Tuesday, March 23, 2010

BUAT TENDER

23HB MAC 2010 -SELASA

Lately ni banyak sangat keje sampai rasa tak menang tangan. Naik tak tau mana nak buat dulu. Yang memberi instruction ramai (aku ni banyak bos) but yang nak buat sapa lagikan 2 tangan ni je la (dah dituju keje pada aku, nak buet cam na). Kalau ada 10 tangan, sepuluh sepuluh aku full swing guna.. hehehehe..

Siap semua keje aku kul 8pm. Ati rasa tak sedap je ari ni. Antara gi gym or membantu kekawan kat sini siapkan isi detail dalam dokumen tender. Atas rasa tanggungjawap aku batalkan niat untuk ke gym. Walaupun aku tak di suruh atau di ajak atau di jemput untuk membantu. Aku yang offer diri (kepoci sikit bab-bab ni.. hehehe..) sebabnya, bagi aku ianya sebahagian daripada tanggungjawap aku dan tender ni amat-amatlah penting untuk company.

Bila tengok ke progress berkait tender ni, dalam ati terus terlintas... "Emm.. pakai sampai ke pagi la jawapnya..." Boleh agak dah. Kalau masih ada yang tergamak balik umah ari ni, tak tahu la.. Pakai tak siap la esok pagi. PASTI...


Dan sesungguhnya memang sampai ke pagi tak siap sepenuhnya. Aku membantu apa yang aku tahu dan mampu buat. Aku dan Kak Fairos tak tido langsung semalaman dan buat non stop til kul 5.30am. Hanya kami berdua je yang stay til ke pagi. Mungkin rasa "bertanggungjawap" tu tinggi kot dalam diri kita orang ni...


Aku tak leh nak lelapkan mata waktu menunggu azan subuh (ada la setengah jam lagi nak azan). Bukan apa, perasaan tak "sedap" sesangat mengenangkan banyak lagi bende yang perlu diselesaikan depan mata aku ni. Takut tak sempat sampai ke lokasi sebelum kul 12pm je...

Nasib ada extra baju dalam beg gi gym. So aku pakai je baju tu with suar jean (tak balik umah punya langsung ari ni). Tudung mintak bantuan si Al bawak dari umah.....

Tuesday, March 16, 2010

TEATER SRI MERSING

16HB MAC 2010 - SELASA



Ni merupakan aktiviti kegemaran aku. Menonton teater. My freind ajak. Apa lagi. I follow. Free la katakan. Orang kata rezeki jangan di tolak.. Hehehe..


Teater kali ni bertajuk Sri Mersing yang dibarisi oleh pelakon-pelakon terkenal tanah air antaranya Datin Rosnani Jamil, Adi Putra, Elly Mazlein, A. Galak, Melisa Saila, Azizah Mahzan, Rusdi Ramli, Abu Bakar Juah, Dato' Mustapha Maarof dan banyak lagi.




Sri Mersing ni citer dia berkisarkan cinta tak kesampaian antara Sri dengan Damak (perantau). Keadaan yang memisahkan dia orang. Damak kembali ke tanah asal Pahang. Sri tetap setia sampai ke tua tidak berkawin sementara Damak telah mempunyai seorang anak bernama Merah yang singgah ke Mersing semata-mata ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dolu-dolu till bapa dia Damak melarang dia pergi ke Mersing. Maka, dari situ tahu lah ia segala jawapan yang menjadi persoalan selama ini... Cam tu la lebih kurang..


Bagi aku best sangat teater ni. Mungkin sebab jalan citer dia dan pementasan yang betul-betul dekat ngan penonton menjadikan citer dia menarik. Dah la tempat duduk kita orang kat depan. Memang clean & clear dapat tengok pelakon-pelakon tu. Tak sampai 3 meter pun jarak ngan stage.



Semua pelakon berjaya membawa watak masing-masing dengan baik. Cam si Adi Putra (Damak) fuhh.. sesuai sesangat. Macho mamat ni. Tinggi lampai and badan bersasa lagi. Ada gaya la jadi hero dolu-dolu yang pandai silat gitu. Suara pun cam macho je masa bercakap tu especially masa mengungkap pantun famous ni...



