Wednesday, November 25, 2009

dapat cuti

25hb November 2009



Hari ni bos aku janji nak bagi aku isi dokumen tender seawal pagi. Perjanjian ngan dia, if aku nak cuti 26hb until 30hb November tu, aku perlu isi 2 buku tender tu until siap. Pas tu baru leh cuti. Peliknya.. orang lain tak yah pun syarat-syarat. Leh je cuti. Aku setuju je dalam ketepaksaan.. janji aku leh cuti.. Raya beb.. Tak kan tak mau balik kan..
Tunggu punya tunggu until petang, satu apa pun aku tak dapat lagi. Bos aku ada tapi dia buat biasa je.. Aku mula la rasa semacam je. Lupa ke pakcik ni. Kita ni ati dah mengelodak nak balik kampung. Last last dah tak boleh tahan, aku gi je tanya. Ngan selamba je dia jawap "emm... belum boleh bagi la Ayang. I belum siap. May be esok, if u tak siap isi, saturday u datang kerje balik. Boleh ka?"
Pungggggggggggg.... Rasa tetiba macam kena tembak and nak nagis je... Tak boleh cuti esok. Tensionnyeeeeeeeeeeeee... Huahhhh.... Meraung pun tak guna looooooooo.... Aku tak leh terima hakikat kena balik dari kampung petang raya untuk berkerja pada hari Sabtu. Makkkkkkkk... tolong laaaaaaaaaaaaaaaaaaa...............


Tengah-tengah dok tension maut tu tetiba aku dapat intercom dari Kak Ina, ada berita gumbira katanya.. My bos just inform tender closing date pospon to 15hb Disember 2009. So, sesapa nak cuti dipersilakan... Yahooooooooo Ya bedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

Aku on the spot lompat dari kerusi. Happy yang tak tau nak cakap. Sebelum ni aku dok pikir macam-macam dah.. Tak terbayang petang raya nak balik KL ni sorang-sorang. Allah maha mendengar rintihan aku.. Alhamdullillah...

Baru leh senyum balik... hehehehe....

assam pedas

24hb November 2009


Hari ni rasa letih sesangat sampai tak tau nak cakap macam mana. Kerja punya la banyak and terkejar-kejar rasanya. Sekali pikir nak je ambik cuti tapi memang dah kena sound no cuti -cuti until closed account.
To night my turn untuk tentukan tempat nak makan-makan. Memandangkan memang lapau sesangat, kata putus untuk makan yang heavy di ambil. Menu Nasi and Assam Pedas Melaka. Aku biasa gi sini ngan adik bongsu aku dulu sekali. Dia la yang bawa. So, call Akmar nak tanya jalan sebab umah dia dekat sesangat dengan tempat ni.
Sampai je kat kawasan tu seperti yang Akmar maklumkan, tak jumpa jalan la pulak ke kedai tu.. May be aku cakap tu umum sangat org tak leh agak. Aku call Aus (adik aku) untuk tanya in detail. Atas bantuan "landmark" Aus tu, maka sampai la kami ke destinasi yang dituju..
Order assam pedas, udang goreng, telur dadar bersama set nasi. Makan.. makan.. makan... maka kenyang sesangat la pulak. Alhamdullillah rezeki dari Allah...

Monday, November 23, 2009

FULL FILL

23hb November 2009


Start today, aku & my freind sorang ni planning nak gi makan.. makan.. makan... setiap malam. Kira macam jalan-jalan cari makan la. Tak le yang heavy sepanjang masa. Ikut perut la.. Saja sebab masing-masing tension ngan keje yang menimbun setiap hari. Lunch memang tak ambik so dinner la time nak makan and tenang-tenangkan pikiran before balik umah beradu.. Tapi dalam menjalankan aktiviti ni, ada syarat yang dikenakan... Ahli-ahli yang terlibat kena pikir sendiri apa nak makan and di mana nak makan if sampai turn dia.. Yang mengikut kena terima je kedai mana yang dibawa... Hahaha..

So, 1st aktiviti, destinasi yang di tuju Jusco Keramat (turn my freind). I follow.. Memandangkan i ni dah lama bebenor nak makan Big Apple tak dapat, so dia decide beli Big Apple (6 biji) & makan Coney Hotdog A&W..
Royyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy... Finally aku dapat gak makan Big Apple... Emm... sedapppppp... Tapi i makan yang dipegang dalam gambar kat bawah tu je.. Yang lain-lain my freind bawa balik sebab dah kenyang sesangat...



Donut Big Apple

Set Coney Hotdog..
Hot dog dah selamat masuk perut baru teringat nak ambik gambau..

SHOPPING & BOWLING

22HB NOVEMBER 2009

Rancangan today, gi teman makcik Limah ni gi shopping langsir tingkap kat Nagoya. Selected - Nagoya Carrefour Wangsa Maju sebabnye outlet tu besar and makcik ni amat-amatlah familiar barang-barang kat situ. Seawal pagi dah memulakan operasi. Breakfast kat foodcourt sana je.


Setelah beberapa jam mencari-cari kain langsir yang dikehendaki, maka akhirnya bertemulah ngan yang berkenan di hati (lupa la nak snap gambau, sibuk memilih sangat). Dalam makcik ni dok berbincang tentang ukuran, design dan sebagainya (siap tempah jahit kat situ gak), aku pun merayau2 le kat bahagian kain ela tu. Belek punya belek, bertemu ngan yang berkenan di hati la pulak. Kain ciffon. Tangkap 1 jam lebih gak le aku dok pikir pelapik dia. Bukan apa takut silap kaler je. Aku bukannye pernah beli baju sendiri. Semua orang urusan.

Makcik Limah ni tak tahan godaan. Akhirnya dia pun beli satu gak (lupa nak ambik photo). Sama je kain ciffon cuma corak lain. Yang betulnya aku nyaris nak beli 2 pasang tapi bila tetiba je dapat tau apa yang dah dibeli tu mahal sesangat compare kat tempat lain, terus batalkan niat. Nasib tak potong lagi. Yang sepasang tu dah tak leh buat apa dah. Dah pun dipotong. Mau tak mau, kena le ambik gak.

