Thursday, December 23, 2010

HADIAH DARI TEMAN-TEMAN

13HB DISEMBER 2010 - ISNIN


N3 lepas aku dah kata nak tunjuk hadiah yang aku dapatkan. Hadiah-hadiah istimewa dari gf-gf aku... hehehehe...




Hadiah pertama yang aku dapat. Sampai ditangan aku pada 11hb dan syarat kena buka on 12hb. Jauh giler hadiah ni datang.. Di datang khas dari istana kayangan. Terkejut beruk gak.. siap bungkus bagai... Tak pernah-pernah dibuat makcik ni.. Makcik ni rakan seperlancongan aka "anak sedara angkat mak" aku dah... Sebab di panggil mak aku Mak Lang...heheheehe..





Bila aku buka je & tengok ke hadiah didalamnya, punya le macam-macam kat dalam tu dan tetiba bila terpandang yang satu ni... mengigil terus... Terkejut beruk aku jadinya.. Kamus BESTA.. memang aku really nak demam masa ni.. macam-macam perasaan ada. Tak tau nak express cam mana... Satu perkataan je yang terkuar "Allahu Akhbar"..


Aku tau tujuan makcik ni bagi aku kamus ni. Dia nak aku improve my BI. Ini merupakan hadiah teristimewa dari seorang sahabat. Aku akan ingat sampai bila-bila. Sesungguhnya kamus ni kini memang menyenangkan idup ku kini bila nak refer-refer gitu.. Tima kasih berbanyak minah eeh.. Memang dah tak terbalas dah... Yang lain-lain tu biarlah rahsia... Tak moh citer panjang-panjang..




Isnin pagi, masuk je opis, kak fairos masuk bilik with hadiah yang besau ni... Ikut ati nak je aku buka on the spot but payah le nak sessi gambau-gambau. Lagi pun keje tengah berlambak. Sesampai je di umah sessi buka hadiah dilakukan... Emmm... cantik cermin muka ni... Cantik sangat.. Tima kasih kak fairos aka kak bam... Boleh le ayang tengok muka esotik ayang ni kat cermin cun tu... hehehehe...






14hb pagi aku dapat sms dari my housemate. Inform ada hadiah atas iron board dan bila buka tengok bruch.. Apa lagi dan dan tu aku pakai datang opis.. Cute je.. Dragon fly.. sepasang.. mak & anak... Thanks nor... i like..!!!




Sesampai opis dapat sekeping surat. Gaya kad dan dari tulisan aku dah tau sapa yang hantar.. Sambil tersenyum aku cuma leh sebut Royyyyyyy.... Royyyy... Kad tu dari my dear freinds roy.. Now minah ni tengah sibuk buat Phd. Kawan aku sama-sama belajar kat IPTA dulu. Tiap-tiap tahun aku pasti dapat kad dari dia. Kad ni mendahului hadiah biasanya. Tahun lepas dia bagi Arch yang cantik sangat. Thanks roy... i luv u... hehehehe...





Tak habis lagi... ada lagi.. Yang ni lak hadiah dari rakan sekerja. QS gak.. AL aka Ummi Iman nama dipanggil.. Sehelai tudung syria yang cantik. Petang aku ke gym, balik terus melaram tudung baru with bruch baru... hehehehe... Makacih AL...


Ni la antara hadiah-hadiah dari gf-gf aku.. At this moment comfirm hadiah bf elek... hehehehe....


Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang dah bersusah payah membeli hadiah untuk aku.. Dah le tengah bulan, musim cuti sekolah lak tu. Sure banyak nak pakai duit.. Tima kasih banyak-banyak... Akan kukenang sampai bila-bila...
Luv u all... mUahh...!!! Muahhh...!!!


Wednesday, December 15, 2010

HARI INI DAN 36 TAHUN YANG LALU....

12HB DISEMBER 2010 - AHAD

Tersebut lah kisah (kisah benar ni... betul.. tak tipu..) pada satu subuh 36 tahun yang lalu. Jam 4.25 pagi lahirlah seorang kanak-kanak perempuan yang agak comei (terpaksa tulis cam ni.. kang kata tak comei.. kecik ati lak.. payah..) dan yang agak-agak tak sabau nak kuar melihat dunia, maka dengan itu orang lain mak dia bersalin kat dalam labour room, tapi dia ni lain sikit, bersalin depan pintu spital tu je (spital Tepen). Tu le aku cakap.. betul punya tak sabar budak ni..