"Kajang Pak Malau Kajang Berlipat, Kajang Hamba Mengkuang Layu..."


Elly Mazlein (Sri - waktu muda) lak memang tak dinafikan comel sesangat. Beria-ia dia nagis bila Si Damak nak balik ke Pahang. Setia betul dia. Till tua tak kawin. Emm.. lagu-lagu yang dinyanyikan pun sedap di dengar. Merdu je suara dia.


Datin Rosnani Jamil (Sri - waktu tua), bagi aku sesuai la sebabnya Datin Rosnani ni cantik sesangat. So, Sri muda cun and maintain sampai tua la kan.. Ni la first time aku tengok dia live.


Cara pengarahkan 2 in 1, watak tua and muda jalan serentak atau seiringan pun menarik bagi aku. Cuma bagi budak or sesapa yang lambat pick up sikit, may be akan konpius la ngan jalan citer gaya gini.

Conclusion nya... Kira berbaloi la bayau kepada sesapa yang gi menonton. Cam aku ni ... free, lagi la berbaloi-baloi... Hahahaha....


Selain daripada tu, kenangan yang tak akan aku lupakan berjumpa En Zawawi (ayahanda) semasa di Istana Budaya. Dulu masa menonton Teater Gamat, Zawawi (Kelantan) yang nampak... Ingat jumpa dia lagi. Rupanya Zawawi lain lak.. Next time Zawawi mana lak eek...?????

Sunday, March 7, 2010

BULU MATA GUGUR.

8HB MAC 2010 - ISNIN


Tak tau nape tetiba aku terfikir nak type N3 ni. Saja suka-suka. Mana nak tau ada sesapa yang baca blog aku i leh bagi komen cikit. Komen suka-suka je.

Kata orang tua-tua, if bulu mata kita gugur tanda ada orang rindu kat kita. Ada gak yang kata if simpan 3 helai bulu mata yang gugur tu, letak bawah bantal, maka akan mimpi lah kita pada insan yang merindui kita tu dan ada jugak yang kata ambik bulu mata yang gugur tu letak atas kepala, nanti rambut cepat panjang. Macam-macamlah kan.. Tapi betul ke eek?

Aku tak pernah buat pun bab-bab boh bawah bantal tu tapi bab letak atas rambut tu ada la gak buat masa zaman sekolah dolu-dolu.. hehehe.. nak rambut cepat panjang kononnya. Tapi kekadang, tua-tua ni terbuat gak... hahahaha... Tapi mana nak tau cepat panjang ke tidak, cuma bende dah terset dalam kepala cam tu, jadi cam automatik je nak letak atas kepala.

Semalam bulu mata aku dekat 3-4 helai la gugur. Tertiba terfikir lak, if tiap-tiap ari cam ni, mau licin bulu mata ni and at the same time terpikir gak kekuasaan Illahi.. Walaupun tak banyak mana pun jumlah bulu mata kita, gugur lak tu.. Tapi tak licin-licinkan.. Cam na eek if mata without bulu mata???? Mesti burukkan.. Besar sungguh kuasa ILLAHI...

Macam-macamkan orang dolu-dolu.. Ada-ada aje...

AKU LEMAH SEBENARNYA. WHY?

7HB MAC 2010 - AHAD



Pas breakfast cam biasa bertolak ke Subang Parade. Aktiviti biasa. Ari ni Cik Lijah start dulu 9am til 10am and my turn 10am to 11am.


Aku pun warming up sambil lari atas treadmill selama 35min. Berjaya membakar 205kalori dalam tempoh tersebut. Pencapaian baru sepanjang 2 minggu ni. Aku buat sit up, kayuh basikal sambil tunggu turn aku bersama trainner.


Ari ni pertama kali aku trainning with May (trainner Cik Lijah). Cam ni la setiap minggu. Selang seli. May and Vara.