Ni la kain yang aku beli

Habis je settle semua kerja-kerja shopping, baru terasa lapar (makcik Limah je yang lapau, aku kenyang lagi). Dalam dok jalan-jalan cari tempat makan, aku nampak la pulak kasut yang agak terberkenan di hati. Tapi tak dak yang baru la pulak. Tinggal display item je. Tapak dia "cacat" la sikit. Mintak kurang Rm2.00, tak bagi. Terus cancel, tak jadi ambik. Aksen sikit budak tu.. Bukan sebab RM2.oo tu.. yang tak jadi..

Makcik Limah makan Laksa Shake (assam laksa). Aku makan ais krim McD je sebab pagi tadi dah makan heavy (Ginger Beef Kueh Teow dalam kuali kecik lagi). Tapi betul la bak kata Makcik Limah ni, buruk benor tengok orang makan dalam kuali.. Arwah tok aku dulu, tak bagi -pantang...


Senyum simpul makan laksa


Dalam kul 5.30pm tetiba dapat sms dari My dear freind ni, dia ajak gi tengok umah dia kat Ampang lak.. Emm.. dia nak suruh aku dok sana, jaga umah dia. Aku sampai satu peringkat rasa nak menangis pun ada. Dia terlalu baik pada aku. Punya nak tolong aku macam-macam cara dia buat. "Ngko terlalu baik... Baik.. Baik sesangat.. Aku banyak terhutang budi ngan ngko sis.. Aku tak tau macam mana nak balas and nak ucap dah.." (sori nama tak leh tulis takut my dear freind tu tak happy)... Umah tu cantik sangat. Aku suka design dalam umah tu. Sayang terbiar tak berpenghuni. Nak tau dak, my dear freind ni sanggup nak renovate umah tu semata-mata nak bagi aku dok situ. Cuba banyangkan... Sampai cam tu dia sanggup buat. Cuma aku masih belum bagi jawapan walaupun dah banyak kali ditanya. Sekali pikir memang aku nak dok umah tu tapi sekali pikir, mampu ke aku jaga sebaik mungkin???? Banyak yang perlu aku fikirkan sis.. Jawapannya kemudian yek.. Offer end bila eek...? Lupa lak nak tanya..hehehehe...


Hari ni full ngan aktiviti. Pas sembahyang maghrib, aku siap-siap nak gi main bowling with my brother in law & freinds kat Endah Prade, Sri Petaling. Kita orang buat dua group. Aku vs Kak Chah (my sister) and group satu lagi 3 orang (abg mus -my bil, Teot & Zul). Best betul.. Aku main 2 game je but group lelaki main 4 game. Cuma leceh sikit kat sini, bola dia lubang jari besau sangat, susah nak pegang bola. Asyik nak terlucut je bola. Apa-apa pun my first ball, masuk longkang... Hahaha.. Aku main baling je. Tapi kira oklah kan ... aku dapat tempat ke 3 secara keseluruhannya. Tu cara aku main-main je tu. Kalau betul-betul...., tak mustahil juara... Kuang Kuang Kuang... Juara keseluruhan jatuh ke tangan En Mustafa (my bil) dan di ikuti oleh Teot. Kita jumpa next games.. I pasti juara... Tunggggggggggggggguuuuuuuuu..... tapi katogori bola paling banyak masuk longkang la.... Hihaaaaaaaaaa...

Gaya Sang Juara & Naik Juara



Gaya Maintain... Bola Masuk Longkang tu.. InsyaAllah... tak mustahil Hehehe..

Bakal Juara Next Games

Habis games, kita orang gi minum and makan di kedai berhampiran masjid tabliq Sri Petaling. Sian kat "pompom girl" yang ikut tu, semua lapau habis dah. Tak makan apa-apa lagi. Now dah dekat kul 11pm. Dalam sembang-sembang tu, my sis "sound" baiknya. Clean & Clear la boleh dikatakan.. Lawak betul.. Tak terjawap dah nampak gayanya... Kuang kuang kuang... Jawap jangan tak jawap bro... Hahahaha....

Sembang punya sembang.. Tetiba terperasaan anak buah aku yang sorang ni leh tertido kat kerusi tu.. Letih jadi pompom girl and kenyang kot.. tapi apa tidaknya, baru sedar jam dah kul 12.30am.. maka kami pun bersurai..

Acara makan-makan


My sis & My Bil - Loving Couple

Ngantuk sangat dah... siannnn...

BERIYANI GAM

21hb November 2009


Hari ni kira cam hari ini dalam sejarah la buat aku. 1st time makan berianai gam.. kat Bangi. Emm.. memang selalu aku jumpa nasi ni tapi entah tak tau kenapa tak berminat nak makan. Aku ni makanan berminyak ni kureng sikit la. Aku more tu sup dan nasi putih or lauk2 kampung rebus-rebus gitu.

Emm.. Aku ambik beriani gam Ayam Merah (Rm11.00) and my freind ambik lauk kambing (rm15.00). Ambik ngko sepinggan besau. Tapi perut memang lapau giler sebab jam dah tunjuk kul 3.30pm dah hujan lak tu.. Apa lagi habis semuanye sehingga menjilat jari.. hahahaa..

On the way balik, hujan lebat mula turun.. Nasib dah dekat nak sampai. Aku park near DBKl. Dalam ati dah rasa macam tak best je.. Tup tup tengok,.. Tingkap kereta tak tutup separuh. Nasib tak de bende hilang. Tapi basah la dalamnye. Cuai betul aku ni kan.. Tapi memang tak tau masa bila terbukak. Belah penumpang depan lak tu. Side aku logik gak la..