Budak perempuan yang tak berapa yang corah ni (golap gulita but so sweet.. hehehehe..) ni adalah anak ke 8 (1 lelaki 7 perempuan) kepada sepasang suami isteri yang romantik gitu dan amat-amat disenangi dan dihormati oleh jiran tetangga. Membesarlah ia penuh kemanjaan disamping kakak-kakak dan abang. Terlebih manja sampaikan orang lain dah masuk tadika, dia dok berkepit bawah ketiak mak lagi... Almaklumlah anak bongsu pompuan omak...



Ketika Umur 3thn

Memandangkan dia paling "bersinar" dalam keluarga ni, tiap kali berjalan, orang mesti tanya dekat mak/kakak/abang dia dengan ayat yang menyakitkan ati "anak sapa ni... lain sikit yang ni...". Maka, selalu la tiap kali famili budak ni nak gi mana-mana, dia akan menarik diri dari menyertai. Begitu juga dengan tetamu yang datang.. Mereka mungkin tidak tahu pun kewujudan budak yang "bersinar-sinar" ni. Kerna terlalu berasa rendah diri dengan kejelitaan kulitnya, maka budak ni sering menyembunyikan dan mengelakkan diri dari berjumpa dengan tetamu-tetamu yang datang.


Bukan tu je, siap tulis dalam diari lagi yang dia ni mungkin anak pungut la apa la..bla bla bla.. (Layan perasaan sungguh budak ni.. ) Tapi yang tak leh tahan tu, dah tulis cam tu.. saja je gi tinggal diari tu terbuka kat page yang ada ayat-ayat luahan perasaan tu (dengan niat yang betulnya ni... disengajakan...hehehehe...). Saja nak bagi kekakak dia semua baca.. Hampeh betul..


Membesau la budak ni dengan kehitaman yang terserlah dikulitnya.. Muahahaha.... Mak abah dia sering menasihatkan dia dengan kata-kata "Mana ada hitam.. sama je cam kulit mak.. Biar la orang kata hitam, hitam-hitam si tampuk manggis kan.. Luar je hitam, dalam putih bersih..yang penting kita sempurna sifat.. belajar rajin-rajin, poket penuh, hilang hitam tu nanti...". Kata-kata semangat ni le menyejukkan ati budak ni tiap kali ada mulut-mulut celupar yang menghina ciptaan Illahi ni.




Ketika Umur 4th


Seawal usia 13tahun, budak perempuan ni mula berasa perasaan untuk menjejak kaki ke rumah ALLAH dalam mengerjakan ibadat haji membuak-buak. Dari detik itu, segala duit yang diperolehi sama ada duit raya, duit upah membantu abahnya berniaga, duit sekolah dan sebagainya, semuanya akan disimpan di dalam akaun tabung haji yang baru di buka. Memang itu je impian yang hendak sangat dikecapi sekarang...

Selepas SPM, dia berjaya menyambung pelajaran di IPTA dalam salah satu bidang di bawah Falkuti Senibina, Perancangan Dan Ukur.. Tahun 1997 beliau akhirnya berjaya mengenggam segulung ijazah... Kejayaan ni adalah hadiah istimewa buat both orang tua dia...


Apa-apa pun tahun 2000 (15hb Febuari) merupakan saat paling bahagia dan meninggalkan memori indah dalam hidup dia. Impian menjadi kenyataan akhirnya...Dia berangkat menjadi tetamu Allah dalam menunaikan ibadat haji bersama mak, abah, kakak sulung dan 2 orang sepupu di usia yang terlalu muda (zaman tu kurang lagi budak-budak muda nak gi buat haji). Lebih bermakna apabila dia pergi dengan wang simpanan sendiri 100%.