Di sini la bermulanya saat menyedihkan. 1st equipment yang aku gunakan baru angkat 5 kali, lutut aku both side mengeletar. Memang ketara nampak. Aku pun naik panik gak. Dalam kepala terus kuar solan WHY?


Pumping, memang tak leh langsung. Bontut tak mau turun. Dah turun tak mau naik lak. Trainner tu pun suruh aku buat cara lain cikit, 20 kali. Emm.. 10 kali aku dah tak boleh dah. Lagi sekali WHY?


Sit up, with Vara aku leh buat sampai 40-45kali, tapi ari ni 20 kali pun aku rasa macam nak mati. Badan rasa tak bermaya sesangat. Sekali lagi WHY?


Angkat pemberat dan turun naik, turun naik guna bola besau, 20 kali pun terketar-ketar. Sampai si May kena tolong. Sekali lagi WHY?


Last-last sekali si May stop awal 10 min sebab aku memang tak bermaya langsung. Dia kata kaki dan tangan aku terlalu lemah. Lemah sesangat. Lemah dari Cik Lijah. If tengokkan aku, tak sangka aku selemah tu.. Sedihnyeeeeeeeeeeeeee...


Sepanjang waktu tu la aku dok berfikir WHY? WHY? WHY?. Adakah sebab semua tulang-tulang aku tak kuat sebab susu memang tak pernah masuk dalam badan aku dah hampir 30 tahun or aku ni memang lembik orangnya or aku ni ada masalah tak cukup tenaga ke or aku dah terlebih guna tenaga yang ada masa menunggu selama 1 jam tu or macam-macam lagi yang aku pikirkan..... Aku sendiri pun dah tak larat nak pikir dan tak tau jawapannya...


Walaupun berat aku turun sebanyak kurang lebih 1.5kg untuk tempoh 2 minggu ni tapi ia tidak memberikan apa-apa kegumbiraan pada aku.. Aku tetap memikirkan tentang kelemahan otot yang aku hadapi pada seluruh anggota badan aku ni.... WHY?


Tetiba terbayang lak, cam na agaknya peserta-peserta The Biggest Losser tu eek. Excersice 12jam sehari. Aku 2 jam pun dah separuh nyawa.....


Aku tak pernah terfikir yang aku selemah ini...... :-(

LUNYAI DI BELASAH SI VARA

6HB MAC 2010 - SABTU



Jalan jam pulak tengahari ni. Aku rushing nak balik coz ada training kul 4.00pm. Singgah kedai dengan niat nak beli buah betik, tak de la pulak yang masak. Gantikan dengan tembikai.


Sesampai je terus makan buah tembikai tadi sepotong, sembanyang and bertolak ke gym. Cik Tijah dah tunggu kat bawah. Bertolak jam 2.45pm menuju ke Subang Parade.


Memandangkan jalan yang agak jam, maka sampai lagi 15 min nak kul 4.00pm. Aku tak sempat la nak warming up sangat. Sharp kul 4pm aku dah memulakan training aku dengan Cik Vara kita.


Memulakan training dengan bersemangat. Semua aktiviti untuk kuatkan kaki aku (lower body). Cam biasa la tiap equipment kena buat 45 kali tarikan dengan 2 stop. Terketar-ketar aku. Sakit giler. Aku tetap cuba bertahan. Jam ni ok lagi la rasanya.


Emm.. pas tu masuk bab tangan lak. Ni untuk kuatkan semua otat-otak bahagian atas badan lak. 2 equipment di gunakan secara berselang seli. Masa ni dah mula down cikit. Penat giler rasa. Lengguh semacam je jadinya.


Masuk equipment ke 3. Nampak simple je bendenya. Untuk otot lenggan. Bila aku buat je, baru tau dunia ni tinggi rendah. Set ke 3 aku dah tak leh bertahan. Fuhh sakit giler. Macam nak mati tarik bende tu. Nampak simple je tapi tanggap (bahagian lengan) jadi lengguh macam nak rak. Habis je, rasa lega giler.