Aku ni if tak jumpa bebdudak ni seminggu memang dah rasa semacam je. Rindu sangat kat dia orang.. balik cheras and ambik bebudak ni bawak gi umah mak long. nak tido sana katanya. CAm biasa si kenik "merah" tu kena gi ambik dulu. Minah kecik ni, nampak je kita dan dan tu gak bye bye kat mama and abah dia. Dia tak kira sapa janji dia dapat jalan. Terhibur sangat tengok keletah dia orang. Hialang jap tension.

Ainani, Merah, Kak Chik & Uda


Si kenik ni tak dok diam.. Kan dah kena kepit

Lepak-lepak sambil makan-makan

Friday, November 20, 2009

CUTI TAK LEPAS

20HB NOVEMBER 2009

Semalam petang baru tau (secara kebetulan lak tu) yang sesapa nak apply cuti for next week, last date hantar pemohonan adalah today. Bukan apa bos nak pantau sapa cuti sebab 1hb Disember 2009, ada tender nak tutup. Pas tu raya haji lak tu. Ramai yang nak cuti so takut tak terisi lak dokumen tender tu.. Tak cukup kaki tangan..
Aku ngan hati berdebar-debar hantar la form tu kat my dear bos TBA.. Emm... member terkejut giler tengok date-date aku apply tu.. Tapi my dear bos ni memang baik tau... Dia bagi option la... aku kena isi 2 buku, pas tu leh balik & dia janji akan bagi paling awal kat aku dulu. Aku kan tak leh sikit orang buat muka sedih ni, dengan berat ati aku setuju je option dia tu... hehehehe...

Aku ni banyak betul wish birthday kat orangkan.. Hampir tiap ari. Cam ni la adik beradik ramai.. Ari ni, to my dear sis Habibah Abdul Jabbar @ Kak Chik, wish u Happy Birthday... Happy Ever after & moga sihat2 selalu.. Best my sis ni, semalam beday hubby dia, today dia lak.. Senang nak tukau2 hadiah kan..

Wednesday, November 18, 2009

HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY HAPPY BIRTHDAY

19HB nOVEMEBER 2009
Happy birthday, happy birthday & happy birthday... To Nur Syamina Uzma @ Kak Chik (anak buah aku - 11tahun), Ismail Ab Kadir @ Abang adik (my bil) & Zaimah Zakaria @ Usu (my freind - 36tahun).. Moga ketiga-tiga insan ini mendapat kebahagiaan dunia akhirat hendaknya.
Memandangkan aku di Istana Kayangan, maka awal la bangunnye. Tetiba teringat lak nak gi breakfast kat port biasa. Teringin sesangat nak makan ubi kayu rebus. Emm... cita-cita tercapai.. Apa yang dikehendaki ada.. Tapi biasa la bila gi sana rambang mata, bukan setakat ubi rebus, roti jala pun bedal gak.. My dear freind, si makcik yang asyik dok ingat ke "nenek" tu makan Lontong.


Ubi rebus with Coconut & Sugar



Roti Jala with Kuah Durian

Lontong


Teman Breakfast


Ari ni kuar result periksa UPSR, maka seperti kebiasaannya, ramai la orang tertunggu nak tau result anak buah, anak sendiri, adik dan sebagainye. Aku tak ketinggalan... Ada dua orang anak buah aku ambik UPSR. Tahniah buat Syara Basyirah (5A) dan Anis Irdina Syakira (4A1B). Sorang happy macam nak rak sebab dpat 5A & nak fly ke Taiwan esok hari. Mak dia bawak. Yang sorang lagi sedih macam nak rak, tak makan tak minum sebab kecewa ngan result sendiri. Puas pujuk and nasihat dia. Tapi tak ok ok gak. Dia sedih sesangat sebab dia target 5A and dalam masa yang sama dia malu ngan ibu dan abah dia sebab gagal membawa pulang 5A. Perasaan budak la ni..
Aku dulu tak tahu pun bab-bab exam ni.. Mak bapak macam nak rak suruh baca buku. Aku selamba badak je. Tau tau exam je.. Punya la "jahiliah" kan kan kan... Tapi result tak le teruk sangat. Genius la gak aku ni kan... Hahahaha... Syok gak sekali sekala ditimpa "perasan" ni...
Buat kak Anis, Ingat k, perjalanan akak jauh lagi. Tak dapat 5A tak bermakna akak gagal selama-lamanya. Banyak lagi yang perlu akak tempoh. PMR nanti make sure sejarah UPSR ni tak berulang. Contohi kak long Musfirah.. Now bakal doktor. Bangun setelah kecewa mendapat (4A1B) dalam UPSR dia dulu. Mak Ayang dan yang lain akan sentiasa mendoakan kejayaan akak.
Buat Hasyer (anak my freind) tahniah gak sebab menunjukkan peningkatan yang agak memberangsangkan dan buat kak Fiza, Tahniah yek... anak u dapat 6A (sekolah cina). Bijak bijak budak sekarang.

UMRAH

18HB NOVEMBER 2009

Pagi ni seawal 7.45am, aku dah sampai ke Kampung Baru with my 2 freind. Ni gara-gara nak makan Lontong yang dikatakan agak sedap la. Kueh Lopeh pun ok gak.. Memandangkan both kawan aku ni makan lontong, aku pun order sepinggan.. Niat nak test je... Hahaha... Apa lagi "Say bye bye to my diet la"...

Lately ni, aku asyik teringat nak gi buat umrah je. Aku pun tak tau nape. Rasa rindu sesangat nak ke sana lagi. Banyak-banyak tempat kat luar negara yang aku pi, cantik, maju, moden macam mana pun, tetap tak leh tandingi ketenangan yang kita dapat bila kita ke Mekah & Madinah.. Memori terindah dalam hidup aku 10 tahun yang lalu masih terasa hingga kini. Apa yang boleh aku lakukan hanya terus berdoa dan berdoa. Hanya dengan izinNya saja segala yang di impikan akan tercapai.