Di bumi Mekah lah, bermulanya detik perubahan pada diri budak ni.. Dia tidak lagi berasa rendah diri hanya kerana warna kulitnya. Di sana, apa pun rupa, warna kulit, miskin, kaya, berlainan bangsa dan sebagainya.. kita tetap sama dalam 1 agama iaitu ISLAM. Tak de sorang pun akan mempersoalkan nape kita lain, nape kita itu, nape kita ini.. Di sana juga budak tu mula berasa bersyukur yang teramat atas segala pemberian yang telah Allah berikan kepada dia. Dia bersyukur kerana dilahirkan sempurna, mendapat both ibu bapa yang penyayang dan sebaginya..


Kini, budak tu dah membesar.. besar besar besar (besau betul..),.. Berkerja di Kuala Lumpur dan masih bujang.. bujang terlajak.. Muahahaha... Mungkin sebab dia berwajah Esotik (bak kata Kak Bam, wajah esotik ni tak le berapa nak laku kat Malaysia ni but if gi over C, negara omputih, sure terhangat di pasaran... Leh dapat pakwe cun-cun... Maka bagai pinang di belah kapak le jadinya bila jalan together-gether.. Muahahahaha...). Tapi perkataan Esotik tu cam tak berapa sesuai je.. Esotik = Pelik - Familiar tu makanan. Muka ala-ala Klasik ke, Asli ke ok le gak kan... Dah orang nampak Esotik, tima je la kan.. Budak tu tak kisah pun...

Budak yang aku maksukkan kini, pada hari ni berusia 36tahun.. Tinggal 4 tahun je lagi nak masuk 40an.. Tu pun kalau umur panjang.. Budak yang dok "bersinar" dan berwajah "esotik" tu adalah aku... Aku yang dikenali sebagai Ayang Safiah atau lebih glamour dengan panggilan AYANG sejak dari baby lagi...



Ketika berumur 36th

"Happy Birthday to me... Happy birthday to Ayang... Happy birthday to Me...."


Ya Allah, aku bersyukur atas segala rezeki, anugerah dan kekuatan yang telah Engkau berikan.. Ya Allah, Tetapkanlah iman ku, matikan lah aku dalam Islam, golongankan lah aku dalam golongan orang-orang yang disayangiMu..
Ya Allah, Panjangkan umurku dan berilah aku kesihatan yang baik bagi aku menjalankan amal ibadat pada Mu..
Ya Allah, Jauhi lah aku dari godaan syaitan dan tiuplah nur dalam hati ku dan hujanilah aku dengan hidayah-hidayah pun supaya aku tidak leka serta lalai dan sentiasa mencintaiMu..
Ya Allah, makbulkanlah segala doaku sekiranya itu yang terbaik untuk ku.. sesungguhnya hanya Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk ku...
Amin..Amin Ya Rabbal Al Amin....

Wednesday, December 1, 2010

WESTERN ALA ISTANA KAYANGAN...

26HB NOVEMBER 2010 - JUMAAT


Mendapat jemputan untuk berdinner together-together kat istana kayangan. Lama tul aku tak menjejak kaki di sini. Menu telah dirancang dari sebelah tengahari lagi. So, sesampai je di sana, operasi masak memasak dimulakan.





I'm really hungry hari ni.. Perut cam empty tank terus. Lapau.. Lapau.. Lapau..



Menu today, ala-ala western tak western gitu. Steak daging & udang with black paper sos, sayur steam, sup cendawan with bihun.


Aku hanya ditugaskan untuk memasak black paper sos. Gabra la gak coz 1st time buat. Tak sempat nak tengok resepi betul-betul. Belasah je. Nasib jadi gak. Tak tersangka begitu senang sekali cara membuatnya..



Lain-lain lauk pauk yang kelihatan dalam N3 ni di masak oleh makcik kayangan ni. Dia bab-bab masak ni memang cekap and hasilnya pasti akan menjilat jari.


Presentation makcik ni kali ni best gitu.. macam yo yo je kita orang ni.. Bila lauk terhidang dan cacing-cacing dalam perut pun dok sibuk nyanyi lagu keroncong.. Tu menandakan.... ????

KITA
MAKAN DULU
....!!!!!! muahahahaha...

Errrrrrrrrkkkkkkkkkkk.... Alhamdullilahhhhhhhh... Konyang bebonar...

Thank eeh.. dah le makan free, dapat cuci baju lagi...