Tuesday, May 11, 2010

JOURNEY TO BAKELALAN via MIRI

4HB MEI 2010 - SELASA (DAY 1)


Nasib sempat balik awal sikit. Hujan lebat. Jalan area KL, jam giler. Aku gi airport kawan hantar. Semua sebab nak siapkan keje punya pasal. Makcik Jam terpaksa la gi naik teksi sorang-sorang. Sian dia. Cik Liza lak abang hantar. Kira kita orang semua redah hujan nak ke airport. Lebat giler hujan ari ni.

Makcik Jam basah kuyup sampai airport. Teksi bocor.. hahaha.. Lawak je. Dia redah hujan masa nak tunggu teksi. Jam 7.30 kami check in sebaik saja Cik Liza kita sampai. Flight to Miri jam 8.40pm. Kami menaiki MH 2598 dan dijangka tiba di Miri jam 11.00pm.

Teruja sangat nak gi kali ni. Lama dah tak fly. Ni je cara kita orang release tension. Lagi pun aku memang tension lately. Keje non stop. Memandangkan selalunya naik ke pelepasan international, ingat ke bahagian pelepasan domestik pun ada le surau kat bahagian bawah after check in kastam. Rupanya tak de. Sembahyang kat Miri la nampaknya. Nasib leh jamak kan kan kan...


Dah tak de keje nak buat, masa-masa terluang apalagi calling-calling & sms le keje. Report apa patut. Tu je aktiviti yang ada sementara tunggu masa nak naik flight.

Lama betul tak naik domestik flight MAS. Banyak dah berubah. Cara packaging makanan, tiket dan lain-lain. Penjimatan kos. Bagus gak. Tak de la membazir sangat nampaknya.

Jam 11.15pm kami selamat mendarat di Miri. Onn je hand phone, dapat sms "WELCOME TO MIRI".. Hahahaha.. Ni 1st time la kiranya aku & kekawan yang turut serta ni menjejakkan kaki ke bumi Miri ni. Apa lagi akiviti wajib bermula.. foto-foto...



Selesai je pemeriksaan kastam dan sebagainya, kami pun menunaikan solat Isyak dan terus je check in kat hotel 5 bintang yang telah kami booked awal-awal lagi. Memang best betul hotel ni. Cuma perlu bagi nama je. Aik..!! Tak caya eeh.. Tengok le sendiri... Besarrrrrrrrrrrrrrrrrr...



Best tido kat hotel ni.. Cejuk betul. Makcik Jam tu tak leh tido, so keje dia menganggu orang lain tido & tangkap gambar orang yang sedang lena di ulit mimpi. Bagus gak. Kameraman merangkap "jaga".. Hahahahah....


Kastam & polis kat airport Miri ni semua ingat kita orang ni cikgi-cikgu yang baru dipostingkan ke Bakelalan.. Ada rupa cikgu ke eek..????
Esok flight to Bakelalan kul 9.15am.

No comments:

Post a Comment