Monday, November 28, 2011

SALAM MAAL HIJRAH

27HB NOVEMBER 2011 - 1 MUHARRAM


Moga musim tengkujuh ini berlalu dengan seribu satu kenangan dan membawa musim baru bersama sinar dalam hidup ku..

Hijrah Ayang.. Hijrah menjadi lebih baik dari masa lalu...


ALLAH KAN ADA....

26HB NOVEMBER 2011 - SABTU



aku tetap TERTAWA walau aku sbenarnya ingin MENANGIS..
aku tetap TERSENYUM walau aku sebenarnya KECEWA..
aku tetap KUAT walau aku sebenarnya SUDAH TIDAK SANGGUP lagi..
aku tetap SEMANGAT walau aku TERTEKAN oleh masalah..
dan yang terpenting aku tetap SABAR dan memandang segalanya baik saja
walau sebenarnya hatiku LEMAH dan sedang TERLUKA..

sebab apa ? sebab aku selalu ingatkan diri aku "ALLAH KAN ADA" :') senyum ikhlas kembali...

Sunday, November 6, 2011

MARILAH MENDIRIKAN SOLAT....

7HB NOVEMBER 2011 - ISNIN


MARILAH MENDIRIKAN SOLAT... MARILAH MENUJU KEJAYAAN....

Lentur buluh biarlah dari rebungnya.. Emm.. senonim pepatah ni dalam masyarakat melayu ni. Nak bentuk bebudak ni biarlah dari kecik, kang dah besar memang payah nak bentuk dah..


Merah & Idad
Orang Belum Mula Sembahyang Maghrib Pun
Tapi Both of Them Dah Siap Terawih, Witir Etc.


N3 kali ni saja nak cerita tentang aktiviti keluarga Ayg sejak 2 tahun lepas dan every year cuba memperbaiki apa-apa kelemahan dalam aktiviti yang lepas. Aktivitinya adalah solat berjemaah bila kami berkumpul ramai-ramai. Biasanya dijalankan pada 2 hari terakhir ramadhan.


Jemaah Paling Kecil


Selepas berbuka puasa, kami semua akan berjemaah solat maghrib, isyak & terawih serta bertakbir di malam raya. Budak 2 orang di dalam gambar di atas tu (Si Merah & Si Widad), orang bentang je sejadah, dia orang le yang sembahyang dulu. All in 1 - maghrib, isyak, terawih, and segala sunat-sunat full swing. Yang tua-tua ambil air sembahyan pun tak sudah lagi. Dia orang berdua habis sembahyang dah.. hehehehe...



Di imamkan oleh My Bil - Ismail Al Melori


Imam kebiasaannya bergilir between adik bongsu aku Iman Firdaus Al Bujangni dan my bil, Imam Ismail Al Melori.. Jenuh gak le nak adjust sebab space jadi limited bila kiblat kat umah ni senget cikit.



Sujud Pada Yang SATU..


Masa 1st dijalankan aktiviti ni, mak dan abah happy sesangat. Idea spontan masa berbuka je. Mak abah rasa "sejuk" sangat bila sembahyang berimamkan anak menantu sendiri.





Semoga Dimakbulkan Segala Permintaan Kami


Tahun ni, aktiviti dipanjangkan sikit. Ada taskirah sikit after perform solah. Taskirah bertajuk "Bersediakah Anda" oleh my bil - Imam Ishak Haron Al Penangmari. Best sangat. Full dengan pesanan yang boleh menyedarkan sesapa saja yang lena diulit mimpi.


Kusyuk Mendengar..


My bil ni memang amat-amat berminat menbaca buku-buku ilmiah ni. Sebulan tak tau le berapa buku dia beli. Habis beli habis beli. Ayg lak keje, pinjam pinjam pinjam... muahahaha..


Ustaz Ishak Al Penangmari


Yang paling best semua memberi kerjasama yang teramat. Tak kira tua, muda, dewasa or kanak-kanak.. Acara ni akan menjadi acara tahunan kami sekeluarga.



Merapatkan Lagi Silatulrahim


Aktiviti gini bertujuan menamahkan lagi keakraban tali silatulrahim sesama ahli keluarga, mendidik anak-anak kecil secara tidak langsung tentang pentingnya solat berjemaah dan pengetahuan tentang ilmu agama dan sebagainya.

Semoga keluarga kami terus mendapat keberkatan.. Aminnnnnnn...