Next, sit up untuk perut. Stamina dah tak de sangat. Aku kena buat cam biasa 3 set (15 kali bangun duduk bagi setiap satu set). Masuk set ke 3 baru 10kali aku dah tak naik-naik. Si Vara trainner aku ni dok suruh aku try gak. Perut aku sakit gegiler punya. Almaklumlah, lemak semua terkepit. Aku tetap tak leh gak. Cuba macam mana pun tak naik langung. Energy aku rasanya tinggal 5% je lagi sebelum aku betul-betul collapse.


Memandangkan aku tak boleh bangun, so my trainner buat exercise untuk kuatkan tulang belakang. Aku dibaringkan atas bola besau. Dia kepik kaki aku dengan paha dia. Pas tu aku kena bangun. 3 set gak. Masuk set ke dua... toing toing toing... batery kong.. 100%.. Aku tak bermaya langsung..


Jam baru 4.40pm. Aku dah kena stop. Si Vara ni leh cakap " Habis la akak, kaki sudah koyak, tangan sudah koyak, now semua koyak.. Semua tak kuat langsung.." Emm.. Aku betul-betul tak bertenaga ari ni. Tak tau napa. Last sekali dia suruh aku lari atas treadmill selama 30min non stop. Mula-mula rasa cam tak mampu je tapi aku gagahkan jugak. Boleh lak. Emm... pelik stamina nak lari ok tapi bila masuk part nak kuatkan segala otot yang ada memang out.


Petang ni aku betul-betul rasa lunyai satu badan dikerjakan dik si Vara ni. Tapi after rehat 30min. Ok sikit. Bila masuk steam room and sauna.. Fuhh.. lagi best.. Rasa lega satu badan.. Siap boleh nak tertido tu.


Cik Lijah pun sama gak. Lunyai dikerjakan dik si Vara ni. Tambah-tambah ari ni 1st day trainning dengan trainner aku ni. Emm.. sampai nak balik pas maghrib la. Punya tak larat.

Thursday, March 4, 2010

TAK KU SANGKA

5HB MAC 2010 - JUMAAT


Sambil makan, tetiba rasa nak buka blog aku pulak. Tengok ada new comment untuk N3 "PUTU MAYAM TERMAHAL".. Bila di baca je terkejut badak aku. Tak tau macam mana nak express perasaan masa tu.

Happy, terharu, terkejut dan macam-macam ada la. Tak tersangka yang Mrs Taz @ Kak Zia baca blog aku yang tah apa-apa ni. Aku pengikut setia blog dia. Cuma aku ni tak pandai sangat bab-bab IT ni. So setakat baca je la sebelum ni. Baru semalam aku berani nak masuk sebagai follower Kak Zia (baru belajau register yang betulnya.. hehehehe..) and baru berani-beranikan diri komen kat N3 dia.

Actually aku tak pernah jumpa atau kenal pun Kak Zia ni. Tapi perasaan ni macam dah kenal sesangat lak. Almaklumlah sifu aku, Kak Fairos ni kawan baik kak Zia. So banyak la story tentang Kak Zia yang aku dengar dari Kak Fairos. Aku mengenali blog Kak Zia pun melalui Kak Fairos. Bermula dari itu la aku start follow blog Kak Zia til now.

Banyak yang aku belajar dan kenali dalam blog Kak Zia ni. Aku akan terus membaca.. sebabnya, tu je cara aku update diri ni tenteng perkembangan semasa yang mungkin and tak terpikir pun yang aku akan melaluinya.. So, tumpang baca and tumpang gumbira on behalf pun ok la kan... hehehehe..

Dengan membaca blog Kak Zia, maka timbul la minat untuk mempunyai blog sendiri dan atas bantuan my sifu tu, maka terciptalah blog ku ini. Naik ketagih gak menulis blog ni tapi cuma masa je yang membataskan aku untuk sentiasa mengupdatekan blog ku ni...

To Kak Zia :

"Thank you so muccccccccccccchhhhhhhh... I luv u... Hehehehehe...
"


To Kak Fairos :

"Thank you so much kenalkan Ayang ngan Kak Zia di alam maya ni... I luv u.. Muaah..Muaah...!!"


