Friday, December 4, 2009
ATAS PERMINTAAN
BBQ & ZOO TAIPING
Aku tak tau pun ada perancagan nak buat BBQ ari ni. Rupanya kak Chah dan abang Mus dah gi cari seafood (udang, sotong dan ikan) pepagi lagi. Sementara ayam, daging and lamb ditugaskan kepada kak Lah and abang Ishak.
Minah sorang ni nama dia Damia. Penyapu memang tak boleh tinggal. Dia keje nak sapu je. rajin bebenor nak menyapu. Dia tak kira sapa buat apa pun, dia tetap ngan penyapu tu. Menjalankan tugas ngan baik sungguh.. Boleh masuk dalam pencalonan bagi Khidmat Cemerlang ni... hehehehe...
Disebabkan banyak mulut yang ada, makanan yang siap di masak je, laris dipasaran. Letak je sure habis.. Letak je sure habis.. Sedaaaaaaaaaaaaaaaaap kata bebudak ni.. Yang paling tension orang yang membakau la. Tak sempat tengok.. Nasib la kan.. Tapi last-last sekali, dia orang pun pulun sama. BBQ ni memang sedap makan masa panas-panas.
Seronok betul tengok gelagat bebudak ni. Happy go lucky je dia orang. Keje aku tangkap gambau je. Tapi yang paling tak boleh tahan ngan mamat sorang ni.. Si Ammar nama dia. If tanya solan, mau tak terjawap aku. Almaklumlah mak Ayang dia "banyak" sangat membaca so pengetahuan am tu memang "power" gitu. Tu yang jadi payah nak jawap tu.. Hehehehe...
SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha @ Korban kepada semua umat islam yang membaca blog ku ini. Tiap kali menyambut Aidil Adha, akan terbayanglah saat-saat indah di Mina kurang lebih 10 tahun yang lalu. Saat-saat indah bagi setiap jemaah yang menunaikan fardhu haji tak kira lah pada tahun bila ia ditunaikan.
Pada kebiasaanya, keluarga aku akan makan selepas balik dari sembahyang. Ikut sunat. So, balik je sembahyang, pas bersalam dan bermaafan sesama keluarga, port yang dituju adalah dapur.. Apa lagi aktiviti mengisi perut la...
Bebudak lak, pas kenyang makan, aktiviti melepak sambil tunggu waktu nak gi tengok upacara menyembelih lembu di surau berdekatan. Sambil lepak sambil chit chat dan lain-lain.. Macam-macam citer yang diciterkan dan tak tau la bila nak habis citer-citer tu.. Tak stop-stop aku tengok.. Bergosip pun terror gak bebudak ni.
Tahun ni keluarga aku tak buat korban di sini. My eldest sister (Kak Tan) upah orang untuk buat korban di Kemboja. Jadi tak le sibuk nak mengagihkan daging-daging korban tahun ni. Sibuk memasak ada la. My mom masa nasi carrot today. Ni menu wajib. Sama ada nasi carrot atau nasi berempah dengan isi daging or ayam...
Aku pun tak le banyak sangat aktiviti.. Keje aku makan, makan, makan. Penat makan, layan bebudak ni jap. Suruh la dia orang posing-posing. Punya la suka dia orang. Habis kerusi semua di panjat. Sampai tak tersnap jadinya.
Aku ni memang suka sesangat layan bebudak ni. Tak tau nape. Dia orang ni jujur, ikhlas, banyak tanya, kuarkan fakta yang sometime menyedarkan kita and yang paling menarik sebab dia orang pandai bodek aku kot... Suka puji itu ini.. Bila ku dah kembang... maka macam-macam la dia orang dapat... hahahaha...
Penat pergi beraya, bebudak ni akan balik relax-relax jap kat umah. Dengar MP3 la, main komputer la, main play station la, tengok tv la dan lain-lain aktiviti yang sewaktu dengannya.
Sementara yang tak reti penat tu, sambung main kat luar. Habis aktiviti dalam umah semua dia orang explore, kat luar umah pulak diterokai. Entah apa-apa game yang dia orang main. Kita yang tua-tua ni tengok je. Janji dia orang happy dah.
Dalam aku dok baring kat ruang tamu ni, tetiba rasa nak tangkap lak gambau ibu segala semut yang ada kat umah aku ni. Kasi dia fofular cikit masuk dalam blog. Bukan setakat semut je, ibu segala lipas and lalat pun ada kat umah aku. Cuma yang tu lupa lak nak tangkap gambau..
Kali ni ralat lagi... Emm.. satu juadah and kuih muih pun aku tak snap gambarnya. Lupa la. Bila nampak je makanan, aku ingat makan je.. lain-lain dah tak ingat langsung... Niat nak kasi terliur along Musfirah yang jauh di Egypt tu tak berjaya la nampaknya...... Sedih betul...