STEAMBOAT KAK TEH

6HB NOVEMBER 2011 - AHAD


Errrrrrrrrrkkkkk.... !!!!!! Alhamdullilah kekenyangan.. Puas ati betul makan masakan kak teh aka kak biah.. My sis ni memang bab-bab masak ni sentuhan dia menyengat. Pasti puas hati.. My father memang suka sangat masakan my sis ni. Pepagi raya cam hari ni, lotong dia memang dinanti-nantikan. Menu wajib.




Tapi malam ni menu kami lain cikit. Steam boat. My mom memang berhajat sesangat nak buat steam boat jugak malam ni. Sepagi dah dok sebut-sebut. Sepanjang hari. Finally petang tadi akak-akak Ayg yang ditugaskan gi beli all the bahan gi le shopping but we decide beli yang simple je. No C Food. Puas dah makan bende-bende gitu.




Memasak dan makan-makan dilakukan dibahagian depan umah. Saja nak ubah selera sikit. Masak kat luar, makan kat ruang tamu sambil tengok slide show, tanyangan video etc. Masa ni best je tengok anak-anak buah bermesra ngan sepupu-sepapat mereka, mak/pak sedara dan sewaktu ngannya. Meriah ngan hilai tawa dia orang ni.







Bila siap je, tak menang tangan nak serve. Almaklumlah berkemuit anak-anak. Bestnya semua excited nak makan. Siap bertambah-tambah lagi. Tambah sebab apa? Sebab sedaapppppppp...!!!!! Idad siap angkat mangkuk lagi minum sup tu. (Along jangan jelez eeh... ;-).







Clean & clear all the bahan. Siap kena tambah-tambah lagi. Healty food la sikit compare dok makan rendang le, lotong le, kuah kacang etc yang berminyak bagai tu kan. sesekali makan rebus-rebus gini time-time raya ni memang best.







Pas semua kekenyangan, cam biasa paksu bukak panggung.. Mula-mula slide show progress umah Pokok Assam, pas tu kisah-kisah pelik dalam dunia, and last sekali citer KL Ganster. Sold out ticket. Semalam citer Libas.






Dalam umah Ayg ni ada 3 orang nak ambil SPM, sorang dah dengan rela hati minta nak balik Ipoh, nak study. So, si abahnya berkorban le bawa anak balik. Sini tak de ruang yang sesuai untuk dia tumpu perhatian. Yang 2 lagi, baca gak la dengan cara sendiri. Yang pasti mak-maknya kecut perut gak dengan keadaan anak masing-masing.. hehehehe..




Tapi ada sorang lagi memang ulat buku dari dulu lagi. Everyday study macam nak masuk exam je. Start jam 5am, bangun, sembahyang, terus study. Rasanya if masuk U, pasti dapat sijil dekan every semester. Yang bestnya tengah gamat kat umah ni dengan pelbagai aktiviti, insan istimewa dalam hidup Ayg ni masih fokus pada bacaan dan tidak akan sekali-kali mensia-siakan waktu begitu je. Tak caya.. ce tengok gambar ni..




My father ni if masuk Univeristi Al Azhar. Result sure Mumtaz memanjang. Buku-buku agama yang menceritakan kisah nabi dan sebagainya yang related tu agama islam menjadi pilihan. Level tinggi & dalam tulisan jawi. If Along Musfirah anak buah Ayg tu follow cara tok wan dia belajar, pasti "Mumtaz" gak le.. Kan Along kan..





Menu untuk esok lak, BBQ. kambing dan daging bakar. Cam biasa dilakkan. Semua ni dah pun dibeli di giant tadi. Tak leh lambat-lambat sebab esok petang kul 4pm kak chah dah nak balik ke KL naik train.

N3 ni fresh dari oven semata-mata untuk menjelezzzzzzzzzzkan budak Egypt sorang tu. Pada Along layan gambar je lah eeh... ;-)

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA

6HB NOVEMBER 2011 - AHAD






Salam aidiladha buat semua umat-umat islam yang sudi singgah membaca blog Ayg ni dan tidak lupa juga buat semua umat-umat islam di seluruh Malaysia dan di mana jua kalian berada. Dikesempatan ini Ayg ingin memohon kemaafan andai ada kesalahan yang dilakukan.

Tahniah juga kepada semua umat-umat islam yang terpilih menjadi tetamu Allah tahun ni. Selamat berwukuf dan moga dapat menyempurnakan rukun-rukun haji sesempurna mungkin dan pulang dengan haji mabrur.