"Ya Allah aku rindu ingin menjejak kaki ke rumah Mu lagi.. Menjadi tetamuMu.. Jemputlah aku sebagai tetamu istimewa rumah Mu ya Allah... Jemputlah..."

Dalam aku dok survey-survey pakej umrah untuk tahun hadapan, aku dapat tau dari Choknah, Pah (kawan kita orang) berada di tanah suci Mekah sekarang untuk menunaikan fardu haji. Paaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh....!!!!!!!!!!!!!! Awat la tak bagi tau masa kat umah Sal ari tu.... Dan dan tu gak aku terbayang saat-saat indah kat sana... Wuahhhhhhhhh... !!!! Bila nak dapat pi lagi ni............ Bila... Bila.. Bila... Ya Allah makbulkanlah doa aku.... Makbulkanlah.... Apa-apa pun, buat Pah, moga dapat melakukan semua amal ibadat sesempurna yang mungkin dan mendapat haji Mabrur.. Tapi bila Hajah Pah nak balik eeh? Lupa lak nak tanya si Coknah ni...

Ni masuk story lain lak... Kekadang pelik gak eeh.. orang leh gi satu tempat dua tiga kali dalam masa tak sampai sebulan. Kawan aku baru balik Medan awal bulan ari tu, dah suruh booking tiket ke Medan gak for next month. Emm... dasat tul penangan Indon ni eek.. Tiap-tiap bulan nak gi... Ada apa eek????? Sibuk je aku ni kan kan kan... Orang dah mintak tolong, bookingkan je la.. Jangan banyak soal cik Sepiah ooi... hehehehe....

Malam ni aku dah janji ngan Choknah, ala makcik "istana kayangan" yang asyik dok ingat kat "nenek" tu. Aku janji nak beli satay "Pak Arab" kegemaran dia. Aku baru je makan satay, so makan lain la pulak kan.. order la mee kari Pak Arab .. Maka sekali lagi la "say bye bye to my diet".. hahahaha...

Memang betul la si Choknah ni, ari ni pun tak habis lagi dok ingat kat "nenek" tu.. Sayang sungguh nampak. Aku diam je tak mau sebut langsung, tup tup dia bukak jugak.. So, makcik... mau salah sapa si kalang?.. Wa ta tak sebut k...

TINGGAL KENANGAN

17hb November 2009

Entah la nape, tetiba pagi ni rasa nak tangkap gambar kenangan umah yang dah nak dijualkan ni.. Umah ni aku sewa with 2 orang kawan lagi. Tetiba je owner kata umah ni dah dijual dan perlu di kosongkan hujung bulan ni. Seingat aku, tak pernah lagi aku bergambar kat umah ni.. So untuk kenang-kenangan, aku pun snap la sekeping dua..



Ruang tamu

Dining


Tempat beradu orang bujang



Air cond yang dah dijual

Balik opis, ari ni aku terus gi betulkan cermin mata. Aku cuba pakai terus. Kelakar lak rasa.. aku jalan macam teragak-agak sebab tak leh nak agak step. Siap nak jatuh lagi turun dari kerb.

Sesampai umah aku terus memasak. Lauk yang simple je. Capai je apa ada kat dalam peti sejuk. Ada tamu datang tetiba, siap cakap nak makan kat umah. I on diet. So, tak de stok raw material sangat. Belasah apa ada je... Akhirnye jadi la 2 jenis lauk ni... Ayam goreng & sup sayur campur... As per requested by the tamu... Hehehe...

Ayam Goreng & Sup Sayur Campur

Monday, November 16, 2009

MATA BARU

16hb November 2009

Hari ni aku gi keje pakai contact lense. Cam tak selesa je. Mungkin power kuat kot. Cermin mata siap petang karang. Lagi pun mata akan rasa letih bila pakai lense ni.

Balik keje terus gi ambik cermin mata. Masa tu aku pakai lense so tak leh le nak cuba betul-betul spek tu. Double power if aku bukak mata. Langsung tak nampak apa. Harapkan cina kedai tu je yang tengok and betulkan.

Malam tu kat umah bila aku nak pakai, alamak...!!!!! tinggi giler cina ni adjust. Tak selesa langsung. Memang tak leh nak pakai langsung. Emm.. tensionnye esok nak kena gi balik kedai tu adjust. Dah la payah parking situ... Geram betul... Tapi nak buat cam na kan.. salah aku gak... Tak bukak je contact lense masa kat kedai tu.. Gara-gara malas punya pasal, dah jadi dua kali keje...

SHOPPING TIME

15hb NOVEMBER 2009

Seperti yang di niatkan, seawal pagi dah bangun untuk gi terjah JJ Puchong pagi ni.. Apa-apa pun perut perlu diisi penuh dulu. Breakfast kat port biasa. Mana lagi... depan kedai Pak Aji la..

Sesampai je dia sana, apa lagi shopping la apa yang patut.. Semua guna duit "plastik" yang keras tu je.. Diam tak diam dah dekat kul 3m.. patut la cacing-cacing dalam perut dah start nanyi lagu keroncong je.. Apa lagi, food court terdekat di tuju. Both aku & makcik Jamnah makan yee mee hot plate.. Tapi rasa aji dia power sesangat kot, both sakit kepala petang tu.

Salah satu barang yang di shopping - Beg birthday Widad
(From - Mak Long, Mak Lang, Mak Ayang, pakUda & Pak Su)

On the way balik, teringat lak sesuatu... nak gi lense "gedik-gedik".. hehehe.. Lense fancy fancy gitu.. Maka, ngan secepat mungkin terus tuju ke Sentul. Singgah jap kat masjid sebab tak solat Zohor lagi. Tu wajib tu.. Cam na pun kena tunaikan dulu.. Bende lain leh lagi nak pospon..

