tapi hadiah tu tetap aku bungkus cam nak bagi hadiah tu.. hahahaha..


Actually cara ni tak le best sangat dalam sesetengah keadaan. Tak surprise dah.

So, ni le bilangan hadiah yang aku perlu fikirkan untuk setengah tahun terakhir tahun ini..

Bulan Julai = 5 orang (rapat-rapat lak tu datenya)

Bulan Ogos = 7 orang

Bulan Sept = 8 orang

Bulan Oct = 8 orang

Bulan Nov = 6 orang

Bulan Dec = 6 orang

Pening-pening.. Hadiah apa lak nak beli ni....!!!!!!!



Tuesday, July 13, 2010

RAINBOW ROSE aka ROS PELANGI

11hb JULAI 2010 - AHAD






Cantiknyeeeeeeeeeeeeeeeeee.... Ciptaan Illahi...

Bunga Ros Pelangi atau Rainbow Rose akan dijual (mungkin dah dijual kot sekarang) untuk pertama kalinya di Britain dan tidak berwarna merah sepenuhnya...




Bunga ros berwarna warni ini juga dikenali sebagai ros riang... yang dihasilkan menerusi ekstrak warna tumbuhan yang disuntik ke dalam pokok induk.




Syarikat penanam bunga dari Belanda, River Flowers dan F.J. Zandbergen & Zn bergabung tenaga untuk menghasilkan bunga itu.





Belum pernah dijual di Britain sebelum ini, syarikat menjual ros Interrose kini membawa masuk bunga menakjubkan itu ke pasaran negara berkenaan.




Bunga tersebut dijual dengan harga RM117 (24.49Pound) untuk sekuntum manakala sedozen bunga beraneka warna itu berhraga RM311.00 (64.87Pound)





So, sesapa yang suka sangat bunga tu, boleh le memberi hint-hint pada BF or Hubby masing-masing.. hehehehehe.. Tapi tak sure le ada jual ke tidak kat Malaysia ni.. Aku ni dapat gambar pun dah puas hati. Almaklumlah kita BF pun tak jumpa lagi, hubby lagi le kompom-kompom tak de nya.. hahahahah....


Along, dulu mak ayang ingat bunga ni bunga tipu.. hehehehe.. betul rupanya...


ALLAH MAHA PENCIPTA...!!!!!


Friday, July 9, 2010

MAKE OVER KUIH BAKAR aka KUIH BANGKIT

7HB JULAI 2010 - RABU


Azan Maghrib berkumandang, tandanya waktu berbuka dah tiba (hari ke 13 puasa - sunat - Rejab). Pusing kiri kanan tak nampak pun apa-apa yang boleh dimakan. Aku kat opis. Ada keje banyak sangat nak diselesaikan. Tetiba dari dalam bilik aku ni ternampak le bekas kuih kat meja luar. Meja yang kita orang selalu letak makan untuk "public" makan.

Emm.. ada sesuatu yang berjaya menarik perhatian ku dari jauh.. Aku pun gi le mendapatkan bekas tu. Cantik kuih ni. Cam raya lak makan kuih-kuih gini. Nampak sedap bangat. Aku ambik satu. Bila rasa je... Laaaaaaaaaaaaa... Kuih bakaq rupanya.. Ingat ke kuih apa tadi. Bukan main cun lagi.. Best gak order untuk raya nanti... Sedap.. Rasa still cam yang asli.. Betul cantikkkkkkkkkk... tengok le gambar kat bawah ni... Kuih bakar yang dah di "make over" kan. Cantik kan kan kan...



Just untuk mengimbas kenangan lalu di sini, dolu-dolu or lebih tepat lagi asal-asalnya warna sebonar kuih ni putih gebu bagi yang pandai membuatnya but sesetengah tu can be putih kekuningan cikit. Diketogarikan sebagai kuih tradisional yang seangkatan ngan kuih baulu.. Bebudak sekarang ni, ada yang dah tak konal dah ngan kuih ni. Kuih moden banyak sangat tumbuh cam cendawan. Pe pe pun yang lama, sentimental value dia lain le cikit.


Kuih ni ada dua nama glamour (yang aku tau le).. Belah utara, nama glamour dia KUIH BAKAQ but belah-belah selebihnya panggil KUIH BANGKIT. Dengan ter "make over"nya kuih ni dengan rupa paras yang cun melecun tu, hope ia berjaya le menarik ramai le generasi kini untuk merasainya..