Tiap kali ketibaan 9 Zulhijjah akan mengingatkan Ayg saat-saat indah berada di sana. Masih terbayang-bayang berwukuf, melontar, tawaf, saie dan bertahlul.. kenangan terindah yang tidak mungkin dilupakan... :-)

MY 1ST BISKUT RAYA

30HB OKTOBER 2011 - AHAD


Ni citer bulan posa hari tu tapi baru berkesempatan nak masukkan. Memandangkan dekat-dekat nak raya haji ni, kira related la gak.

Sejarahnya gini. Tiap-tiap tahun memang kita orang kat KL ni ditugaskan buat kuih raya untuk bawa balik kampung. Yang pakar membuatnya my eldest sis Along Intan aka Kak Tan. Ayg ni takat tolong bakar, terap, sapu telur ke dan yang sewaktu dengannya.


Biskut Nestum - Full with nestum..


Memandangkan tahun ni tiap-tiap minggu Ayg berulang ke Taiping, maka weekend memang tak de le masa nak membuat apa-apa kuih. Tetiba datang idea nak buat 2-3 jenis simple cookies cam my lovely housemate selalu buat.

Apa lagi roger Si Nor my housemate & my sis untuk tolong beli a few things. Dalam minggu terakhir ramadhan tu, Ayg pun buat le biskut nestum & coklat chip mengikut resepi dan pengawasan serta tunjuk ajar dari Nor. Kena gitulah kan.. almaklumlah orang tak pernah buat sendiri.


Biskut Coklat Chip
- Laris sebab penuh ngan badam & chip


Selepas siap je bancuh 1st biskut.. biskut nestum.. Ayg dengan penuh semangat nak bancuh 1 lagi walaupun Nor dah menasihatkan untuk siapkan dulu biskut pertama tu. Takut tak terbuat. Calculate punya calculate rasa memang dah tak de masa lain, nak tak nak kena gak buat malam ni dan perlu dibancuh segera sebab sifu tido awal kebiasaannya. Sian lak kat Nor kang kena tido lambat nak tunggu Ayg.


Jam 3 pagi baru siap kedua-dua cookies dan siap kemas semua back to normal. Memang penat sesangat. Orang lain tak tido buat amal ibadat, Ayg tak tido buat kuih.. muahahaha.. Teruk sungguh kan.. Tapi sambil-sambil buat tu mulut zikir la gak.. Nak gak pahala. Pas tu, ingat nak lelap jap je nak bangun sembahyang tahajud bagai.. Tapi.. letak-letak kepala.. hanyut tak sedau sampai ke pagi.. Sedih gak.. malam 23 tu. :-(



Biskut Makmur - Yang membakar tangan tuan


Selang sehari lepas tu, Ayg teruskan dengan resepi terakhir. Biskut makmur. Memang simple & senang sesangat buat kuih ni rupanya. Ingat ke renyah sangat. Tapi sebabkan tak pernah buat. Ada le kenangan terindah. Melecur tangan pegang kuih tu. Konon nak tengok dia masak ke tidak kat bawah, rupanya kuih ni tak leh pegang panas. Minyak sapi kan. Tapi good experince.


Kat atas ni gambar kuih Loyang aka Goyang aka Rose. Lama betul mak tak buat kuih ni sebab acuan kesayangan hilang - dipinjam jiran dan tidak dipulangkan. Rasanya setakat ni hanya kuih Loyang mak memenuhi citarasa Ayg. Abah un suka sangat kuih ni. Atas permintaan ku, mak bancuh jugak walaupun tahu acuan yang ada tu melekat. Acuan yang mak pinjam pada jiran pun tak berapa ok. So, rupa paras dia tak le cun sangat.



Kuih Loyang - Kegemaran Ku


Seksa rupanya nak buat kuih ni. Menguji kesabaran sungguh. Ayg buat ni just untuk makan-makan je. Buat masa balik tiap minggu tu. Dah le gitu rushing nak balik KL lagi. Tapi puas hati le gak dapat siapkan walaupun rupa paras tak yah cakap le. Macam-macam ada...