AIDIL ADHA - PERSIAPAN MENJELANG RAYA
Kami semua bergotong royang menyediakan bahan-bahan. Semua baru sampai di kampung hari ni dan hari ni juga kena siapkan semuanya. Esok raya. Kena la buat gak. Letih jugak rasanya. Majoriti daripada ahli keluarga aku berpuasa sunat ari ni kecuali budak-budak.
My sis (Kak Lah @ Anjang) ni memang tender buat lemang. Dia je yang terror bab-bab ni. So, tugas tu diserahkan 100% pada dia and his beloved hubby Abang Ishak. Kita orang ni tukang tengok je.
All the Tukang "Sibok" @ Penyeri Suasana
Memandangkan proses membakar lemang ni amat-amatlah memakan masa. Dari ramai-ramai yang ter excited awal-awal tadi, lama kelamaan tinggal la petugas wajib je yang dok tunggu. Sapa lagi kalau tak loving couple ni - Anjang And Abang Ishak. Dia orang la yang tunggu sampai masak semuanya lemang-lemang tersebut.
Ni la.... Both Pakar Masak Lemang
Wajah-wajah yang janji nak tolong kutip buah di kebun
Tak sampai 20 biji pun masuk dalam guni, pas tu surrender terus...
Abang Jak tugaskan aku kait buah manggis. Pokok tak le tinggi sangat. Tapi lengguh tengkok (leher) dok lagut (tengok ke atas) kait ubah. Nak pening pun ada. Mana taknye, kita la kait, kita jugak la yang kutip. Kang tak kutip terus, takut terpijak or tak jumpa lak masa nak kutip.
Aku sambung kait buah manggis. Geram kait tak jatuh-jatuh... aku ambik keputusan panjat je. Pokok pun tak le tinggi sangat. Emm.. baru puas ati. Mana nampak.. habis aku capai. Seguni penuh la dapat.
Bebudak kat pondok dok nyanyi sekuat alam kat situ. Best gak cam pasang radio dalam kebun je. Suara not bad. Back kata orang if masuk pertandingan nayanyi, sure dapat tempat pertama dari belakang lah ... hahahahah... Lawak je.. Suara dia orang memang class gitu...
Pas nyanyi dia orang main panjant-panjang pokok, pas tu asyik dok cuci kasut. Yang bestnya, aku bagi la dia orang makan buah pulasan, boleh si Asri tu kata, "Sedap la buah laici ni...". Gelak besau aku. Tak pernah tengok kot. Puas aku ajar dia orang cara bukak buah ni. Dah nama pulasan apa lagi pulas la... hahaha...
Banyak la gak buah-buah yang berjaya dikutip. Berguni-guni.. On the way back, singgah beli ais krim kat bebdudak ni. saja bagi dia orang suka sikit. Sampai umah, mandi and ready untuk berbuka sahaja.
Ralat sikit je.. Aku tak tangkap langsung gambau buah-buahan yang dikutip tu. Silap betul. Letih and tak de masa yang betulnya. Tu yang terlupa semua. Masa type N3 ni baru terperasaan.. Kecewa betul.
Wednesday, November 25, 2009
dapat cuti
Tengah-tengah dok tension maut tu tetiba aku dapat intercom dari Kak Ina, ada berita gumbira katanya.. My bos just inform tender closing date pospon to 15hb Disember 2009. So, sesapa nak cuti dipersilakan... Yahooooooooo Ya bedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...
Aku on the spot lompat dari kerusi. Happy yang tak tau nak cakap. Sebelum ni aku dok pikir macam-macam dah.. Tak terbayang petang raya nak balik KL ni sorang-sorang. Allah maha mendengar rintihan aku.. Alhamdullillah...
Baru leh senyum balik... hehehehe....
assam pedas
Monday, November 23, 2009
FULL FILL
23hb November 2009
Start today, aku & my freind sorang ni planning nak gi makan.. makan.. makan... setiap malam. Kira macam jalan-jalan cari makan la. Tak le yang heavy sepanjang masa. Ikut perut la.. Saja sebab masing-masing tension ngan keje yang menimbun setiap hari. Lunch memang tak ambik so dinner la time nak makan and tenang-tenangkan pikiran before balik umah beradu.. Tapi dalam menjalankan aktiviti ni, ada syarat yang dikenakan... Ahli-ahli yang terlibat kena pikir sendiri apa nak makan and di mana nak makan if sampai turn dia.. Yang mengikut kena terima je kedai mana yang dibawa... Hahaha..
Donut Big Apple