Selesai sembahyang, aku & makcik Jam pun terus gi kedai cermin mata kat Bandar Baru Sentul. Teruja habis makcik ni nak beli, bila tengok lense tu. Memang cun.. RM98 for 3 month.. Power mata pun di periksa, apa lagi kita org pun tak sabau-sabau nak pakai...tup..tup.. budak kedai tu leh cakap, kena order dulu tak leh dapat on the spot. Dalam 3 ke 4 hari baru sampai. Emm...potong betul la budak ni... Hilang mood terus.. Dan dan tu gak nak balik. Kecewa sesunguh..
On the way dari Sentul ke umah, teringat lak ada port lagi satu untuk dapat lense "gedik-gedik" ni.. Terus la gi.. Pun mengecewakan gak sebab sama je.. stok tak de kena order dulu. Aku dalam dok cuba-cuba tu terus la ambik keputusan buat je cermin mata bagi mengantikan cermin aku yang dah calar balau. Tukar kaca je sebab power bertambah yang teramat sangat . Now my new power 550/575. Dulu 450/425. Wuahhhhhhhhhh...... Sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.... Sedihhhhhhhhhhhhhh... Sedihhhhhhhhhhh......

Setelah puas tawar menawar, aku pun setuju la buat ngan kos RM350 and terpaksa la beli 1 set contact lense sebab spek tak dak, tak leh jalan looooo.... Melayang lagi Rm55 untuk colour lense yang aku tak le berapa berkenan tapi terpaksa ambik... kalau tak ambik maka "patah kaki" la makcik jawapnye..


Malam tu teiba aku dapat sms dari Makcik Jamnah "istana kayangan"... Cam ni la bunyi sms makcik ni (aku salin sebijik2 ni.) :-
" cek piah, aku dah rasa tak sedap ati la. Pasal "nenek" ngko tu. Aku nak esok ngko pindah jugak sini. Sapa suruh citer yg bukan2"...8:36:26pm


Emm... cam na ni.... nape la yang ngko asyik dok ingat kat "nenek" tu... Bukan salah aku la Jam.. salah dak Ija kawan aku tu.. Dia yang citer... Actually now, tiap kali gi umah ngko, teringat la gak kat "nenek" tu.. hehehehe....

Saturday, November 14, 2009

SETELAH HAMPIR 12 TAHUN

14HB NOVEMBER 2009


Today, pas keje aku ada perjumpaan with kekawan lama masa belajar "Dip" dulu. Kira dah hampir 12tahun tak jumpa. FB yang banyak membantu aku mempertemukan aku ngan kekawan lama. Tapi bukan semua orang yang terlibat. Dua tiga orang je. Aku pun asalnye tak boleh nak join tapi bila rancangan ke Johor dibatalkan, so aku memenuhi jemputan tuan umah. Excited sangat rasa nak jumpa.

Location Au3, umah kak Zana. Tak sangka gak aku main gamble je naik Duke highway tetiba sampai tepi umah dia terus. Tak sabau nak jumpa yang betulnye. Almaklumlah hamir 12 tahun tak jumpa. Kita orang dah janji 'potluck". Memandangkan aku tak de masa nak memasak, order kek coklat je la..


Tuan umah (Kak Zana) yang maintain cun with anaknya Sara


Sampai sana, emm.. kak shima dah sampai with anak-anak. Tinggal Ija je yang belum sampai. Florin, Yanti & kak Azah memang tak leh datang. Ada hal last minit. Kak shima ni, dari dulu till now maintain gebu. Tak caya tengok la. Tak de parut sikit pun kat muka dia. Putih bersih. Geram betul tengok. Rasa macam nak pecit-pecit jeeeeeeeeee pipi dia. Kekadang terpikir gak, bestnye if dapat kulit licin cam tu kan.. Tapi nak buet cam no, dulu tak mau jaga, sekarang sendiri mau ingat le cik sepiah ooiiii... hehehehe...

Kak Shima yang maintain gebu
Bersama dua orang askar-askarnye yang handsome-handsome gitu



Ni lak Dak Ija - My teacher untuk subject structure kat kolej dulu
Bersama dua orang bunga yang cun macam mak dia gak

Makanan banyak, orang yang nak makan tak le ramai sangat. Walaupun dah lama tak jumpa tapi dia orang leh perasan aku kurus sikit.. Memandangkan aku tak leh le nak makan beria-ia sangat ari tu (walaupun banyak le gak langgau pantang petang tu)..So kena la pecah rahsia aku makan Just Mate 5 (JM5) keluaran Dr Romzey. Maka sesi bercerita pasal makan Jus Mate 5 pun bermula. Habis tiga-tiga orang nak makan. Nasib ada stok dalam kereta. So, dapat la sorang 1 kotak.. Kita tunggu dan lihat sapa sukses...Hehehehe...

Juadah, Jamuan Dan Tapau an.. Hahahaa


Jam dah tunjuk pukul 4.30pm. Hujan lebat la pulak nak balik. Bebudak dah mula boring. Lastly, hujan pun hujan la...Terpaksa redah gak. Pas semua bende di tapau.. Banyak betul makanan buat bekal. Kami semua beransur sama serentak.


Siap baring-baring dah ha... Tapi tak reda-reda gak hujan nye...


Kak Shima, Kak Zana, Aku & Dak Ija & anaknye

Pada kak Zana, terima kasih atas jemputan dan syok sangat dapat jumpa korang semua.. Seronok tengok masing-masing dah ada "produk" sendiri yang comel, handsome & cantik-cantik belaka. Next time jangan lupa jemput lagi eeh...

Malam pas sembahyang Maghrib, kuar gi JJ (Jaya Jusco) lak. Janji petang dah bawak ke malam. Sori eek Makcik Bedah... Siaaaaaaaaaannn.... Lama menunggu... Atas permintaan aku, JJ Maluri bertukar ke JJ Puchong. Hujan lebat.. sesampai je.. Nak masuk parking pun, Q punyaaaaaaaaaaa la panjang & berlapis-lapis, apa lagi niat malam dibatalkan dan on the spot gak memasang niat baru lak - "esok sepagi-paginye mesti ada di JJ Puchong". Ikut niat tu macam gaya nak tolong dia orang buka kedai la... Cam tu la kurang lebihnye... Hehehee...