Masalah paling besau sekarang, Ayang dah kena kenan Kak Zia and Kak Fairos.. Cikit-cikit angkat gambau.. cikit-cikit angkat gambau... Masalah... Masalah....

Wednesday, March 3, 2010

PUTU MAYAM TERMAHAL

3HB MAC 2010 - RABU


Aku mencipta sejarah untuk diri sendiri petang ni. Sejarah tercipta secara tak sengaja and hasil kecuaian diri ini.

Aku balik awal dari opis petang ni. Keje tak banyak sangat dan gigi geraham dah start sakit dari pagi tadi lagi. Dari opis aku terus ke rumah Cik Bedah. Dengan niat nak bermalam di sana and senang nak bersenam sama-sama nanti.

Masa aku sampai kat guard umah dia, tetiba nampak la mamat jual putu mayam. Jam jam tu gak aku teringat kat Cik Bedah yang memang nak sangat makan putu mayam. Di sini la bermulanya sejarah tersebut....

Dari dalam kete je aku bagi syarat aku nak beli RM2.00 dan menunjuk arah tempat yang akan aku tunggu. Dalam masa yang sama aku pun register pada pak guard di pondok pengawal tu.. Tetiba budak putu mayam tu datang hantar, aku dalam keadaan tergesa-gesa kuarkan duit untuk membayar sebanyak RM2.00.. Dalam masa yang sama guard datang bagi pas...

Aku pun terus menuju ke parking visitor. Tapi dalam hati rasa tak sedap je. Bila aku check balik purse... Sah aku tersilap bagi duit. Tak ku sangka yang duit yang aku bagi pada budak tu adalah duit RM 50 (sekeping) dan RM 1.00 (sekeping).

Biasa la kan.. Dah agak dah.. Bila aku gi tanya dia balik, budak tu tak mengaku. Tapi wajah dia pucat semacam. Dia tak pandang pun muka aku.. Hanya Allah je tahu kebenarannya...

Dalam ati rasa sedih sesangat. Banyak tu RM50... Leh buat duit minyak kete seminggu tu.. Tapi nak buat macam manakan.. Kecuaian sendiri. Aku kena reda....

Kesimpulannya di sini, aku telah membelanjakan RM51 untuk 4 keping putu mayam. Maka jadinya 1 keping bernilai RM12.75. Makcik bedah kata "silap tak tangkap gambau, leh masuk blog..."

Kepada kekawan semua, ambillah citer ku ini sebagai ikhtibar. Check dulu duit tu sebelum bagi kat sesapa...

PONING-PONING....

2HB MAC 2010 - SELASA


Ini kali pertama aku dealing dengan mamat sorang (PSP) (nama dia biar lah aku je yang tahu). Dia minta aku tolong dia dalam mengira quantity bahan yang perlu di order untuk projek dia tu.

Yang aku paling tak boleh tahan, aku ni hanya buat summary je. Calculation semua dari dia. Banyak la dia punya sogeh kata aku buat mistake itu ini. Sedangkan semua dari dia.

Jap tukar ni, Jap tukar tu.. Jap kata ini, jap kata itu.. Tension betul. Paling aku tak suka, bila mistake sendiri tapi nak salahkan orang. Bila dia tanya pada bebudak yang biasa dealing ngan dia, dia orang kata memang cam tu la dia.. Semua orang buat tak betul. Tapi last last ngaku gak salah sendiri. Aku gak yang banyak jumpa mistake yang dia buat.

Payah eek keje ngan orang cam ni. Cam tak de pendirian. Last-last guna gak format dan cara aku. Walaupun aku tak berkenan bab suka nak kata orang salah tu, bab lain banyak baiknya mamat ni. Leh melawak, akan jawap bila kita tanya dan macam-macam lagi la. Sesungguhnya dia baik orangnya..

Semua orang ada pro & kontra dia. Mungkin aku tak biasa kena cam tu sebelum ni, jadi aku rasa agak janggal sikit. So far orang yang aku dealing semua very profesional (bos-bos atas aku la)dalam membuat keputusan.