Konklusi dari cerita di atas, biskut-biskut yang Ayg buat ni nampaknya digemari oleh anak-anak buah. Bila tengok bebudak tu suka makan, bersemangat nak buat lagi. InsyaAllah akan ku cuba resepi-resepi lain lak nanti... :-)

TAHUN RAJIN BUAT BISKUT-BISKUT

29HB OKTOBER 2010 - (SABTU)


Tahun ni entah di tiup angin dari mana entah, Ayg terasa macam berminat ke arah nak buat biskut-biskut ala-ala raya je. Emm.. se ingat Ayg setelah membaca blog kak Ita baru-baru ni, semangat Ayg nak mencuba dan nak buat sendiri membuak-buak. Teruja betul dengan gambar-gambar dalam blog Kak Ita.

So, without any activity this weekend, Ayg dah planning nak cuba buat gak 2 jenis biskut & 1 jenis dessert untuk test market.. hehehehe.. Rupa paras cookies ni (dari gambar yang memang cun dari blog Kak Ita), resepi yang mudah & ala-ala sedap je gayanya, Ayg pun mencuba la. Ayg pun order la a few bahan-bahan yang tidak berapa nak jumpa dalam "kedai" kat umah ni. Anak buah Ayang ditugaskan gi bel bahan-bahan tu.

Petang around 4pm, Ayg start buat. Berdebar-debar gak takut tak jadi. Tapi bestnya buat kat sini sebab peralatan complete compare buat kat umah sewa aku raya ritu. Terkial-kial sebab semua kena buat manually. Tak de mesin.. :-(


Pendekkan citer... Ini le hasilnya.. hehehehe...




Biskut Black Oreo.. Sedap biskut ni.. Rasa coklat & pahit-pahit sikit. Ikut planning, Ayg nak boh dalam cup pink or hijau. Lagi berseri tapi stok cup pink tu tak jumpa cari, pakai le apa yang ada. Si Merah, Kak Chik Uzma, Boy suka sesangat biskut ni.. Clean & Clear petang tu jugak.




Around 6pm, tak de keje cari keje, teringat lak kat anak-anak buah yang lain.. Dia orang memang suka bebenor honey cornflake. Selalu mak long yang buat but kali ni Ayg buat with own resepi. Tension bebudak bila tengok ada kismis.




Dessert tak boleh buat sebab biskut yang diperluka untuk dimasukkan dalam resepi tu tak jumpa cari. So, kena le pospon resepi tu..

TAHAP MALAS BERBLOG...

29HB OKTOBER 2011 - SABTU


Banyak kali dah bukak blog nak update tapi entah le.. Cam tak de perasaan je. Habis-habis Ayg cuma baca blog-blog yang selalu Ayg follow je. Tu pun tak de nak komen. Ikut ati nak je tapi tak berkesempatan dan kekadang menaip macam nak rak komen tapi sangkut bila nak send.

Now, keje memang tengah tahap max dengan claim, tender etc. Balik pun bila ada tender ni, tangkap jam 1-4am. Esok keje macam biasa gak. Tapi kekadang bos baik ati, dapat 1/2 leave petangnya. kekadang tak leh cuti gak sebab ada tugasan lain kena diselesaikan segera.

A few week ago memang rasa really max. Rationalise rate & claim projek kat Maran betul-betul menguji tahap kesabaran. Repeating work sampai Ayg rasa nak termuntah. Ini le 1st time selama 13 tahun ni, Ayg buat claim kena tukar berkali-kali sebabkan pertukaran kehendak oleh pihak consultant & client. Rasanya dekat 10 rim dah paper habis. jap nak 7 copy pas tu tukar & BQ yang tak dituntut pun kena print gak. Jangan tak caya. Pelik tapi benar.. Projek ni le. hehehehe...

Tadi minah Egypt tu skype.. Dah merungut nape mak Ayg dia ni tak update blog. Dah banyak kali bukak tapi dok bende yang sama je. Emm... Jawapan dia " tak de mood le Long, banyak pada membaca buku-buku ilmiah unuk menambah ilmu didada dan masa tidak mengizinkan."

Hari ni, ku kuatkan semangat untuk update blog ni sikit demi mu Along walaupun sebenarnya berlambak-lambak citer yang nak dimasukkan. Minah ni gak le yang memesongkan tujuan asal Ayg buat blog ni, dari hanya ingin menceritakan aktiviti pengembaraan Ayg menjelajah bumi Allah ni kepada aktiviti kehidupan harian BIN ABDUL JABBAR. Just untuk bagi cucu kesayangan my mom ni dapat rasa dekat dengan we all walaupun jarak beribu batu... :-)