Balik, Tetiba ..Makcik Bedah ni nak gi beli iron board lak, terus lencongan di buat ke Pasar Malam Bukit Anggerik... Barang yang dikehendaki tak memenuhi citarasa & tahap quality yang dikehendaki... So tak beli la...

On the way back, Makcik Bedah ni nak makan chicken chop lak dah.. Nasib ada port baik near by. Aku makan tauhu bakar je. Setelah kenyang perut, maka balik lah semula ke Istana Kanyangan.. Dengan penuh perancangan untuk masa depan bagi mengunjungi port-port Jalan-jalan Cari Makan seterusnya.... Sekian... Wassalam....

Friday, November 13, 2009

BIG APPLE

13hb November 2009


En Aziz bagi tau ada umah sewa kat Cengal Kondo RM 850 cam tu je with 2 parking. Semalam dia call aku tak angkat. Tak perasaan yang betul nye. Ku inform housemateku. Totally rejected sebab dia nak dok umah sebelah gak. Emm.. aku cuma pikir pada bayau parking mahal , baik bayau umah mahal. Selesa gitu. Lagi pun tambah tak sampai Rm17 sorang dari umah sekarang.. Niat kita baik tapi sms yang diterima .......... Sedih gitu..
So, tak pe lah.. buat lah apa yang disukai. Janji bahagia. Malas dah nak layan. Susah gak if dah kata putih tak leh nak tukar color lain dah.. Bayau nye sesama. Tu mau ingat eeh. Ni kira luka lama berdarah kembali. Same thing happen hampir setahun yang lalu...

Malam gi Jusco Wangsa Maju with my freind sebab dah lama giler terasa teringin sesangat nak makan donut "Big Apple". Si Roy la yang mulakannye. Aku ni tak leh sikit, mula dok teringat nak makan je.. Nak try test.. Almaklumlah tak pernah rasa.. Dalam ati kata "emm.. finally aku dapat gak makan donut Big Apple ari ni.." Beli 6 ketul pelbagai rasa (2 aku & 4 my freindnye). Tapi silapnye tak beli separate kotak. Cam na nak ambik 2 ketul tu, lastly bagi je semua kat my freind tu..Habis citer..

Emm.. "Roy tak rasa lagi la big apple, tak jadi la nak eksen kat ngko Roy... Nanti kita gi eeh..." . Tu la yang dikatakan tak de rezeki namanye. If Allah kata tu bukan rezeki kita, walaupun dah ada ditangan tapi tak gak dapat..

Balik Jusco, gi minum with my spy & Han2 kat Pelita Nasikandar Restoran di Ampang Point. Aku minum air je. Jumpa Zam kawan adik aku, Boy masa kat Uitm dulu.. "Kembang" giler si Zam ni sekarang.. Sama kembang ngan bisness nye.. Dia buat bisness tangkap gambaau untuk semua majlis - kawin ke, koperat ke, saja-saja ke dan lain-lain lagi la yang berkait ngan gambau.. Diam-diam dah ada 2 cawangan.. To Zam moga suksess k... kak Ayang kawin nanti jangan lupa sponsor tangkap gambau eeh...

SEGENAP SEBULAN LAGI

12hb November 2009

Ari ni genap sebulan sebelum aku akan melangkah ke usia yang lebih tua dan hari ni jugak aku bernekad untuk memulakan diet ku selama sebulan dengan target 54kg pada tarikh sebulan dari sekarang. Hope tercapai lah apa yang dicita-citakan. Apa yang penting aku kena kuatkan semangat dalam menghadapi godaan-godaan sekeliling... hehehehe..

Dah bangun pagi sangat hari ni, aku pun ajak la si Cik Lijah ni gi breakfast kat port biasa depan Pak Aji. Teringin nak makan ubi rebus. Cam tak puas makan je Sabtu lepas.

Macam biasa bila gi sana, mata pun menjadi rambang semacam je. Nampak semua nak makan. Cik Lijah dah ambik bihun sup.. Aku mula "goyang" sikit dah.. Nasib kuat.. Lastly ambik roti jala with kuah durian & ubi rebus. Cik Lijah tapau pulut untuk makcik kat opis dia.
Syok gak if selalu cam ni, gi breakfast sama-sama & pas tu gi keje. Ada kawan teman makan. Tak le cam selalu... makan sorang-sorang.. Boring je...

NOTICE PINDAH UMAH

11hb November 2009


Tengah syok buat keje kat opis ni sambil melayan radio.. tetiba aku dapat panggilan. Bila tengok nama yang appear, ati dah rasa tak sedap je.. Emm.. Sepupu owner umah aku call. Dia kata kita orang dikehendaki pindah hujung bulan ni gak sebab rumah tu dah dijual. Ya Allah..!!! tension maut yang tak tau macam mana nak cakap. Cuba bayangkan, lagi 15 hari nak sampai 1hb. Pas tu hujung bulan nak balik raya haji. Masa bila nak pindah. Keje lak tengah berlambak. Dugaan betul...

Sesekali pikir, kejam gak tuan umah ni.. Ikut perjanjian both site kena bagi notice 2 bulan if nak pindah.. Tup.. tup.. lain lak citer. Hilang terus mood nak buat keje. Otak tetiba je jadi serabut sesangat & masih mengharap kot-kot ianye hanya satu mimpi. Tapi tak leh buat apa dah... kenyataan tu Ayang ooiii..!!!! bukan mimpi...
Bagi menenangkan fikiran, ke umah "kekanda ku" Cik Lijah di Istana Kayangan itulah dituju. Sebelum balik ada la mintak Cik Lijah kita ni beli sushi kat Octopus.. Makcik ni la yang mengajor aku makan makanan Jepung ni.. Dulu tak leh masuk gak. Lama-kelamaan.. emmmm... Sedap la pulak... Aku ni tak leh tension, rasa nak makan je memanjang.