Emm... bila aku tunjuk je kat my mom, dia just senyum je. Dalam ati aku kata " sure tak berapa nak berkenan le tu.. heheheheh...". Biasa la kan orang dolu-dolu ni, dia tetap nak yang asli tanpa make up make up ni. Yang potih gobu tu jugak yang bertaktha di ati.....

Wednesday, July 7, 2010

HAN2 @ HanTWO BIRTHDAY

4HB JULAI 2010 - AHAD

Amerika sambut ulang tahun kemerdekaan ari ni. Tiap tahun, datangnya tarikh ni akan menghappykan gak kawan aku yang sorang ni. Mesti tertunggu-tunggu tarikh ni datangkan (agak aku je). Cam semua orang.. mesti suka le kan .. birthday kita. Tapi umur akan bertambah tiap kali datangnya tarikh ni kan kan kan.. Bertambah/tua di sini but makin berkurang/muda ke sana.. hehehehe..

Kawan aku ni lebih dikenali sebagai HAN2 @ HanTWO @ HanToo, so ni le the onle & only HanToo yang sambut birthday kot.. Hehehe.. Jangan marah..

To Han2 :

"Happy birthday. Dah tua dah tu. 39 tahun dah. Moga bahagian, menjadi seorang yang beriman dan menemui permata bukan kaca... Bahagia dunia akhirat. Last sekali bila nak belanjo makan.. Kuang Kuang Kuang.."

Note : HAN2 @ HANtwo @ HanToo tu diberi atau dimaklumkan sendiri oleh tuan punya badan pada aku. Bukan aku saja-saja nak boh.. Harap maklum..

COOKIES ABC

2HB JULAI 2010 - SABTU


Nak gi Shah Alam.. nak discuss pasal umah Taiping with Kak Chik. Emm.. Manja 3 orang kat sana dah tunggu aku tak sabar-sabar. Aku akan membuat sesuatu yang akan menghappykan dia orang lagi... kasi teruja lebih cikit.. Jeng jeng jeng.. hasilnya ni le dia... COOKIES ABC..



Aku siap telefon dia orang lagi tanya, huruf yang paling diminati dalam keseluruhan huruf ABC tu.. Masing-masing ngan terujanya memaklumkna huruf masing-masing dan tertanya-tanya.. pesal aku tetiba tanya solan-solan gitu...



Sesampai je kat sana, aku pun bagi le sorang satu, ikut huruf mula nama dia orang. Bukan main happy lagi 3 manja ku ni. Aku pun explain makna huruf-huruf tersebut & dia orang lagi best, siap suruh aku buat nama penuh lagi.. hehehhee..

M = Muhammad (Aiman)

M = Muhammad (Ammar)

H = Habibah

W = Widad

S = Safiah
"
Nanti Mak Ayang buat eeh.. Ni baru testing je.., Takut tak sedap. Nak rasa Mak Ayang puasa. Nanti eehh.. Tunggggggggggggguuu...."

Aku memang suka sangat buat sesuatu yang boleh menarik perhatian anak-anak buah aku ni. Just saja-saja nak bagi dia orang rasa happy je. Seronok tengok dia orang bila excited dengan sesuatu bende yang kita bagi. Suruh makan pun tak nak sebab terlalu sayang.. Habis cam na tu..

Aku suruh dia orang test yang huruf "S" sebab yang tu aku punya. Sedap rupanya cookies ni. Boleh le beroperasi lagi nanti... hehehehe.. Aku dapat idea setelah berjalan-jalan di sebuah shopping complex terkenal kat KL ni.

Tuesday, July 6, 2010

DON'T THROW AWAY YOUR ONE CENT COINS

1HB JULAI 2010 - JUMAAT


We cannot stop mosquitoes lay eggs at any stagnant water in drain/ponds or water collected in waste pails, tank, tins, used tyres etc.etc... Of course if you have fish inside the tanks/containers then there should be no problem.

Do you know that there is a very simple and very economical way to destroy the mosquitoes' eggs and not let them hatch into larvae. Very very simple, just put in few 1 cent copper coins into the tanks/containers then it will solve all your problems. Because in accordance to Japanese Research Scientists, they found the mosquitoes eggs will be destroyed by a kind of mineral discharge from the copper.

DON'T BELIEVE
, try it by yourself and even the small snails also will not visit the containers (with copper coins) collected with stagnant water. Your will observe the water collected in the containers will be very clean and clear....

SELAMAT MENCUBA....

Emm.. biru mata hitam ku jap menaip dalam bahasa omputih ni... Aku taip je infor yang aku terima dari seorang kawan.. Menarik untuk di share bersama di musim demam denggi berleluasa ni...