Malam pas mandi semua, maka mengadaplah kami berdua makan sushi yg dibeli oleh Cik Lijah tadi. Suruh beli 4 ketul, berketul-ketul lak dia beli. Puas nak bagi habis. Lama tak makan...emm... sedap sungguh rasa.. cam tak cukup lak... Kuang kuang kuang...



Malam, otak masih berpusing-pusing dok pikir pasal umah. Rasa tak leh tido, Maka diatas sofa diruang tamu la aku layan perasaan until tertido sampai ke pagi... Dan pagi sesangat la pulak aku dah terjaga..

Tetiba teringat ke kak Fairos, dia ada la mintak aku tangkap gambar permandangan luar dari Istana Kayangan Cik Lijah ni... Buat kakak fairos, ni la post-post yang sempat di snap guna handphone tak canggih ku ini...

Sunday, November 8, 2009

OLE-OLE LAGI

9hb November 2009


Aku dapat ole-ole lagi hari ni.. Dari Medan.. Dalam masa seminggu aku dapat 2 ole-ole dari Medan. Kali ini daripada kak Fiza my opis mate. Dia bagi t-shirt. Cantik. Tima kasih akak... Buat susah-susah je.. Lain kali gi jangan lupa beli lagi eeh... Hehehehe...









Ari ni gak aku tengok gambar-gambar perjalanan group my freind yang bagi ole-ole ari tu.. ala yang bagi kain batik tu.. Emm ada gambar-gambar "gempak" gitu. Pecah rahsia.. Tapi no komen lah.. Tak leh lebih-lebih cakap, kang kena saman lak... hehehehe...
Pagi ni pun aku telah membayar RM 1715 duit peringkat kedua bagi mendapatkan kelulusan plan umah yang akan dibina di Taiping. Umah famili. Ada la sikit pertukaran kat pintu depan and tingkap master bedroom. Bayaran ikut progress keje. Bagus En Ridzuan ni. Cepat kejenye. Tak sabau nak tunggu plan diluluskan.

JANDA BAIK

8hb November 2009


Seawal pagi kul 7.30am aku dah dapat sms dari Istana Kayangan.. "Minah siap belum.. Lapau ni. Cepat la.. gi breakfast".. Terjun katil aku.. Aku mandi pun belum. Memang la ada janji ngan makcik Bedah ni nak gi Janda Baik. Janji kul 8.30am.. Dia nak gi cari batu tungku untuk urat-urat sarafnya yang tengah sakit..

Around 8.30am la jugak baru siap. Pi la makan kat kedai biasa.. Depan pasar raya Pak Aji kat Bandar Tun Razak.. Siap tapau ubi kayu rebus, pulut kuning dan roti jala nak makan sambil cari batu.

Kami pun meneruskan la perjalanan ke Janda baik. Aku jadi co-pilot je.. Tu yang best tu.. Syok sangat drive sambil borak, tup..tup rasa macam salah jalan je.. Pelik gak tak sampai-sampai. Rupa-rupanye dah nak sampai ke Bentong dah (ikut jalan lama). Patut la rasa lain je..


Kami pun decide untuk berpatah balik. Terlajak simpang rupanye.. On the way.. jalan bengkang bengkok ni, tetiba je Cik Bedah ni bawak kete punyaaaaaaaaaaa la laju.. Macam F1 la pulak aku rasa. Naik syeih kot minah ni.. Dalam ati aku dok kata "ooii minah aku tak kawin lagi la" hehehehe.. Bawak-bawak bertenang sikit.. Tak padan ngan kaki dok sakit, bawak kete tak ingat-ingat..

Cik Bedah tengah drive & jalan lama menuju ke Bentong


Sampai je ke kawasan kampung di Janda Baik ni, kami pun saja-saja survey jalan & port-port menarik sambil usya-usya umah orang kayo-kayo kat situ. Tak dok keje cam ni la.. Drive, drive, drive... dari jalan tar sampai ke jalan tanah. Siap termasuk dalam private property orang lak.. Selamba badak je kita orang ni..


Jalan-Jalan til jalan mati


Last sekali kami berjumpa ngan port yang rasanye agak privacy la sikit. Park kete pun depan tu je.. Ni kawasan private property orang gak. Berhampiran Pondok Impian. Apa lagi sesi foto-foto pun bermula... Tengok location ni best lak if dapat mandi manda.. Tak dak orang kacau.. Menyesal la pulak tak bawak baju spare.. Kali ini setakat rendam-rendam kaki je boleh.. Lebih-lebih, pendam perasaaan je la...

Sesi foto-foto


Tujuan utama kat sana adalah untuk mencari batu, so terbongkok-bongkoklah cik bedah & aku, dok tengok dalam air kot-kot jumpa batu yang bersesuaian.. Setelah hampir setengah jam mencari akhirnye berjumpa la ngan batu yang berkenan di hati.. masa tu daki-daki kat kaki pun dah cukup kembang.. Hehehe..



Seisi foto-foto bersambung & tenyih daki

Aktiviti sampingan, dah alang-alang datangkan... apa lagi ambik batu tenyih la daki-daki yang kembang kat kaki tu.. Jimat belanja. Tak yah gi spa. Sebelum balik kami pun makan la ubi kayu rebus bersama gula & kelapa yang dibeli tadi. Sedap pulak rasa ubi ni bila makan dalam air ni..

Cik Bedah sibuk cari batu & makan ubi kayu rebus

Memandangkan hari nak hujan, kami pun buat keputusan untuk pulang. Dengan niat di hati akan datang lagi untuk mandi manda. Sampai Genting sempah, Cik bedah nak suruh tunjukkan jalan ke Kolam Air Panas dekat Selayang tu, aku onn je.. Lokasi yang hendak dituju pun sampai.. Tengok-tengok agak mengecewakan.. Tempat nye tak berjaga ngan sempurna. Agak kotor. Air dia berbau. Ada 3 kolam, 1 kolam je aku rasa aku sanggup nak guna air tu. Lagi 2, air dia keroh & berbau. Kita orang just tengok..

On the way back, sampai area Valdrome Bandar Tun Razak, Cik bedah tetiba teringin nak makan ayam kampung yang famous kat situ. Singgahlah.. Emm apa lagi lipat la sepinggan penuh nasi.. Melayang lagi la diet aku...

Petang kul 3pm, aku gi umah sewa kak siah, nak discuss pasal awning with kontraktor yang dah tunggu kat sana. Tetiba si kakak & adik nak mai umah sebab tak de orang kat umah dia. So, aku bawak la budak 2 orang tu gi TESCO beli makanan.. Kang lapau lak. Umah aku tak de bende pun.

Kul 5.30pm bawak dia orang gi mandi kolam. Jumpa adik Ustad yang ngajar aku mengaji dulu kat tepi kolam. Kecik betul dunia ni. Rupanye Ustad tu dok Mentari Kondo & adik dia Lestari blok A. Maka citer-citer mak-mak pun bermula (banyak mak-mak orang kat situ, tengok anak dia orang mandi). Yo yo je dia orang citer pasal jaga anak dan lain-lain.. Siap tanya-tanya aku lagi. Aku bujang lagi la.. Jatuh saham je makcik-makcik ni.. Aku ni nampak macam mak budak ke eek??? Sedihnye...

Saturday, November 7, 2009

ABANG MUS BIRTHDAY

7hb November 2009

Selamat hari jadi buat Mustafa Jamaluddin yang lebih dikenali sebagi abang Mus dikalangan keluarga kita orang . Actually, abang Mus adalah abang ipar aku. Isterinye kakak no.3 aku (Aishah @ Alang). Abang Mus ni baik sangat orangnye. Loving je ngan wife dia. Since dia orang kawin until now, tak pernah sekali pun aku tengok dia orang gaduh-gaduh.. Bestkan...


Emm... selain daripada tu, dia la tempat rujukan jalan-jalan di Kuala Lumpur ni.. If sesapa sesat or tak tau jalan. Cakap la nak pi mana pun, dia tau je jalan & siap leh bagi tau jumpa berapa traffic light, berapa simpang dan lain lain lagi lah... Punya la detail & expert giler bab-bab jalan ni... Dulu abang Mus bawak teksi partime (nak tambah income).. but now dia penjual HIO (Bio Auro)... Sapa nak beli boleh lah contact 0178811762. Siap promo ni abang. Emmm... dapat customer.. 5% eek... hehehe... Lawak je..


Hari ni aku stay kat opis til kul 5pm. Buat pengiraan untuk tender Gemas. Kul 4.30pm rasa nak balik dah, tetiba hujan lebat giler siap kilat-kilat gitu. Tunggu till kul 5pm.. tapi tak leh bertahan dah lapau giler.. Hujan pun hujan lah... redah je.. Niat nak ke Selayang nak cari color lence, half way jalan floating teruk la pulak. Patah balik la, tak sanggup nak redah. Kete orang weeehhh, stuck kang.. mati.. Kul 6.30pm sampai umah, beli mee hailam, makan and terus tido till kul 10.30pm.. Tak sedau langsung... Bangun watch TV til kul 12pm... Pas tu apa lagi sambung balik tido.... hahahaha... Tu la keje aku... hehehe...

BETUL KE EEK..?

6HB November 2009

Aku pun tak tau nape aku asyik teringat kat kawan aku sorang ni je.. Asyik ingat dia je.. Nape eekk..

Buat keje till kul 8.30pm. Balik terus gi makan. Emm... teringin la nak makan sotong kangkung. Cuba la makan kat kedai baru di Selayang (tak pernah pi sebelum ni).. Mahal giler sotong kangkung dia. RM 8.00 sepinggan. Sotong & kangkung je.. Bukan banyak pun, sikit je. Tak puas hati betul aku..

Malam, kawan aku yang aku dok ingat seharian tu call.. Dia pun teringat kat aku rupanye. Chat punya chat.. Dia kata, aku ni banyak gak mewarisi perangai my mom.. penyayang (melalui cara aku layan bebudak & anak2 buah aku), manja, caring dan lain-lain lah.. Emm.. sampai tetiba terputus la line. Telefon tu pun terkejut & tak tahan kot nak dengau.. hahaha... Aku lagi la.. terkedu jap.. Aku yang brutal ni leh dinilai cam tu lak.. Nak tergelak pun ada.. Entah lah..

Emm... Betul ke eek????? Hanya orang yang boleh menilai kita kan...kan..kan...

Thursday, November 5, 2009

DAPAT OLE-OLE...

4HB November 2009


Sibuk la sekarang... tak de masa langsung nak up date blog yang dah "berdebu" penuh ni... Ada keje urgent sesangat now.. Banyak lak tu.. Semua due 16hb November 2009..

Malam tadi kuar makan with my freind yang lebih dikenali sebagai Han2 @ HAN TWO. Dia baru balik makan angin di Medan, Indonesia. Ada la ole-ole dari sana buat aku.. Kain batik pekalongan (cantik kain ni), kek lapis lengit (memang dah lama giler mengidam nak makan kek ni... sedap lak tu), 3 biji buah pisang kaki (my sis selalu beli buah ni tapi aku tak pernah rasa nak makan, tapi kali ni aku akan try rasa gak macam mana pun), emmm... last sekali pensil hotel (sememangnye koleksi aku).. My freind ni memang tiap kali gi mana-mana hotel dia tak pernah terlupa untuk ambil pensil untuk aku... Pada my freind tu... Tq tq tq tq..... Daun keladi eeh...

Kain batik Pekalongan



Buah Pisang kaki, Kek Lapis Lengit & Pensil